The Entourage

Friday 28 February 2014

Whatsapp Group


Habit aku, kalau nak pergi mana-mana (holidays and what not), mesti suka start Whatsapp group. Senang. Kat situ kita bule discuss segala mak nenek pasal trip tu dengan semua anggota-anggota trip yang terlibat. Kat situ jugak kita bule share updates so that semua orang tau. Tak perlu nak whatsapp sorang-sorang. Dan kat situ jugak laa kita akan jadi makin excited bila masing-masing dah start bercerita update masing-masing. Hehe.


Alkisahnya, trip ni adalah trip abang aku dengan wifenya. Tiba-tiba sebulan sebelum trip tu dorang ajak. Aku macam.. Hmmm macam best je.. Macam best je.. Tak pernah sampai lagi ni. Aku pun dengan cargasnya ajak mama dengan Eddie. Mama macam excited nak gi since dia pun tak pernah sampai lagi. Plus, tempat tu tempat shopping kain kan. Memang dia seronok laa..

Tapi Eddie takleh ikut. Sebab journey dia macam jauh sangat. Kalau dia nak pegi, flight dia HKG-KUL-SGN-KUL-SGN-HKG. Adeh siannya dia. Flight tu tade problem pun since he gets staff rate. Cumanya time consuming sket. Penat. And lagi satu sebab dia dah allocate cuti untuk trip-trip lain tahun ni. Kalau amik cuti lagi untuk trip ni, takut tak cukup pulak nanti cuti dia. Hmm..

So bila dah confirm mama nak gi, esoknya tu jugak aku purchase tiket mama. Heheh.. Bule pulak masa tu AirAsia tengah buat sale 20% off the tiket. Bule laaa.. Dari tade discount langsung ekeke. At least murah rm50 jugak dari harga biasa.

Tiket aku dengan dak gedik tade lagi since kami memang kena beli on the day itself. Macam naik bas pulak. Haih. Suka duka travel dengan staff rate.


Lepas tu aku reccee-reccee hotel pulak. Dapat jugak yang murah and cantik. Jauh sket dari hotel abang aku. Tapi ok laa.. Within walking distance je pun. Still kat area Ben Tanh Market jugak. Hotel abang aku dah penuh. Tu yang terpaksa cari hotel lain. Tapi aku dok baca-baca review, area tu memang tempat orang Malaysia. Siap lorong tu dah dipanggil Malaysian Street. Ada warung 1 Malaysia lagi hikhik. Tak sabar nak pergi. Nanti aku review habis-habis oke!

Thursday 27 February 2014

The Boob Group



Ada sape-sape dah try app ni? Hari tu saje-saje laa install macam-macam app. Tiba-tiba terjumpa app ni. Tersuka pulak dengan icon dia. Cumel kan. So aku pun install. Rupanya app ni sangat bagus! Dia adalah berbentuk talkshow discussing everything about breastfeeding. From A to Z. Very useful especially for new mummies.

Dia lebih kurang macam podcast sebenarnya. Every now and then diorang akan add new episodes. Tapi ni specifically pasal breastfeeding je. Macam-macam experts diorang panggil as guests untuk talkshow ni. Very informative. Suka sangat dengar ni. Kadang-kadang time tengah jem tu aku bukak and dengar. Dengar lagu dah boring. Asik-asik havoc. Haha. Tapi kalau korang nak saving, sila laa dengar kat rumah je guna wifi ye. Kang habis pulak data korang. Ehee.

Wednesday 26 February 2014

Vietnam Dong



Okeh.. Done tukar duit. Rupanya currency Vietnam jauh lebih rendah dari currency Indonesia. Padan ler ramai Malaysian datang Vietnam just to shop. Aku mintak Eddie tukarkan duit hari tu. Online aku tengok rm165 per 1mil Dong. Since Eddie memang nak gi money changer that day, aku mintak dia tengokkan sekali. Dia call aku, dia cakap rate skang rm167. Hmm close enough laa tu. So aku suruh je dia tukarkan terus. Nak tunggu aku pegi tukar sendiri entah bila laa kan. Macam malas je.. Malas tak kuasa je.

Note Vietnam Dong ni cumel-cumel je sizenya. Polimer ye semuanya. Takde duit kertas. Walaupun cumel dari segi size, tapi nombor yang tertera kat atas note itu adalah sangat panjanggg. Banyak betul kosong.. Kosong.. Kosong.. Jutawan aku sudahnya hahaha.

Tuesday 25 February 2014

To Stay Or To Go



Hari ni aku cuti. Bawak dak gedik pergi cucuk. Lima bulan dah sayang mummy ni. Tamo demam-demam eh. Sayang mummy strong kan. Takkan demam punya. Aminn.

Cepatnya masa berlalu. Sakit bersalin macam terasa-rasa lagi. Sayang mummy dah nak belajar duduk dah. Tengkuk dah kuat. Tulang belakang pun dah bule tegak. Mandi tak payah nak pegang sangat. Mulut pun asik dok membebel baby talk. Kaki tu asik nak berdiri melonjak-lonjak je. Gedik semakin menggedik. Haih laa anak mummy.

Esok sambung blogging lagi eh. Arini nak layan si gedik merepek-repek sat. Bestnya cuti. Nak benti keja bule tak?

"Buleeee," jawab Eddie.

"Tapi kena pindah Hong Kong," katanya lagi.

Yer jugak. Kalau dah tak kerja, what's the point aku dok sini, ye dak?

Hmmm..

Monday 24 February 2014

Motherhood Expo 2014, KLCC



Jum beramai-ramai serbu KLCC weekend nih! Banyaknyaaaaa barang aku nak cari.. memang tak habis-habis laa kan kalau shopping barang baby ni. Adaaaa je yang tak cukup. Hubby jangan marah. Ailebiuuuuu!

Sunday 23 February 2014

Fleece Set

Yeayy.. dak gedik dapat baju baru laaaagi! Winter is about to be over kat Hong Kong so baju-baju tebal banyak yang dorang dah start buat sale. Nak kasik clear letteww. So hari tu Eddie ada pusing-pusing Uniqlo carik body warmers, sekali terjumpa baju yang cumel untuk Emyr.


Fleece Set! Kain dia memang sangat best kalau pakai time sejuk. Comes with long pants. Murah jugak. Harga dia dari HKD120 jadik HKD80. That's like rm35 gitu. Cumel sangat. Suka pegang kain dia. Sangat panas. Aku mintak Eddie beli size besar sket, bule pakai untuk trip-trip yang lain.


Ni seluarnya. Tak sabar nak tengok dak gedik pakai. Mesti cumel. Eh terpuji anak sendiri pulak. :p


Room wear katanya. Lawa beno ler nak pakai untuk room wear. Kita belasah pakai jalan-jalan je nanti. Ihikk! Hubby cepat balikkkk.. nak kasik tryyyy!


Ada dua kaler sebenarnya.. tapi aku dengan Eddie agreed on brown sebab brown nampak lagi cumel je. Hehe.. sambil shopping sambil berwhatsapp dengan aku mintak opinion. Almaklum laa kami kan berjauhan :p

Dah tambah satu lagi baju tebal untuk dak gedik. Pasni rasa cukup dah kot. Nak gi tempat sejuk 2-3 kali je pun. Nak pakai kat Malaysia, panas melahang. Nak pakai time tido, macam sayang ler pulak kan. Pasni dah tak muat, simpan je untuk adik-adiknya ehhh. :p

Saturday 22 February 2014

Shaklee

Tiba-tiba nak iklan sket.


Aku dah jadik member Shaklee! Haha.. Dok tiap-tiap bulan membeli, rasa macam bagus jugak aku join. Walaupun idok ler tegar mana aku nak menjual vitamin pulak kan. Jual beadwork pun dah tak terlayan ni. Nak jual vitamin pulak? Ghentikan ler hahaha..

Selama ni memang ramai orang cakap bagus. Tu yang aku try tu. Proven, memang bagus. In terms of memperbanyakkan susu dan menguruskan badan. So far, Alhamdulillah dak gedik belum lagi campur susu. Aku harap-harap sampai dia dua tahun laa susu aku banyak macam ni. Tang menguruskan badan tu, aku rasa sebab bila minum ESP tu, automatically aku rasa kenyang.. so kurang laa makan. Ada orang cakap Lecithin tu bantu pecah lemak jugak. Aku telan je. Ekekee..

Kot sape-sape nak try, bule laa order kat aku. Aku tak jual pun, aku bagi harga distributor jugak. Malas aku nak menceburkan diri dalam bidang kevitaminan pulak hahaha.

Friday 21 February 2014

Nursery

Tiba-tiba terjumpa gambar-gambar ni dalam fon. Gambar-gambar ni aku simpan dari time start preggy lagi. Hajat hatinya nak buat nursery camni bila baby dah keluar nanti. Angan-angan tinggal angan-angan je. Tak sempat pun nak buat macam-macam dak gedik dah keluar ekeke.

Tapi kalau laa dapat buat satu section dalam bilik hias cantik macam ni bestkan. Tak perlu pun letak baby kat bilik asing. Omputih sangat tu. Letak je dalam bilik sendiri. Hias satu section jadikan nursery.. haih.. cumel je. Geram kan tengok kaler-kaler ni. Korang cuci laa mata ye dengan gambar-gambar bawah ni. Kot-kot bule jadi inspirasi untuk anak-anak korang. Sejuk sangat mata memandang..






Thursday 20 February 2014

Body Butter Lagi


Yeayyy body butter lagi! Weehuuu.. kali ni tub kecik-kecik pulak. Eddie hantar gambar through whatsapp nak bagitau dia dah belikan stock body butter ku ekeke.. bestnyaaa makcik kayooo dengan body butter :p

This time ada flavour Chocomania, Cocoa Butter, Ginger Sparkle, Grapefruit, Olive and Coconut. As usual tempat dia shopping body butter mesti la kat Citygate Outlet, Tung Chung. Baru laa bule dapat murah. Kalau setakat beli kat butik biasa, baik aku beli kat sini je. Sebenarnya, aku tak pernah pun beli barang Bodyshop dengan harga biasa. Biasanya mesti time sale 50% off. Mahal kot kalau harga biasa. Bodyshop ni pun memang selalu je buat sale macam-macam. Time tu laa stock up macam-macam ekeke.

Satu tub yang kecik ni harga biasa dia dalam rm25 gitu kot. Tapi kalau bel ikat outlet dapat 50% off. Berbaloi-baloi. Ada sesape nak kirim? :ppp

Wednesday 19 February 2014

Warung Malang Club, Causeway Bay

Salah satu makanan halal kat Hong Kong kat sini laa..

Warung Malang Club namanya. Indonesian food. Kat area Causeway Bay ni ada area yang penuh dengan kedai-kedai Indonesia. Dari kedai runcit, sampai laa ke kedai makan. Kalau teringin nak makan Indomie, memang kat sini laa kami cari. Segala mak nenek ada jual kat kedai runcit dia tuh.



Ni salah satu kedai makan kat area situ. Kecik je kedainya. Kedai-kedai Hong Kong kan memang kecik-kecik. Tingkat tiga tak silap aku. Mengah jugak laa naik bawak itu budak gedik.

Nasi Ayam Penyet
Nasi Ayam Penyet ni ada ayam yang dah di slather dengan sambal (nasib tak pedas macam sambal ayam penyet kat sini), sayur campur dengan tauhu sambal. Okay laa rasa dia.. tapi lagi sedap kat sini punya. Mungkin dah di fusion kan dengan rasa Malaysian agaknya.

Gado-Gado
Ni memang menu wajib kalau aku gi Ayam Penyet. Nak jugak try rasa kat sini. Tapi.. tak berapa sedap macam kat sini. Ke lidah aku yang dah biasa rasa Gado-Gado kat Malaysia?

Nasi Campur

Nasi Campur ni Eddie punya. Macam nasi campur kita je cuma bezanya dia dah siap-siap letak lauk kat nasi. Ada telur rebus sambal, ayam masak lemak, tauhu/tempe sambal dengan sayur lemak.

Teh Kotak
First time jumpa Teh Kotak ni. Masa gi Bali/Surabaya/Lombok dulu tak jumpa pun. Jumpa teh botol je, Tu dah biasa laa kan. Mungkin ni keluaran baru gamaknya ekeke. Tapi rasa dia sama je dengan teh botol. Rasa teh ais kalau melayunya ehee.

Overall, mahal jugak makan kat sini. Padahal nasi lauk-lauk je. Bule kata tiga kali ganda dari harga Ayam Penyet kat Malaysia. Haih.. masuk Hong Kong je semua benda mahai.

Model Tak Berbayar Warung Malang Club

Ada rupa mak indon bawak anak tak? Hahahaha.. Sling ni sangat best okeee. Dak gedik siap tertidur-tidur duduk dalam ni. dah laa time ni tengah sejuk kat Hong Kong. Happy dia di wrap dalam sling. Iklan pulak ekeke.

The Location

Tuesday 18 February 2014

Vietnam



Belum lagi cerita pasal family trip kami ke tempat sejuk itu. Tiba-tiba aku dah terjebak dengan trip lain pulak bulan depan haha.

Bulan depan aku akan ke Vietnam. Dengan family abang aku. Dengan mak aku sekali. Hehe.. saje je nak bawak dia berjalan. Asik kitorang je yang berjalan.. dia pun mesti teringin jugak kan. Ayah aku tak ikut sebab dia dah pernah sampai. Lagipun, dia kata dia tade interest dia kat Vietnam. Balik-balik kain. Dia kata kalau nak gi Europe, jangan lupa bawak dia. Amboi. Demand. Hahah. So, bawak mak aku je laa.

And yang paling aku rasa tak best.. Eddie tak dapat nak ikut. Huwaa.. Dia jauh. Macam penat pulak kalau dia nak balik KL lepas tu amik pulak flight gi Vietnam. Lepas tu time nak balik, balik pulak ke KL, then shoot Hong Kong. Penat satu hal. Cuti pun problem jugak. Since kami memang banyak plan tahun ni, memang kena bercatu laa cuti kan. Memang tak boleh laa nak pergi semua trip. Haihh.. berjalan tanpa suami tercinta nampaknya kali ni.

Banyak jugak tempat yang aku rasa nak pergi kat Vietnam tu. Tapi most probably yang jauh-jauh terpaksa laa aku lupakan. Pergi pun empat hari je. Dengan nak bawak baby lagi. Tak larat rasanya aku nak pergi tour yang jauh-jauh. Nampak gaya memang kena stay kat town shopping-shoppnig je laa. Ehh? Hahahah.

Korang pernah gi Vietnam? Apa yang best bule dibeli bawak balik dari sana eh?

Monday 17 February 2014

Baby's First Picture - 220913

 

Making the decision to have a child.. it's just momentous. It is to decide forever to have your heart go outside your body.

You're simply a little bit of heaven on earth.

And even my heart stops beating, I'll always love you.

Sunday 16 February 2014

iHeartBeads: Kurung Moden Untuk Lin


Bawah Baju

Sleeves

Neckline


Interested? SMS/Whatsapp to 0129198861 or email gina1983@yahoo.com :)

Saturday 15 February 2014

Photobook RM5!

THIS IS A STICKY POST. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRIES.


Yeayyy.. dah dapat photobook murah untuk dak gedik! Weee.. ada sape-sape nak tak? rm5 jeeeee!

Jum beli ramai-ramai kat PIXAJOY!

Murah sangat nihhh rm5 je satu. Bule beli banyak-banyak then buat album Emyr 0-3 months. Then 4-6 months. Then 7-9 months. Then 9-12 months! Bestnyaaaaa!


P/S: TQ Fiqah iklan kat blog. Weeeeee! :DDDDDDDDDDDDDDDDDDDD

Friday 14 February 2014

Of Diaper Bags

Oh my Storksak! Dah berminggu-minggu dok browse pasal ni. Kalau tengok history browser aku dok link yang sama je hahaha.

Ada tak sape-sape tau kat mana aku bule beli kat sini yang authenticitynya tak diragui? Hari tu aku dah jumpa. Tapi Eddie cakap better beli online straight from the website. At least we know it's authentic. Kat sini dia cakap takut ntah-ntah datang dari China. Haih.. dia ni memang cepat je nak skeptical tang menda-menda ni. Aku macam.. hmm? Dah ada ke Storksak replica? Rasa macam tade lagi. Tapi sedikit sebanyak macam termakan ler jugak apa dia cakap tu. Masalahnyaaaaa.. nak beli online, postagenya dekat rm150. Membazir je. Baik belanje aku shopping hahaha.

Empat design yang memang aku rasa to-die-for. Memang bule-mati-untuk. Stress aku nak pilih. Cheh.. pilih beriya. Nak membeli tak tau lagi cara mana. Uwaaaa.. tolong laaa cane nak beli niii..


Isabella


Olivia


Caroline


Poppy

Haih.. kenapa laa diaper bag-diaper bag sekalian yang cantik-cantik tu semuanya tade kat Malaysia. Bawak ler masuk. Senang sket nak membelek sebelum membeli. Bape banyak compartment, sizenya besar mana, nak kaler apa, nak beli bape bijik. Eh? Hahaa. Kalau ada sesape tau kat mana-mana ada distributor Storksak kat sini, bagitau eh. Dah mengidam sesangat nihhh.

Oh by the way, Petunia Pickle Bottom sudah masuk Malaysia ye para mummy-mummy sekalian. Sila laa pergi belek kat Parkson Pavilion. Bule rosak mata dok sana lelama! Uwaaaaa!

Thursday 13 February 2014

Nursing Rooms @ Hong Kong International Airport

Thumbs up untuk nursing room kat Hong Kong International Airport! :DDD


Nampak tak luas dia camane? Siap bule masuk dua trolley airport tauu. Bersih dan sangat wangi. Emyr sangat suka. Aku pun sangat selesa. Siap bule bersila sambil nurse ekeke. Dan nursing rooms ni ada merata ya kat airport. Senang sangat nak jumpa.

Happy Lettew Dah Kenyang

Sebelum trip Hong Kong aku kali ni, memang aku dah sempat browse pasal nursing room kat airport ni. Almaklumlah.. dah jadik mak, tempat-tempat shopping jarang dah aku browse. Asik dok browse pasal baby je. Sebab aku takut je sampai-sampai nanti dak gedik ngamuk mintak susu. Haru kalau tak tau kat mana nursing room. Mostly review yang aku jumpa suma cakap Hong Kong International Airport punya nursing room adalah one of the best. Terus senang hati aku. Bila dah sampai, memang aku sangat puas hati tengok bilik dia. Spacious sangat.


P/S: Sedih bila memikirkan nursing room kat LCCT. Tak peka langsung orang Malaysia ni. Sape pernah pergi? Double thumbs down :(

Wednesday 12 February 2014

Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria

Sape pernah gi Hong Kong mesti tau pasal kedai makan ni. Merata Hong Kong ada Ebeneezer's ni. Dia adalah chain of kedai arab. As usual laa kalau kedai arab, menunya memang makanan Middle East la kan. Setiap kali datang Hong Kong memang kitorang akan makan kat sini. Tapi kali ni lain sket. Eddie turun dan hanya take away saje. Pastu naik makan kat rumah. Kedainya bukan jauh pun. Bawah rumah pun dah ada satu. Cuma since dah ada Emyr ni, semua kena ikut time dia.

Sampai-sampai Hong Kong hari tu kitorang dah siap makan kat airport dah. Oh by the way, sape-sape yang pergi Hong Kong, please be informed, Popeyes kat airport Hong Kong tu halal ya. So, korang sampai je Hong Kong, bule laa singgah makan sat sebelum keluar dari airport. At least, perut dah kenyang sementara nak cari tempat makan halal yang lain.

Sampai je kat rumah, Emyr tido tak bangun-bangun sampai laa ke pukul 7 malam. Ingatkan petang-petang tu lepas rest-rest wash up nak keluar jalan-jalan kat Causeway Bay. Tunggu dak gedik bangun, tak bangun-bangun. Kami dah kelaparan. Sudahnya Eddie turun tapau saje.

Roasted Lamb with Chips HKD64 (RM26)

Roasted lamb ni super sedap. Lamb dia sangat berperisa served with chips. Sos kat atas tu buat lagi sedap. Ada tiga sos kat atas dia. Mayo, mint and chili cheese sauce. Ni paling best dalam banyak-banyak. First time aku makan masa naik Ngong Ping 360 tahun lepas. Dasat tak dasat ler Ebeneezer's ni. Kat atas gunung pun ada branch dia ;))

Mutton Briyani with Salad HKD60 (RM25)
Briyani dia aku rasa macam biasa-biasa je. Too berempah to my liking. Sedap lagi Hadramawt. Tapi aku suka salad dia. Refreshing.

Lamb & Chicken Kebabs HKD50 Eash (RM21)

Ni hari lain sebenarnya. Last night aku kat Hong Kong. Kul 1 pagi tiba-tiba rasa lapar. Mintak Eddie turun beli food. Sekali lamb lagi dibawa pulang. Gemok aiii :p

Tuesday 11 February 2014

The Year Cake

Eddie ada dapat this one cake masa CNY hari tu. Memang every staff dapat. As a token untuk CNY laa. Pelik jugak cake ni. Aku mula-mula skeptical jugak halal ke idok nih. Tapi bila belek-belek, okay. Tiada was-was untuk makan sebab bahan-bahan dia tidak meragukan. Main ingredient adalah tepung pulut dan gula.

Dia dah dapat cake ni a week before CNY lagi. Tapi dia tak makan-makan lagi sebab dia cakap macam complicated. Masa ni kitorang bersembang through Facetime laa. Aku macam pelik. Cake kot. Apa yang complicated sangat nak makan? So, dia kata nak tunggu aku datang sana baru makan.

Nama dia The Year Cake. Rupanya memang agak pelik method of preparation dia. First time aku jumpa cake macam ni.

The Box

The Inside

The Cooking Instruction

Pelik kan? Cake kena goreng-goreng pulak? Aku pun ikut ler instruction tu dengan jayanya. Sangat excited nak rasa cake tu. Dalam pada prepare-prepare tu, aku dok laa bau menda ni. Macam familiarrr je bau dia ni. Tapi tak dapat tangkap bau apa.

Ni Laa Rupanya Lepas Bukak Plastik

Atas cake tu ada kurma. Pastu tengah-tengah dia ada gula and kelapa ditabur. Texture dia sangat keras.


Ni lepas aku slice-slice cake tu. Kena tunggu dia thaw dulu baru bule potong. Kalau tak keras amat sebab letak dalam fridge. Yang dalam mangkuk tu adalah telur yang dah dikacau.


Mula-mula aku goreng tanpa telur. Untuk melembutkan dia. Memang lembik habis cake ni bila kena heat. Dah macam dodol pulak gayanya. Tapi putih melepak.


Lepas dah goreng sekejap, aku angkat and celup dalam telur. Then masuk pan balik. Macam tu laa rupanya dalam pan setelah disalut dengan telur.

The Final Product

Tadaaaa.. dah siap! Sedap jugak rasa dia. Luar dia macam crispy-crispy sket sebab salut telur. Dalam dia lembut sangat. Aku memang suka menda lembut-lembut ni eheee. Lepas dah makan sepinggan baru aku dapat tangkap rasa dia macam rasa apa.


Rasa dia sebijikkkkk macam rasaaaaaa..

Kuih Getas!

Sumpah sebijik. Cuma bezanya luar dia je. Kuih getas bersira gula. Cake kat atas tu bersalut telur. Separuh jugak cake tu aku belasah. Aku dah laa memang suka kuih getas tu. Eddie tak minat sangat kuih-kuih manis. So memang rezeki aku nampaknya. Sape-sape yang happen to be in Hong Kong time CNY, bule laa try cake ni ye. Hati-hati tengok ingredient dulu ye! :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...