The Entourage

Friday 29 August 2014

Hong Kong Lagi



Yeayyy! We're are traveling againnn!

Sempena cuti Merdeka ni, marilah kita ke Hong Kong ekekeke. Rindu Dim Summmm, rindu roasted duckkk, rindu Kebaaaab! Sampai je aku nak makan semua yeehaa!

Biasanya memang aku akan amik first flight to Hong Kong. Tak laa buang masa kan. At least sampai dah bule berjalan-jalan.

Okay la korang, nanti sambung lagi okeh. Doakan dak gedik sentiasa behave dalam flight. Lebiuols!

Thursday 28 August 2014

Flight


Antara salah satu flight take-off HKG-KUL. Tak ingat trip mana satu. Smart kan? Macam nak ber-racing pulak hehe.

Wednesday 27 August 2014

A Souvenir

Wahhh.. hari ni happy bangattt.. Hari tu baru lepas Farnsborough Airshow 2014. As usual Azran our beloved CEO pergi ler attend untuk shopping kapal terbang katanya ekeke. Sekali dia balik-balik je opis, aku dapat buah tangan laa kannn. Tak sia-sia aku kena gi mengadap dia hari tu buat report. Yahooo!


Best tau.. Sedaaap! Banyak choice pulak tuh. Rambang mata nak pilih. Thank you, Big Boss!

Tuesday 26 August 2014

New Haircut


This time saje nak biar kat depan tu panjang. Buat bob kat belakang je. Okay dak?

Monday 25 August 2014

Hulala: Winter Coats

Before pergi Gold Coast last raya, aku ada terjumpa winter coat yang cantik kat Hulala. Lalu tangan pun menggatal ler nak membeli. Memang jenis tangan takleh dok diam, gitu la.

Aku tengok delivery datenya macam dua minggu sebelum pergi Gold Coast. So should be okay la. Memang aku beli pun untuk Gold Coast trip. Sebab lepas ni macam tak sure lagi nak gi mana time winter. So aku pun beli laa. Dua terus.

Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai. Dah nak pergi pun tak sampai-sampai jugak. Puas dah aku email marah-marah bising-bising. Satu pun tak berjawab. Aku pasrah je sebab rasa dah kena tipu. Bila Eddie tanya, aku cakap tak jadi beli sebab tak cantik hahaha. Takut kena bebel punya pasal so kena tipu sunat sket (if you're reading this, sorry hubby. I'll make it up to you :p)

Ni laa rupanya winter coat aku yang tak sampai-sampai tuh. Cantik sangat sebenarnya. Aku suka. Dah laa macam-macam kaler. Since merah and hitam aku dah ada, aku amik dua kaler. Hijau dan brown sebab aku tade lagi kaler-kaler tu.




Alkisahnya.. lepas balik dari Gold Coast aku dah terlupa pun pasal perihal winter coat ni. Saje tak nak ingat sebab sakit hati sangat. Sekaaaaaaali.. di hari yang tenang lagi bahagia, winter coat tu sampai kat opissss! OMG.. happy gila aku! Baru je aku nak give up online shopping sebab rasa tertipu. Selama ni memang aku tak pernah kena tipu. Bila kena this time rasa sedih gila. Rupa-rupanya, luck aku masih baik eheheh.. Sorry  Hulala marah-marah :p 

Nampak gayanya memang kena simpan ler winter coat ni untuk pakai winter kat Hong Kong je. Dah laa hari tu masa kat Gold Coast, sedih kena tipu punya pasal, aku gi belasah beli dua helai lagi winter jacket kat Harbour Town. Ni tambah lagi dua helai hahahaha. Malaysia.. bila nak ada winter nih ekekeke.




Saturday 23 August 2014

Baby Tua



Hahahaha saje je nyakat budak gedik ni. Naughty sangat asik nak bergerak je skang. Tamo dok diam. Meh sini mummy bedung. Ingatkan dia nak marah. Mula-mula struggle nak kuar. Sekali dia sengih-sengih laa pulak kan hahahaha.

Ada orang bising kat aku cakap kenapa tak bedung dak gedik (masa dia newborn dulu laa). Ehh. Suka aku laa nak bedung ke tak nak. Anak aku kan? Bukan anak KAU. Kau jaga anak kau. Aku jaga anak aku. Kabish?

Friday 22 August 2014

Look Mummy. No Hands!



Dak gedik dah besar :') Dia dah bule berdiri lepas tangan. Kadang-kadang perasan dah stable sangat, sambil berdiri sambil tepuk tangan. Eksyen tau nak tunjuk kat orang dia dah bule berdiri tak pegang apa-apa :)



Masa ni sibuk dok belek medical card dia. Abahnya baru buat untuk dak gedik dan mummy. Dia pulak yang sibuk membelek. Suruh duduk tak nak duduk. Dikeraskan kakinya nak berdiri jugak. Eksyen tauu.

Thursday 21 August 2014

Rantai Putus



Huwaaaaaa.. menangis tak berlagu akuuuu.. rantaiku putussss.. sedihnyaaa! Aku tak sedar bila putusnyaa. Tiba-tiba gi toilet tengah belek-belek muka, ternampak rantai tu dah dangling sebelah gitu. Rasa nak nangis terusss. Ekor ribbon tu pun hilang sebelah.. ada laa satu gram jugak tuh kotyang hilang tu.. haihh.. siapalaa yang jumpa tuh kan.. Pasrah je aku tengok. Nasib baik laa rantai tu tak cicir sekali. Kalau tak memang berderau darah aku masa tu..

Rasa macam nak repair je.. tapi tak sure pulak dia bule buat sambungan rantai tu ke tak. Sayang woo rantai ni. Mama cakap kalau trade-in pun bagus juga, bule amik rantai baru. Tapi kena tunggu harga emas naik balik. Baru untung. Hubby top-up plis! :DDD

Wednesday 20 August 2014

Restoran Hidangan Lalapan, The Atmosphere






Ni cerita bulan puasa sebenarnya. Tak sempat nak post sebab sebelum puasa aritu dok sibuk cite pasal Gold Coast hehe. Kitorang berbuka kat Restoran Hidangan Lalapan. Mesti korang tak pernah dengar kan? Aku pun baru first time. Dishes dia lebih kurang macam Ayam Penyet. Tapi dipanggil Ayam Lalapan. Version Sarawak. Ada Ayam/kambing/daging/keli goreng yang dihidang bersama ulam-ulaman dan sambal juga kicap. Sedap jugak. Di kat area Seri Kembangan. Sape-sape lalu Giant Seri Kembangan sila lah try.

Tuesday 19 August 2014

New Toys


Baru beli kat ToysRus KLIA 2 sebelum gi Gold Coast hari tu. Dak gedik dah banyak tak main toys dia. Mungkin dah busan kot. Tuh laa sebabnya aku beli toys baru untuk dia. Sebab aku dok pikir kot-kot dia meragam dalam flight. Bule laa aku selang-seli bagi toys baru kat dia. Sekali dalam flight dia tidur sepanjang perjalanan hahah anak mummy ni. Mummy je yang over rupanya.

Tapi Alhamdulillah ler dia tak meragam sangat. Mungkin sebab time dia tido kan. Cuma dia ngamuk sket bila dah lama sangat tido atas dukung aku. Mungkin penat kot kena kena gitu. Biasanya kan dok berguling-guling atas katil. Ni kena kena kepit je. Rimas dia. Tapi bawak carrier naik flight memang sangat-sangat menyelamatkan keadaan. Kurang penat aku kena dukung dia sambil berdiri. Bila dia dah tido, aku duduk je terus dengan carrier tu. Lalu aku pun bule melelapkan mata sebentar hehe. Bassinet memang ada. Tapi tak abis-abis dengan turbulence. Asal turbulence je, kena angkat. Asal turbulence je, kena angkat. Mengamuk-ngamuk budak tu kena kacau tido dia. Sudahnya tidur je la dalam carrier. Haih. Cian anak mummy.

Monday 18 August 2014

Ikea Shape Sorters


Yeay akhirnya dapat jugak shape sorters Ikea yang kuidam-idamkan. Sebenarnya nak beli ring stackers jugak. Tapi bila dah pergi dengan ramai orang ni, banyak pulak opinion-opinionnya. So tak jadi aku nak beli sudahnya. Lepas ni beli toys dak gedik online je la. Senang.

Suka dak gedik main. Dok try nak masukkan shapes tu dalam rumah tu, tapi tak reti. Tapi bersungguh pulak dia nak masukkan jugak. Hihih cumel je. Ehh.. Terpuji anak sendiri hakhak.


Sunday 17 August 2014

Bonus

Ada orang dapat bonus. Dan ada orang dapat habuan kihkih.

Sebelum puasa hari tu, Eddie dapat bonus. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Setiap kali bonus mesti dia akan tanya aku nak apa hehe. Nak belanja katanya. Tapi this time since dia tau aku memang tengah aim Si Gucci kat @kerengga_kurus, terus dia cakap nak belikan. Wow.. Hari tu bila tanya, dia buat-buat tidur. Hahaha tu laa perangai Eddie. Bila mintak apa-apa, dan-dan tu laa jugak terus buat-buat berdengkur. Mengada.


Cantik beno sampai buat aku termimpi-mimpi. Tapi Eddie bagi aku option jugak laa if let's say ada benda lain yang aku teringin. Saat dia sebut nak belikan beg ni confirm laa memang tade benda lain dalam kepala otak ni. Memang terus je laa aku menjerit-jerit tersengih-sengih macam orang gila nakkan bag tu. So Eddie cakap, dia balik nanti bule gi kedai Kerengga Kurus. Happynya tuhan je yang tau.

Tu masa tu laa. Malam tu aku dok pikir. Patut ke aku beli beg tu? Perlu ke aku another extra bag? Tak membazir ke? The bag worth the prize ke?

So bila aku pikir-pikir balik, dari segi practicalitynya, dari segi worth ke tidak, aku tak rasa nak beli pulak. Untuk harga yang macam tu, lebih baik aku beli something yang betul-betul ada nilai. Bukannya aku tade handbag kan? Nak simpan bape banyak handbag betul tak?

Pikir punya pikir, aku terpikir macam nak cari something gold, sebab dia tak susut nilai. Plus aku bule buat investment jugak kan. Dengan harga lebih kurang dengan beg tu, I'm sure I can get a pretty descent one.

So bila Eddie sampai sini je, bermulalah pencarian gelang tangan emas aku. Sebenarnya nak beli gelang kaki sebab aku takde lagi. Tapi gelang kaki bape je, bule beli sendiri.. ehhh hahaha. Mula-mula sekali, kami gi Emas Sri Pinang sebab kalau beli kat situ dapat 3X bpoints. Kalau gelang harga rm4k, kali dengan tiga, dah berapa? Banyak woo point. Untung di situ. Haha kami kan opportunist. Tapi malangnya, tade yang cantik. Terpaksa laa lepaskan opportunity itu.

Next kami ke Habib, ada jugak yang aku berkenan. Tapi Habib mahal sket. Masa tu RM155 segram. Gelang yang aku nak dah nak cecah RM6k. Terbeliak aku. So pusing-pusing lagi tempat lain. Tomei macam biasa-biasa je. Lebih kurang Emas Sri Pinang jugak.

Last sekali kami masuk Poh Kong. Sekali ada laa pulak gelang yang aku suka kat Habib tu. Beza design sket je. Dan harga Poh Kong adalah RM149 segram! Apa lagi, caras terus!


Simple je gelangnya. Jenis lipan. Aku suka sebab dia padu. Orang kata design ni everlasting. Tak makan dek zaman. Mana-mana zaman pun ada design ni. Lari sket-sket je. Teringat mama pun ada satu. Aku memang saje cari yellow gold sebab time nikah dah dapat white gold. Variety laa sket kan. Plus umur-umur skang ni dah pikir investment je.

Gelang ni panjang. Aku kena potong tujuh butir baru ngam kat tangan. Tu pun panjang lagi. Amoi tu cakap, kalau yang extra tu aku tak nak, dia bule timbang balik and tolak harga. Tapi Eddie suruh amik jugak. Dia suruh simpan kot-kot aku gemuk nanti katanya. Cisss.

Since aku beli gelang ni sehari sebelum raya, banyak pulak discount yang dia bagi. Alhamdulillah laa kan. Pastu free gift pun banyak. Tapi entah pape je la kan. Sarung duit raya laa, tudung saji laa, kad raya laa hahaha. Bedal ler, amik jeeee.

Saturday 16 August 2014

Fiffy vs. Tommee Tippee


Dak gedik dah start minum guna sippy cup. So aritu saje laa pusing-pusing kedai baby. Terjumpa pulak sippy cup Fiffy. Murah je pun. Saje nak try test. So aku pun beli laa.

Balik rumah terus aku try. Dia sukaaaaa hahaha. Banyak dia minum. Yeayyyy dak gedik dah bule minum pakai sippy cup. Happynya aku. Ni sebenarnya cerita sebulan sebelum Gold Coast trip kami. And then time nak gi Gold Coast tu aku pun terpikir la nak bawak. Dah cuci semua sekali baru perasan pulak rupanya sippy cup Fiffy ni takde cap hahaha. Cane nak bawak travel. Nanti kotor laa spout dia kan. Plus dia jenis yang tade valve. Kang confirm la leaking. Nampak gayanya memang aku kena beli lain. Sippy cup Fiffy ni memang hanya sesuai pakai kat rumah.

So aritu time pusing-pusing kat Mid Valley aku pun masuk laa ToysRus. Tengok-tengok macam cumel pulak Tommee Tippee Explora punya range. Banyak sungguh kaler. Geraaam. Terus amik satu. Aku amik kaler turquoise. Lawa pulak aku rasa ada hijau-hijau tu. Nampak fresh chewah.



Ada pulak gambar anak mat saleh mana entah bergambar dengan sippy cup kaler yang aku beli hehe. Kat bawah ni ada guide kalau korang nak beli sippy cup untuk baby-baby korang yang dah nak mula minum pakai cawan.


Sket lagi nampak gaya dah bule beli beaker yang ada straw pulak. Hari tu try kasi dia minum pakai straw, tak sangka dia reti pulak nak sedut sampai air naik atas. Terharu aku tengok dia dah pandai minum pakai straw. Dak gedik dah besar :')

Friday 15 August 2014

Chocolate




Maltesers pun tak abis lagi, dapat pack baru pulak. Haih laa suami.

Tapi tade la aku mengeluh kan hehe. Aku happy je dapat chocolate dari Eddie. Cuma kadang-kadang, quantity dia beli tu macam aku ada sepuluh perut. Eddie memang suka beli chocolate-chocolate yang siap dah ada empat pack dalam satu. Katanya lagi berbaloi. Plus dia cakap, rumah aku ramai orang. Bule laa merasa semua orang.

This time chocolate pack yang dibeli adalah Hersheys. Ada empat jenis dalam tu. Hersheys Milk chocolate, Dark chocolate, Miniatures and Reese. Opkos laa pada aku Reese paling sedap. Sedap oiii. Kalau korang jumpa sila beli. 

Thursday 14 August 2014

Zionis, Ihetchiuh



Apa ke banyak beno brand yang ada kaitan dengan Israel nih. Hebat bebeno ke diorang ni sampai semua product diorang ada share. Lepas ni kalau buat groceries shopping memang kena bawak list ni.

Frankly speaking, at first aku tak bape nak kisah sangat pasal boycott-boycott ni. Pada aku, orang yang dok boycott-boycott ni poyo je. Borak pungpangpungpang, after a while, diorang pakai/makan balik Israeli products. Tapi semakin aku ikut cerita-cerita perang, aku jadi makin geram dengan diorang. Manusia tak kenal diuntung, dah bagi tanah untuk tumpang tinggal, tapi dia buat harta pulak. Nak memunya tanah orang. Sudahnya dihalau pulak tuan tanah. Laknatullah sangat diorang ni. Geram aku. Rasa bersalah pulak untuk terus jadik penyumbang diorang beli peluru dan bom untuk bom budak-budak.

So, aku rasa aku kena take part jugak. Try untuk buat yang mana bule. Nak gi sama berperang, lipas pun aku takut. Mungkin tak semua yang aku bule boycott. Tapi kalau ada option lain, aku akan try untuk elakkan barang diorang.

Skang ni aku dengan Eddie tengah nak habiskan credit balance dalam Starbucks card yang masih ada dalam seratus lebih tu. Lepas habis je terus aku potong kad tu. Aku racik-racik biar halus. Sambil-sambil tu aku bayangkan aku tengah racik kepala brader-brader zionis. 

Marah ni marah.

Wednesday 13 August 2014

When He Was Just 7 Days Old..

Masa ni dak gedik kena tahan kat NICU due to viral fever..


Look at how small he was..


Kecik-kecik dah pandai carik camera.. OMG anak aku.


I love them. So much.

Monday 11 August 2014

Nursing Room: Causeway Bay, Hong Kong

Kat dalam maal jugak yang ni. Mostly kat Hong Kong semua mall memang ada nursing room yang selesa. Cuma yang ni aku tak berapa suka sebab changing table dia sangat la bahaya. Takde edge. Nak tinggal sekejap buang pampers pun ngeri.

Ada sofa cantik kat luar untuk daddy-daddy menunggu. Dan ada powerpoint in case ada yang nak pam susu. Or charge battery handphone? Hehe.






Sunday 10 August 2014

Nursing Room: IOI Mall, Puchong

Masa ni tak terpikir nak buat entry review nursing room. So amik gambar anak je hahaha. Tepek sini. Selesa dan bersih. 


Saturday 9 August 2014

Singapore Chili Crab By Mama


Rinduuuuu chili crab mamaaaaaa!


Dulu mama selalu sangat masak. Masa zaman kami kecik-kecik. Masa zaman aku belum masuk MMU. Masa zaman abang belum duduk sendiri. Masa zaman masing-masing belum kawen.

Sebab dulu semua berkumpul satu rumah. Mama cakap, nak masak ni kena tunggu time ramai-ramai ada kat rumah. Baru syiok makan sama-sama. Kalau setakat 2-3 orang je, mama cakap tak berbaloi masak. Nanti kalau ada yang tak merasa, mesti kecik hati. Sebab.. Chili crab mama paling sedap atas muka bumi ni.

Hari tu, kebetulan abang pergi Bagan Lalang, dapat ketam murah. Dia pun nak datang rumah, so dia beli lebih. Apa lagi, terus mama masak Chili Crab. Oh myy.. Mengimbau kenangan lama betul. Makan ramai-ramai. Riuh rendah. Meriahhhh!

Tiba-tiba rindu zaman dulu-dulu. Zaman takyah pikir soal hidup. Zaman takyah cari duit sendiri. Zaman bilik aku penuh dengan buku-buku cerita Kelab Buku Kenari. Ehehehe.. Rasa nak nangis.

Thursday 7 August 2014

Maltesers

This is a bucket full of goodness.

Sedap gila weh. Eddie balik hari tu dia singgah Eraman belikan. Aku tak nak sebab gemuk. Tapi dah rezeki depan mata. Patut ke aku tolak? Tak patut.. tak patut.

Chocolate balls yang sangat yummy. Luar chocolate, dalam dia malt. OMG rasa dia is like explosion in your mouth. Maybe because of the malt inside. Rasa dia ada lebih kurang makan Milo nugget tu.




Wednesday 6 August 2014

Nursing Room: Tsim Sha Tsui, Hong Kong

One of the malls in Tsim Sha Tsui. Aku tak ingat yang mana satu dah. Super best. Cantik, well-lit, clean. Rasa nak tido je dalam tu haha.

Pintu kat hujung tu adalah private room dia.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...