The Entourage

Sunday, 19 April 2015

Hard Rock Pin Macau



Another pin to add to the collection. From Macau uols. Bape kali dah gi Hong Kong, tak masuk-masuk lagi Macau. According to what Eddie have told me, I'm not that keen pun to go. Boring katanya. Eddie belikan ni pun masa dia dok bawak guests dia jalan-jalan kat sana. Biasanya dia berjalan pun bila ada guests from HQ datang laa. Or bila aku datang. Kalau dia sendiri berjalan, yang dekat-dekat je. Tak feel jalan jauh sorang-sorang katanya. Hehe.

Saturday, 18 April 2015

Red Lobster



One of the weekends Eddie ada kat Malaysia hari tu, kami pergi try restaurant baru. Dah lama nak try tapi kena tunggu Eddie. Sebab masa dia ada laa cheat day aku. Kalau hari biasa dok makan salad je. Hahah tipu.

Red Lobster ni kat Intermark KL. Baru bukak kat mesia. Very popular kat The States. Sape-sape pergi sana memang akan singgah ler restaurant ni. Tak sangka ada jugak yang bawak masuk mesia restaurant ni. Dapat ler merasa.


Dish wajib kalau pergi mana-mana pun. Platter! Ada calamari, shrimp dan yang kat dalam mangkuk tu ada mushroom campur cheese campur lobsterrrrr! Marbelessss.


Kat sini memang semua seafood ler. Dish ayam or daging or lamb hanya ada 2-3 je. Sape nak order daging when are lots and lots of seafood kaaaaan? Weeehu!


Linguine ni aku punya. Sedapnya tuhan je yang tau. Portion dia pulak mak aii memang untuk makan 3 orang. Tapi aku makan sorang sebab semua dah order sorang satu. Opkos laa tak abis kan. Tapau sudah. Haha.


Ada lagi yang tak masuk gambar ni. Tak muat haha. Shrimp and chips depan sekali tu dak gedik punya. Kids eat freeeee! Oh and kalau korang nampak, ada scones atas meja tu pun free. Complimentary on the house. Lima ketul uols. Tapi memang tade sape laa sentuh bila pinggan masing-masing ada lobster kan haha.


Saje tepek gambar dak gedik. Overall aku sangat puas hati ler dengan restaurant ni. Super sedap. Super banyak portion dia. But be very careful with the bill. Kalau dish-dish yang ada lobster, agak pricey juga laa. Oh lupa plak nak cakap, kat situ ada jugak lobster timbang. Means you pick your own lobster in the aquarium and they cook for you. Ikut suka hati korang nak masak apa. Dia akan kira ikut berat and cara masak. Kitorang tak order pun yang gitu. Sebab tengok yang preset dish pun dah nampak sedap.


Dah jum balik! Nak minum susu!

Friday, 17 April 2015

Mars Caramel Milk


Sape pernah rasa?

Uwekkkk.. takyah laa rasa tak sedap langsung! Harga macam Starbucks. Tapi chocolate Duthc Lady tu laaaaaaagi sedap berganda-ganda dari benda alah ni. 

Sumpah tak sedap. Rasa pelik. Sangat pelik. Tak rasa Mars langsung!

Tatau laa kalau korang suka kan. Tapi aku memang takleh terima rasa dia. Terbuang sebotol.

Cisss.

Thursday, 16 April 2015

Hershey's

Eddie balik hari tu dia tanya nak cekelat apa. Aku pun tak tau nak mintak cekelat apa dah. Aku surug dia pandai-pandai belikan. Tapi tak nak banyak-banyak macam selalu sebab aku tengah jaga makan. Kinder Bueno yang dia belikan last trip pun tak habis-habis lagi. Ada lagi tuh haa dalam almari.


Dia balik-balik je dia pass aku plastik Eraman. Dapat yang tu yeay. Tapi plastik besar jugak. Jumbo pack. Haih.. Ini orang memang suka kasik rosak diet aku. Dia beli dua pek. Satu untuk aku, satu untuk rumah dia.

Bila dah beli terpaksa laa makan kan? Huahuahuaaaa..

Tuesday, 14 April 2015

Anak Abah

Hari Ahad lepas, aku hantar Eddie ke airport macam biasa. Tengah sembang-sembang, tiba-tiba dak gedik melentok kat abah dia. Melekap kat lengan tak nak gerak. Pelik sangat.


Lama dia gitu je. Bila aku angkat, dia pegi lagi. Rindu sangat kat abah agaknya. Dia tau abah dia nak balik dah. Lepas ni jumpa dalam screen je. Haih.. Sedih aku tengok dia tak nak berganjak macam tu.


Sampai laa dia tertido kat lengan abah dia. Walaupun dah terlena, bila aku angkat, dia keraskan kepala dia. Nak jugak melekap gitu kat abah dia. Cair abah dia bila anak melekap gitu. Rasa tak nak balik je. Tapi apakan daya. Kena balik jugak.


Bila dia dah agak-agak deep sleep, aku try angkat lagi sekali. Masih dia terjaga and marah sebab tak bagi aku melekap gitu. Tangan aku dah lenguh. Sudahnya aku sandarkan dia gitu sebelah abah dia. Baru laa dia sambung tido.


Sudahnya sepanjang perjalanan dia tido gitu. Sentiasa nak body contact dengan abah dia. Haih manja beno dengan abah dia. 

Dilemma


Aaaaaa...

I don't know what to say.

I don't know where to start.

Let be just straight to the point.

Boss aku counter offer and asking me to stay.

Huwarghh!

Aku super terkejut! Mula-mula aku terus tolak mentah-mentah sebab hati dah nekad nak pindah Hong Kong. And aku tau kalau offer tu menarik confirm aku akan pening pikir nak buat decision nanti. Tapi dia beriya mintak aku letak figure. Diaaaaa mintak aku yangg letak berapa aku nak! Bule caya takkk? Aku sendiri tak caya. Lagi sekali aku terkejut.

Dia cakap, "Takpe.. Just let me know how much. I'll try to consider.."

Bila dah dipaksa macam tu, aku pun belasah laa letak figure yang sangat tak logic dek akal haha. Senang sket dia nak tolak. Aku pun takyah pening-pening pikir nak accept ke tak. Sebab hati aku memang dah sanpai Hong Kong. Aku tau kalau aku letak figure yang biasa-biasa, dia akan consider. Kang kalau dia approve, aku pulak pening nak pilih to resign or not to resign.

So tak pikir panjang, aku mintak extra 3.5k on top of what I'm earning now hahaha. Zalim tak. Mungkin pada korang increment setakat 3.5k tu takde apa sangat. Tapi pada aku dah zalim habis ler tuh kihkih. Mintak extra 5k kang dia cakap aku gila pulak.  Dalam hati aku masa tu, nasib laa. Nak sangat suruh aku letak figure kan. Amek kau.

Then lepas aku cakap tu, boss aku terdiam. Nebes pulak aku. Dia chop aku mata duitan ke haha. Lepas tu dia tanya aku, "Cukup ke?"

Haaa.. Boss aku ni biar betul. 3.5k tu tak cukup banyak keeee? Tau laa gaji dia 5 angka. Dia nak bagi aku gaji macam dia ke? Masa tu, aku tak tipu, aku tiba-tiba terasa rambang mata pulak. Haha adeh. But instead of tambah amount, aku saje try mintak benda lain. Tukar-tukar amount kang tanda aku tak stern on my decision pulak.

Pastu aku cakap dengan selamber, "Kalau dapat notebook sebijik okay gak." 

Boss aku jeling aku. Hahahaha.

Pastu aku tambah lagi, this time dengan nada gurau laa, "Oh haa.. Parking spot sekali."

Alang-alang nak resign kan. I have nothing to lose. I got good options in both hands ye dak? Ngeeee.

Kali ni dia berbunyik, "Amboih lawan tokey nampak."

Terus aku jawab, "Sape suruh tanya." Pastu aku gelak. Nebes sebenarnya kihkih. Bukan nebes takut boss. More to nebes kalau dia betul-betul consider. Pengsan aku.

Discussion sampai situ je hari tu. Dia cakap dia akan pikir dulu. Dia cakap dia memang perlukan aku lagi. Then dia tanya negotiable tak. Hehe banyak sangat ler tuh gaknya. Aku sternly cakap non-negotiable hahha. Take it or leave it. Kalau tak dapat figure tu, aku ciao. Seriously I got nothing to lose.

So skang ni aku sangat dalam dilemma. Kalau dapat offer ni, bule jadik rambang mata jugak aku. Tapi at the same time aku sangat-sangat nak pindah umah baru. I'm so in love with the new place. So in love.

And seeing dak gedik happy being in the new surrounding makes my heart cries with joy. Selama ni dia takde tempat luas untuk main. Kena bawak dia gi playroom kat Jusco/Giant baru nampak dia puas main. Kat rumah baru ni, semua ada depan mata. Aku pun sendiri happy dapat duduk rumah and serve my family. Memang aku tau aku ending up feeling bored bila dok kat rumah nanti. Tapi aku tau aku takkan pernah menyesal aku pilih jalan tu. Sebab aku dapat pahala jaga family aku sendiri.

Unlike now.. Tak rasa macam family sangat. Lagi-lagi kalau turn Eddie yang balik sini. Penat. Sangat penat. Kena berkejar dua rumah in one weekend. Aku lebih suka bila turn aku yang pergi sana. Lebih tenang. Baru aku rasa family. Tak perlu rushing sana sini. Jalan-jalan, makan-makan, lepak-lepak dengan family kecik aku je. Happy sangat happy.

Tapi in case kalau betul boss aku buang tebiat bagi aku raise.. Aku still kena consider. Kan? Ke tak perlu consider langsung? Aku rasa macam kena jugak. More money to bring home equals to more financial freedom for the whole family kan? More financial freedom means more leeway to splurge on things for dak gedik.. More leeway means more vacation trips in a year.. More handbags.. More online shopping.. More.. More.. More!

Materialistik tak bunyi dia haha. Whether you admit it or not. It's the truth. Everybody loves money betul tak? But I love dak gedik also. Taking this offer means I won't have the chance to take care and tend dak gedik just as what I've planned.

Homai.. Rambling too much dah. Let me sleep on it. Then baru buat decision.

Tapi kalau korang? Apa korang buat?

Sunday, 12 April 2015

Plan b.

Hello!

Dah lama rasanya tak buat food review kan. Bukan apa, selalu bila keluar tempat makan samaaaaa je pergi. Semua orang dah tau. Semua orang dah biasa. Buat apa nak review lagi. Dah naik boring dah. Kalau tak Tony Roma's, Chili's. Kalau tak Chili's, Italiannies. Kalau tak Italiannies, TGI Friday's. Kalau tak TGI Friday's, Delicious. Menda sama je. Menu sama je. Semua orang pun naik muak tengok entry aku.

This time aku ajak Eddie makan tempat lain pulak. As usual kitorang ke Mid Valley sebab nak cari money changer. So aku ajak Eddie gi Plan b. Dia tak pernah makan lagi. Aku pun baru sekali makan dengan Azila hari tu. So saje laa ajak bagi dia rasa. Since dia pun dah buhsan, dia pun layan je laa aku.


Aku order smoked salmon angel hair with tobikko. Yang Eddie tengah makan tu. Kitorang memang suka swap-swap dish. Sharing is loving. Hehe. Angel hair dia sedappp gilaaaa! Ni first time aku order. Very creamy. Tambah plak dengan rasa smoked salmon tu. Then rasa sket-sket tobikko.. Homaiiii.. Tak cukup sepinggan.

Eddie pulak order chicken club sandwich. Yang ni sedap jugak. Tapi aku prefer aku punya lagi hehe. Eddie punya ni very healthy. Chicken breast. Grilled plak tu. Then ada boiled egg hancur. Then ada avocados. Then ada fries and salad on the side. Very flavourful.

Starter kami order nachos. Okay-okay laa.. Not as nice as Chili's. Tapi avocado dia buat aku jatuh cinta. Oh haa.. Plan b. ni yang bestnya portion avocado dia in any dish sangatlah generous. Aku rasa macam makan cukup sebijik dah kat situ. Happy gila aku dapat avocado banyak gitu. Eddie pulak tak bape nak suka. Very nice hahha!

Drinks pulak Eddie order Italian iced coffee. Biasa-biasa je. Entah-entah kopi Mesia je pun haha. Aku order butterscotch smoothies. Super yummyyyy! Tapi agak manis. Siap bule tambah air sejuk separuh pun still manis.

Dak gedik kami tak order apa-apa pun sebab tak perasan plak kids menu. Since sandwich Eddie banyak fries, so dia makan fries je. Dia memang hantu fries pun hehe.



Perasan sangat nak pakai fork. Orang pakai fork, dia pun sibuk nak pakai fork. Tapi cucuk asik tak kena. Sudahnya dia amik fries tu, then cucuk kat fork then suap kat mulut dia haha. Apa-apa je laa sayang. Asal nak dok diam dalam baby seat. Mummy nak makan. Eh tapi dapat jugak ler dak gedik merasa dok high chair Stokke! Hahahaha..

Friday, 10 April 2015

The Beach Boy!

Hello semua!


How are you guys today? Aku tak keja hari ni hehe. Banyak benda rasanya nak kena settlekan. Plus Eddie is coming home today! Yeayy!

Baru balik dari Hong Kong last weekend. This weekend Eddie balik plak. Happynya kalau dapat jumpa tiap-tiap weekend cani hehe. Tape.. Sabar iLa, sket lagi.

Malam tadi on the way balik aku singgah Giant nak beli frozen food untuk Eddie bawak balik Hong Kong nanti. Nak tunggu dia balik baru nak gi cari semua benda macam rushing nanti. Sebab biasanya bila Eddie balik, memang masa tu laa nak run all errands. So yang mana aku bule tolong settlekan, aku settlekan dulu. More time for us to do something else nanti hehe.

Seronok betul pusing-pusing kat Giant malam tadi. Kosong-sekosongnya kihkih. Tenang sungguh laa aku mencari barang. Tengah pusing-pusing kat isle-isle tu, aku ternampak pulak sandcastle set kat situ. Ada macam-macan jenis. Untuk baby and untuk budak besar.

Terpikir rumah aku kan dikelilingi dengan beach skang, aku grab satu yang baby punya. Cumel-cumel je barangnya. Kecik-kecik. Sesuai untuk tangan kecik dak gedik. Yang utk budak besar tu best jugak. Tapi tak sesuai lagi untuk dak gedik. Acuan sandcastle dia pun dah sama tinggi dengan dak gedik kihkih.


Tak sabar nak tengok reaction dak gedik bila dapat main pasir. So far tak pernah lagi. Eddie risau takut dia makan hehe. Kena jaga-jaga at all times la kan.

Oh yaa.. Gambar atas skali tu laa rumah kami. Kecik je pulaunya. Connected to Lantau Island (airport) and Hong Kong Island by bridges. So kalau nak datang rumah aku, naik ferry bule, naik bas pun bule. Gambar bawah gambar Park Island Main Beach.


Park Island adalah yang apartment tinggi-tinggi tu. Yang rumah rendah-rendah sebelah dia tu pulak dipanggil village houses. Tapi nama je village houses. Bukan kayu pun. It's a walk-up flat yang kat bawahnya ada kedai-kedai. Seronok juga area village houses tu. Tenang je area situ.

Next entry aku akan share lagi pasal village houses ni okeh!

Thursday, 9 April 2015

Bus

Dak gedik skang selain obses dengan stereng dan tayar, dia sangat obses dengan bas. Also jentera-jentera berat atas jalan macam lori and tractor. Suka beno dia kalau nampak menda-menda besar ni. Eksaited melampau. Mesti dia akan pandang tak berkelip.

Dari airport ke umah kami memang ada special shuttle untuk residents. Senang sangat. 20mins dah sampai dah. Tak perlu laa macam dulu, naik bas laa, tren laa, baru sampai. Sangat bagus dorang provide shuttle macam ni to and fro airport sebab Park Island memang banyak expat. Maybe because of the location itself. Nearby airport.


Kat airport ada special terminal untuk residents tunggu shuttle. Dak gedik memang suka ler berlari-lari kat tengah-tengah airport ni. Kitorang memang biarkan je. Let him expose to the surrounding. But within view ler opkos. Kalau dah jauh sangat, one of us akan ikut dia dari belakang but within some distance. Saje nak biar dia berani hehe. Tapi lama-lama bila dia penat, dia akan pusing cari mummy abah dia jugak. 


Masa ni dia tengah seronok berlari sana sini. Tempat tu luas, so tak risau sangat. Cuma bila dah dekat dengan escalator tu masing-masing menggelupur laa berlari kejar hahha.



Suka betul dok kat palang tu. Tersengih-sengih bila berjaya letak montot atas besi tu. Belakang dia tuh laa tempat parking bas. Bila bas sampai je bising mulut dia dok "Bah bah bah!" Hehe bunyi sebut ball dengan bus dengan abah dah sama je sayang oi. Konpius mummy.



Masa ni aku saje je bawak dia keluar jalan-jalan tengok bas. Seronok sangat dia. Keliling dia pandang. Last-last dia ajak aku naik hahaa. Beriya sangat. Masa ni bukan bas kitorang, so terpaksa laa tenangkan dia suruh tunggu another bus.  Hehe. Macam-macam laa awak ni sayang.

Wednesday, 8 April 2015

Graco High Chair


Dak gedik dah lama memerlukan high chair. Aku pun dah lama rasa nak belikan. Satu keperluan sangat bila sampai time makan. Cuma masalahnya kami memang ada plan nak pindah ke Hong Kong kan. So Eddie suruh hold dulu. Dia tak nak mengangkut banyak sangat barang dari Mesia. Yer laa.. Pindah ni bukan benda senang. Ni pulak pindah ke luar negara. Sumpah aku sangat penat berkemas. Tapi penat-penat pun aku happy sebab aku buat semua ni untuk family aku. Tak sabar nak dok umah jadik suri rumah hahaha over.

So bila Eddie dah dapat rumah baru, baru laa kami serius mencari barang-barang rumah. Seronok sangat dapat jalan-jalan shopping barang rumah. Beli sofa cover, beli dining table punya cover, cari shower curtain, cari anti-slip mat untuk bath tub, cari bedsheet baru untuk katil, beli barang dapur. Serba serbi laa katakan. Walaupun rumah kami cumel saje hehee.

Dan antara barang yang kami cari jugak adalah high chair dak gedik la. Sian dia tade high chair. So bila jumpa yang ni, memang terus grab laa. Aku sangat suka sebab so the cumel! It's lightly padded and material dia ala-ala macam canvas sket. So kalau ada tumpah makanan, can just wipe it off easily.


If tak nak pakai high chair ni, bule just fold and store away easily. Tapi aku tak rasa laa perlu lipat pun. Rajin pulak aku nak bukak lipat setiap hari kan haha.

Sila abaikan rumah kecil kami yang bersepah itu. Kami masih dalam proses mengemas sebenarnya hehehe. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...