The Entourage

Tuesday, 30 September 2014

Iphone6 (Part 3)

Sudah sampaaaai! Pantas betul. Siap delivery lepas kerja. Bukan opis hour tau?  Malam tuuu dia hantar. Dasat betul. Syioknyaaa dapat fon baru wuwuwuuu..

Happy Eddie akhirnya dapat tukar fon. Aku pun excited sebab lepas ni takde lagi apa-apa yang bule limit kitorang untuk tukar-tukar information. Hehe. Malam tu sambil facetime, sambil tengok dia explore fon baru. Happy gila muka. Lepas ni kalau aku call pakai facetime, even if dia kat luar, dia still bule jawab hehehe.. Yeayy!





Hehe.. Eddie dok explore fon dia, tiba-tiba aku rasa aku sendiri pun tak habis explore lagi fon aku haha. So aku pun sambil layan dak gedik, sambil aku gedek-gedek fon. Terjumpa laa Si Siri ni. Korang pernah layan Siri bersembang tak? Kihkih.. Lawak kan.

Monday, 29 September 2014

Photobook: Emyr's Chronicle


Yeayyyy.. photobook dak gedik dah siap! Weehuuu.. penat sungguh mendesign photobook dia nih. 40 pages in 40 days aku buat haha. Buat sket-sket. Bila dah rasa macam pening je, aku stop. Sambung esok pulak. Tu yang 40 pages in 40 days tu.

Sebenarnya tak laa susah design benda ni. Susun dan atur je gambar-gambar tu. Template pun dah siap. Kalau malas nak tukar, bule pakai je template yang dah ready. Tapi design page photobook ni yang super slow umpama kura-kura demam tapioka. Nak upload gambar kat website pun dah makan berejam. Berat tak ingat punya. Bila start design pulak dia sangkut-sangkut. Aku ni memang ada alahan sket bila benda tak smooth gitu. Badan panas umpama mercury yang dicairkan. Hope Photobook can improve their design page next time.


Sebenarnya photobook ni free je. Aku kan member Bcard. Tiba-tiba dapat email kata suruh buat photobook for free. Apa lagi, bedal ler. Free kot. Tapi bila dah masuk website dia, tengok ada offer-offer menarik pulak. Yang dia bagi free ni Mini Square Softcover 6x6. Aku tengok yang Softcover 8x11 macam bule tahan jugak regenya. Katanya 55% off. Eleh.. yer la tu.. padahal memang lebih kurang rege tu je. Pandai betul marketing.

Memang pandai ler sebab last-last aku terjebak. Yang free entah ke mana, aku gi purchace yang 55% off tu pulak kahkah. Sebab besar sket. Ala-ala size magazine. Puas sket tengok. Bukan apa. Aku nak buat photobook gambar dak gedik ni nak letak kat rumah untuk nendanya tengok-tengok kalau boring. Dia selalu cakap, gambar amik banyak, tapi satu pun tak dapat tengok. Hehehe mama memang orang yang sangat ler jarang bukak facebook. Lebih suka yang printed album. Orang lama laa katakan.

Soooo.. demi mama tercinta, ku buatkan photobook 40 muka penuh dengan gambar cucunya yang tergedik-gedik buat tatapan. Echewahhh!




Sunday, 28 September 2014

Iphone6 (Part 2)

Baru cite pasal ipon6 semalam. Tiba-tiba dah dapat call. Panjang umur betul. Pandai diorang jaga customer. Cepat je dapat fon baru. Takut orang lari gi provider lain lettew.

Tapi ada pulak circulate pasal iphone6 ni senang sangat nak bengkok. Siap ada video. Menjerit-jerit aku tengok video tu. Haih.. kalau tak nak ipon tuh bagi la kat aku. Membazir betul. For the sake of science katanyeww. Huh.




Saturday, 27 September 2014

Iphone6



Lambat pulak update pasal iphone6 kahkahkah. Busy dengan benda lain.. Gitu ler.. Ada sape-sape yang dah pre-order iphone? 

Personally aku suka yang iphone6 plus. Orang kata alang-alang nak membeli kan. Beli yang besar terus. Tapi Eddie tak suka. Dia cakap, ipad dah ada, kalau fon pun nak besar, dah jadik redundant. Ada betulnya jugak. Besar-besar sangat kang susah pulak nak selpi. Dia suka iphone6. Dia cakap susah masuk poket kalau iphone6 plus tu. Yerlaa, kita pompuan ni beg masing-masing gabak belaka. So tade problem. Eddie pulak bukan jenis yang bawak men's handbag. So memang masuk poket je. In fact tu pun dia dah mengeluh-ngeluh sebab iphone6 tu pun memang dah besar lagi dari iphone5. Aku suruh tukar je dengan aku. Aku oke je pakai fon besar. Wa tarahal punyaaa. Dan suggestion aku dibalas dengan bunyi cengkerik dan unggas-unggas saje hahahaha.

Hong Kong dah ada pre-order. Baru pre-order je. Tak sampai pun lagi. Eddie punya laa. Bukan aku. Tahun lepas dia belikan aku iphone5 untuk early birthday present. Masa tu iphone5 baru je lagi keluar. Kalau tunggu April birthday aku kang basi pulak hehe. Then tahun lepas jugak dia belikan ipad. Hadiah untuk aku bersusah payah preggy dan bagi baby kat dia katanya. "Nanti time pantang nanti takdelaa awak buhsan dalam bilik tak buat apa-apa." Kihkih sayang awak 200%.

So kalau aku mintak iphone6 pulak tahun ni.. korang rasa dia bule tukar jadik badan ijau ketul-ketul tak? Aku rasa potensi tinggi juga di situ hahaha.

Thursday, 25 September 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...