The Entourage

Wednesday 31 October 2012

Order From Awin: Crystals For Tasbih Delivered!

Baru je hantar kristal kat Awin. Sekali lagi terlupa sangat nak snap gambar kristal Awin tu. Haish. 

Sebenarnya plannya mau berjumpa pada tarikh 10.11.12 nanti. Tapi almaklum laa.. date tu cantik beno. Banyak wedding masa date tu. So aku takut tak sempat je. And the most important event that day is my best friend's wedidng. Azila is finally getting married! Ohh I'm just so excited for you, girl! Tak sabar nak tengok ko menikah weh. Kebetulan Azila dengan aku ni boleh pulak kawen tahun yang sama. Dah laa tunang dekat-dekat, kawen pun nak dekat-dekat jugak ahaha. Selang sebulan je. Seronok sangat cite-cite kawen tiap-tiap malam dengan dia, kuar cari barang-barang hantaran dengan dia, hantar-hantar kad dengan dia. Kadang-kadang stress/pressure dengan vendor pun dengna dia gak ekeke. Miss surely miss this moment bebeh..

So since aku takde that date, Awin pun datang laa opis aku hari ni nak amik kristal dia. Banyak jugak dia order dengan aku this time. Nak tambah untuk nikah katanya. Alang-alang dia cuti, on the way nak ke Nilai bershopping tu dia singgah ler opis aku di celah-celah ladang kelapa sawit ni. Dia datang opkos ler dengan tunangnya. 

Sambil-sambil tu, dia pass aku gift bag warna pink. Berat. Apa laa agaknya. Sekali bukak-bukak, rupanya mini cupcakes! Ohsocumil! Not to forget, sodaap!!!

TQ Awin! :DDD

Ni gambar selepas ribut taufan di meja aku. Ni je yang tinggal. Tak sempat nak tangkap gambar sebelum. Sebenarnya penuh tupperware tu Awin bagi. Tapi letak je atas meja aku, selesai semuanya. Semua cakap sedap, Awin. Tengkiu sangat-sangat tau :D Awin ni asal jumpa je mesti ada je benda dia nak bagi tawww :p

Monday 29 October 2012

Reception Update: Door gift (Minijar!)

Dah lama dah sebenarnya dapat benda ni. Tapi sangatlah tiada masa untuk menghapdet. Berkejar suma benda skang ni. Look at my wedding ticker. Only two months left to our wedding! Scary marryyyyyy :-SSS

Finally, bekas untuk doorgift aku dah siap. Weee! Phewww.. akhirnya siap jugak. Aku order minijar aku ni kat Kak Mai from Lurvering. Masa ni tengah promosi minijar RM1. Harga termasuk minijar, sticker dan ribbon. Siap dah suma. Tinggal nak masukkan isi je. Murah, kan?

Blue & Yellow: Save The Date! :D

Ni laa ghopernyer minijar aku. Pada aku, dah cukup cantik dah. Aku memang sangat-sangat teringin nak bagi minijar (regardless what the content is) as doorgift masa wedding aku. Tengkiu bf kerana melayan karenah saya. Lebiu to bits :D

The Sticker

Senang deal dengan Kak Mai ni. Sepatutnya jumpa kat Masjid Serdang. Tapi aku tak sure jalan. So dia tukar jumpa kat Giant Kinrara. Alhamdulillah. Senang sangat urusan. Dia siap bagi aku extra sticker lagi. So kepada sape-sape yang tengah takde idea nak bagi apa untuk wedding korang, please consider this. Recommended ni. Murah tau. And right now, promosi RM1 tu ada balik untuk wedding 2013. Bagus betul Kak Mai nih. Cepat grab while stocks last!

Tengkiu Kak Mai :)

Saat ini rumah aku memang macam tongkang pecah. Penuh kotak-kotak bagai. Doorgiftnya lain. Barang-barang jahitannya lain. Bunga telurnya lain. Haihh.. tak sabar nak tunggu December. Kasi settle suma!

Rumah Dah Macam Gudang

Oh by the way, nanti aku reveal apa aku nak letak dalam minijar tu kat next entry yer! :D

Thursday 25 October 2012

Wedding Invites!

Something really funny happened yesterday.

I put on my wedding invitation on YM status. Just like the one up there. Ohh by the way kawan-kawan, alang-alang dah bercerita ni, nak gebang laa sket. Jangan lupa key in your address ye if you require a wedding card. Insya Allah, aku akan poskan :)

Okay sambung. So I put on my our wedding invites on YM status. Then ene saw it and clicked it. Then he asked me.

"What's up with the chinese word?"
Aku macam, "Huh?"
Then he was like, "Ada tulih cino kat wedding invites kita. Apa maknanya tu?"
Lagi laa aku blur. Then aku bukak laa docs tu. All seemed fine to me. "Mana?"
"Tuu haaa yang bawah sekali. Wait, I send a screenshot to you."
Sekali tengok punya tengok.. memang ada! What theee...


Terus aku panik.. Alaa asal jadik gitu.. cane nak tukar ni!

Then suddenly ene said, "Oh no worries.. this invites is generated from google docs, kan? It changes the language automatically sebab I logged in from a computer in Hong Kong. IP address dia detect from Hong Kong, tu yang kuar bahasa cina."
"Ohh.. okayy. Pheww.." Dalam pada tu aku terpikir, dia ni guna Google bahaca cina ke? Baru dok sebulan dah pandai cakap cina? Biar betul. Tapi aku diam je.

At the same time aku mintak Azila bukak that particular page pun, she said nothing is wrong. So betul laa kot. Phew. Yang penting orang Malaysia bukak, semuanya okay. Aku bukan nak hantar invites kat orang Hong Kong pun :p

After like a month of being far from each other, he is finally coming home for raya! Weeee! Excited sangat nak pergi fetch him today. Rasa tak sabar nak tunggu malam. Masa, cepatlah berlalu!

He'll be arriving from Hong Kong at around 1.00am tonight. Considered dah Friday laa kan. I'll be picking him up from LCCT since rumah pun memang dah dekat dengan LCCT. Boleh je dia amik bas from LCCT straight to KL. Tapi mesti laa dia nak jumpa aku dulu ye dak? :p

So.. this Friday, Saturday and Sunday semuanya barang-barang DIY kawen akan disimpan rapi sebab aku cuti. Cuti buat DIY thingies sebab nak gi detink! Yeayy~ :DDD

Tuesday 23 October 2012

Wedding Update: Groupon Lagi

Ada sape-sape tak dapat voucher RM10 kat Groupon hari tu?

Surprisingly, aku dapat sampai dua kali. Apa kes? Hari tu dah dapat sekali dah, terus aku beli slimming package. Ni tiba-tiba check email dapat lagi! Saje je nih. Huh. 

Ingatkan nak pass je. Tapi bila tengok-tengok deals yang kesekian kalinya dihantar untuk memenuhkan inbox aku nih, ada pulak yang rasa berkenan dihati.


Untuk yang ni aku tak kira membazir pun sebab lollipop ni aku beli untuk doorgift budak-budak time reception aku nanti. :p Kalau dikira-kira jadik bape je sebatang tu. Murah laa kalau nak dicompare dengan harga Chupa Chup. Harga Chupa Chup. Aku beli 2 tub. So altogether ada 112 batang.

Tak sure lagi aku nak bagi lollipop ni time nikah or reception. Still tengah pikir-pikir lagi.. Hmm..

Sunday 21 October 2012

Makan-Makan Weekend

Last weekend memang barai diet aku. Jumaat lepak-lepak kat Murni Bukit Jalil dengan cik kak-cik kak. Yer.. di Bukit Jalil dah ada Murni. Weeehu. Opkos ler makan kan. Gi Murni tak makan, sangat tak best. Aku order nasi goreng buttermilk fish. Sedap oi. Manis-manis sket. Sabtu pulak lepas dah penat-penat berjalan-jalan ke sana ke mari, kami pergi makan-makan dengan FMIL and FBIL kat William Danau Kota. Makan meatball carbonara pulak. Haiyaaaa.. hari ni tak nak makan apa-apa. Oats teman paling setia.

Sabtu memang hari yang panjang untuk aku. Sangat penat. Nanti aku update ye. Nak cite pasal makanan dulu ekeke.

Bee

Ni laa FBIL aku. Mudo laie nih.. Setadi lagi. Kat MMU juga. Tapi MMU Melaka. Hidup MMU :p FBIL aku dia order Anti-Pesto Daging. Basically all meat-based stuff served with mashed potato.

Nampak Tak Portion Meatball Carbonara Aku Tuh? Pengsan Nak Habiskan

Memang confirm laa aku tak habiskan carbonara aku tu. Bukan sebab mengada tengah diet. Sebab memang tak larat nak habiskan. Asal makan kat William/Murni memang selalunya orang lain ler tukang habiskan makanan aku. Kekah ramai-ramai sebab portion dia bapak besar. Aku yang kuat makan ni pun tak leh nak abis.
FMIL

Ini laa FMIL aku. Rasanya tak penah aku letak gambar dia lagi kat sini kot. That's because skang-skang ni aku dah lama tak bawak camera ke mana-mana. Hahaha.. skang ni busy sangat, nak amik gambar time makan-makan pun takde mood. Sebab tau memang takde time nak upload. Ni pun amik kat facebook FMIL je. Hikhik.. 

Friday 19 October 2012

Craft: Manicure


Tengah mencari pelukis henna tercantik untuk nikah when I stumbled upon this. So adorable!



Kalau buat kuku gini untuk nikah rasanya majlis kena cancel immediately tak? -__-

Thursday 18 October 2012

Hong Kong: Sabun Taharah

Alkisahnya.. ene just got a house in Hong Kong (Yeay!~). Dok sibuk cite pasal kawen, langsung tak cite sket pun pasal kehidupan Cik Abang kat Hong Kong kan. Haihh.. iLa.. iLa..

So finally he is officially a Hongkie ekekke. Got a house after two weeks of house hunting. Kesian benar tengok dia nak settle down there. Everything needs to start from scratch. The worst part is, he's doing everything alone and I can't be there to help him. Tak suka :(

So, after scouting about 10 houses or more, he found the one yang really suits his taste, and money. One thing about Hong Kong, the houses there are reaaally tiny. Kecik sangat. And damn expensive! Memang untuk duduk sorang or dua orang je. Ada laa yang besar but the price memang tak masuk akal betul.

His house is located in Hennesy Rd. in Wan Chai. Dalam Hong Kong island itself. Okay laa.. nothing to shout about. Just a simple ordinary house for a newcomer to start new life in Hong Kong. About 200sqft with one bedroom and one toilet. Just nice for the two of us.

Yang penting rumah tu dekat dengan his office. Walking distance je. Dekat dengan train jugak, in case aku kena pergi airport sendiri ke, bule laa aku gagahkan naik train sorang-sorang. Need to be independant now. Sigh.

The house is a fully-furnished apartment with basic amenities. Aircond ada, security pun ada. Alhamdulillah. Deposit paid today to the agent and he can move in anytime after paying the balance payment.

Tak sabar rasanya nak gi sana tolong-tolong kemas. Sian ene kena kemas everything sorang-sorang. Nak kena samak semua benda. Was thinking of jumping on a flight today after to work to visit him then esok amik first flight back to KL. Terus masuk kerja as usual. Buleh gitu? Hahahaha. Jangan gatal, iLa.

Sebenarnya aku nak cite pasal lain. Tadi tu mukadimah je hahaha.


When any of us in the office was assigned to go to Manila for aircraft maintenance or hangar check, kitorang akan duduk kat apartment yang memang di-provide untuk kitorang. And biasanya memang akan masak-masak laa kat sana since suma segala periuk belanga provided kat sana. And we've always brought this with us:

Sabun Tanah Taharah

Mesti ramai yang tak tau pasal ni kan? Meh habaq mai sket. Sabun ni nama dia sabun taharah. Sabun ni digunakan untuk samak. So, takyah laa korang nak menggagau mencari tanah dah kalau ada sabun ni. Just guna sabun ni sekali and bilas laa 6 kali lagi dengan air biasa. Bersih dan suci ekeke.

Aku beli ni untuk ene untuk dia samak rumah baru dia. Almaklumlah.. Hong Kong. Kita pun tak tau apa yang previous tenant bawak masuk dalam rumah tu.. So, better be safe than sorry. :)


Wednesday 17 October 2012

Fitness and You


Was working hard on my job when a colleague of mine forwarded this to me:

Eh Aku! :p

It's a brochure he made for his fitness training. Pakai gambar aku curi-curi! Kena bayar loyalty nih. Ahaha. He's working with AirAsia X as well but doing personal training at the same time. He's a qualified trainer sebab memang dia ada amik certs and stuff. Aku pun tak ingat dia cite hari tu. But I just love talking to him about fitness and health regime. He as a vast experienced about the best way to lose weight heathily. He's like Kevin Zahri to me. Echeh. Tak.. aku tak dapat commision pun. Saje nak kipas dia sebab dia banyak share macam-macam dengan aku.


Not just losing weight, being healthy and fit is important too, girls. Remember that. Don't just go starve yourself and be happy about it. Never do that. It affects your metabolism drastically. Not good at all. You eat and you exercise. You exercise and you burn the fat. Kan bagus macam tu. Tak gitu? :)

Yang gambar hitam putih tu is our colleague also. The handsome and funny Ben. Ekeke. Married ye. Just. ;p So, kalau ada sape-sape nak cari personal trainer untuk menguruskan badan dan memfitkan badan, bule laa cari dia. Call je. Lagi-lagi pompuan. Suka je dia melayan ahahaha :p

p/s: Rindu mau climbing semula :(

Tuesday 16 October 2012

Wedding Update: Groupon

Eh ni pun kira wedding update jugak ke? :p

Hari tu aku ada dapat RM10 dari Groupon. Konon-konon hadiah kepada loyal customers seperti aku laa, katanya. Cakap je laa nak suruh kitorang spend lagi. Huh.

Ingatkan tak nak beli apa-apa, tapi pikir-pikir balik, takpe laa.. cari yang murah-murah je. Dan juga yang berguna. Selalu groupon and Mydeal ni aku cari spa package je. Murah-murah weh. Tak tahan aku.



So hari tu, tengah aku browse-browse, aku terjumpa laa this package ni. Since aku pun tengah diet keras nih, aku pun grab je laa. Mungkin takde laa nak ada beza sangat kan setakat 3 treatment tu. Tapi kalau di combine kan dengan running activities aku, yoga classes aku, mesti laa ada beza jugak kan? Alang-alang benda pun muroh. Lagi 2 bulan je nak kawen weh. Takut!

Friday 12 October 2012

Wedding Update: Official Photographer

Weeee.. finally course yang hampir membunuh aku dah abis. Pagi tadi aku attend exam dia dan Alhamdulillah aku pass exam tu. Lega hati tak terkata. Tak perlu pening-pening lagi takut kena re-course/re-sit paper. Dah 3 hari aku tak senang duduk mengenangkan exam nih. Sampai mimpi-mimpi tak pass siap malam tadi. Tidur pun tak lena ekeke. Alhamdulillah sangat passed with flying colours! Weee! Lepas ni tunggu cert keluar. :D

Hari ni dah free sket. So aku nak share pasal official photographer aku. Dia ni sebenarnya kawan sekolah aku. Dari sekolah rendah, bawak laa sampai ke sekolah menengah. Mulanya tak terpikir pun nak amik dia. Dok browse-browse photog kat fb, tiba-tiba terjumpa satu gambar ni. Ada orang share. Cun gila! Aku terus jatuh cinta! Sekali bila tengok photog dia, lerrrr kawan aku rupanya. Aku pun apa lagi. Teruskan ler browse-browse hasil kerja dia.

When it comes to wedding pictures, I can be a very detailed person. Unlike ene. Dia asal bule je. Takde art langsung. Haih bf ku ittew. Lawak kadang-kadang ;)) So tang photog, memang dia lepaskan kat aku (banyak sebenarnya benda dia lepaskan kat aku to decide). Dia cakap, 'Pilih ler mana-mana photog yang awak nak. As long as the price is reasonable.'  OK! :D Aku tak kisah photog tu ada nama ke tak. Banyak job ke tak. Yang penting dia paham output yang aku nak and deliver as promised.

Setelah diusulkan Wan Mahazir (kitorang panggil dia Zack je time kat sekolah) kat ene, dia pun on. Tapi ene cakap dia nak jumpa dulu. Ok. Bila dah jumpa minum-minum catching up (nak cari photog baru laa nak catch up with old friend kan. Sorry Zack :p ), discuss price and stuff, alhamdulillah, price yang dia bagi sangat lah best. Dia kata, 'Harga kawan-kawan..' Zack, kau memang best! :D

Jum layan gambar..
























Aku pilih untuk buat kat library since kitorang kenal each other masa belajar-belajar dulu (masa tu kawan-kawan lagi.. ahaiiii :p ). Alhamdulillah, kawan-kawan kitorang pun happy with the idea. At least, lain laa sket idea kan. :) Apa-apa pun, we had fun that day! :D

Senang sangat deal dengan Zack. Dia terima apa yang aku suggest, dia dengar macam mana yang aku nak and dia try buat ikut cara aku. At the same time, dia bagi jugak suggestion dia. Memang bernas ler kan suggestion-suggestion dia. Dan explaination aku, memang dia senang paham. Takyah cite 2-3 kali. Aku cakap aku nak gambar yang ada storyline, tak nak gambar static. Aku nak bawak kawan-kawan aku to share the moment, tak nak berdua je. Aku nak buat pre-wedding shoot kat tempat yang unik, tak nak kat tempat-tempat biasa. Semua dia layan. Thanks a lot, Zack. Jasamu amatlah dikenang. Kesian ko berpeluh-peluh shoot kitorang hari tu. Tima kaseh banyak-banyak ye :)

p/s: Pre-wedding photoshoot done! Tinggal photoshoot nikah, outdoor nikah, reception, outdoor reception and post-wedding. Okay, banyak lagi rupanya :|

Thursday 11 October 2012

Solemnization Update: Fabric Hand Bouquet

Esok exam. Kena baca buku malam ni. So just a really quick update.

My Nikah's Hand Bouquet

Abaikan tangan climber yang buruk itu.

My prolonged project. Started making the flowers since right after engagement. Masa aku bertunang dulu aku buat fabric hand bouquet jugak. Tapi guna poodle flowers. This time aku buat bunga lain pulak. Apa entah nama dia aku tak ingat.

Laa ni baru siap sebab aku jenis yang buat semua sekali harung. Bila buhsan buat bunga telur, buat pulak tasbih. Bila buhsan buat tasbih, buat pulak hand bouquet. Bila buhsan buat hand bouquet, buat pulak rozette. Okay cukup. You get the picture. :p

If ada sape-sape yang minat fabric hand bouquet, email kat sini ye untuk price. gina1983@yahoo.com :D

Wednesday 10 October 2012

Reception Update: Kain Untuk Pengapit!

So sorry to all yang dah comment my last entry. Dah baca dah kat email. Thanks sangat sebab comment. Tapi tak sempat sangat-sangat nak reply. Nak publish terus, tapi kang takut lupa nak reply comment korang pulak. Sorry tauuuu.. janji esok aku reply k! Janji nih!

Hari ni tiba-tiba ada course pulak kena attend. Airframe course. Sebenarnya bukan tiba-tiba sangat pun. Aku teroverlook email notification yang kata aku kena attend course. Adeh.. Nasib baik laa semalam ada terpikir nak sweep old emails. Tiba-tiba terjumpa. Homaaiiii.. Airframe course ler pulak.. 4 hari weh.. adeh laaa. Starting today sampai lah ke hari Jumaat. So starting today sampai ke Jumaat jugak laa aku tak masuk opis. Bertapa kat AirAsia Academy tu. Best tu best. Tapi tak best sangat sebab tak dapat nak layan comment korang..

Okeh, nak update lagi satu hal kawen.

Hari yang aku pergi merayap ke Jalan TAR mencari kain untuk mock dress dan lace untuk baju nikah aku tu, aku dah jumpa jugak kain untuk pengapit aku. Yesss, minggu tu memang banyak sekali duit aku melayang-layang masuk dalam cash register Jakel tuh. Redha je laa. Since aku pakai champagne masa reception tu, aku dengan ene dah setuju nak suruh sang pengapit pakai brown. So aku pun mula lah operasi mencari kain..

Untuk Wan Panjang & Hawa Ku Sayang

Susah jugak sebenarnya nak cari kain kaler brown yang sesuai. Suddenly aku terjumpa yang ni. Cantik kainnya. Cuma dia darker than kaler baju pengantin. Tapi macam tak kisah sangat pun. Aku suka kain corak-corak tu. Yang tu untuk pengapit aku. Yang kain plain tu untuk pengapit ene. Kaler dia brownish yellow, bak kata akak Jakel. Ehehe.

Untuk pengapit lelaki, aku beli 4.5m. Untuk pengapit perempuan aku beli 4m je. Orangnya tinggi dan kurus. So tak perlu banyak pun. Alhamdulillah. Ekeke. All-in-all, RM120 untuk both kain. Okeh. settle satu bab. Weee!

Aaron Aziz Kaaaau! Ahahahah Apa-apa Aje.

Sorry lagi sekali ye korang, tak sempat nak reply comment. Layan entry ni dulu. Esok aku settlekan satu persatu ye. Lebiuuuu :D

Tuesday 9 October 2012

Solemnization Update: Lace for Nikah!

Lamanya tak update blog. Been busy. Super busy. Ni pun terkejar-kejar je ni. Kat opis, memang dah langsung tak sempat. Kat rumah, asik dok menjahit. Takpe, nak kawen punya pasal. Weee!

I'm getting married in less then 3 months weh. Tick tock.. tick tock..

Still trying to accept the fact.

Okay, let's talk about wedddingggggg :D

Went to Jalan TAR shopping for kain. Lotsa kain. Berplastik-plastik. Some of them were the material for my mock dress and kain untuk pengapit aku. Ehee. Gedik nak mock dress. :p

The other was the material for my real baju nikah. Weeeee! Time tunang hari tu kami dah berbalas-balas kain dah. Peachy! :D But it was kinda plain just to buat baju nikah out of that material. It was just chiffon and satin je. Tak vogue pulak aku nanti. Ehem!

So I was thinking about lace. Lacey lacey is the way to go! Aku laa kan. Orang lain tatau laa suka lace ke tak. The thing is, laces are so damn expensive! Yang cantik and quality laa kan. So, ada this one day.. while I was blogwalking at this really nice B2B blog, I stumbled upon her entry about laces at Jakel. Thanks wahai kamu kerana memberi idea. Why didn't I think of it before?

Dia cakap, dia cari cebisan-cebisan lace kat Jakel. Some are really nice. Cuma kena pandai cari dari timbunan-timbunan ittew. Dan murah juga walaupun dah tinggal sket-sket in which kadang-kadang bule dapat sampai 2 meter pun.. If you're planning to do a patch lace on your dress, memang dah cukup sangat laa. Or upper body all laced up pun cukup juga. Kena pandai curi kain.

So.. ini yang aku dapat.

1.9m Lace RM50 & 2m Demonte RM26

Murah, kan? I really can't wait to start my baju nikah's project! So excited! Lupa pulak nak cite, kain peach plain Demonte yang bawah tu bukan baju nikah aku tau. It's the material for my veil and selendang nikah! Kain tu memang biasa orang buat selendang/tudung/veil if they opted for something not so see-through as net and chiffon. Aku dah pakai net time tunang. So macam terasa nak pakai sopan-sopan sket pulak time nikah. Weee. Another DIY project to come (ada ke masa ni)!

Bunga-bungaan Yang Bakal di Cut-n-Paste

Veil and selendang nikah tu pun aku akan buat patch lace juga. Mulanya nak pinjam je veil Falsya. Cantik veil dia. Tapi tiba-tiba rasa macam nak buat sendiri. Gatai. Macam banyak sangat je masa. Babe, I tak jadi pinjam tau. Thanks anyway! :D

Sweet Tak? Aku Rasa Sweet :p

Thursday 4 October 2012

Solemnization Update: Mock Dress For Nikah!

Mata dah kuyu ni..

Kepala dah melayang-layang..

Katil dah panggil-panggil..

Entry pendek je laa ye..

Last weekend berjalan-jalan dengan mama kat Jalan TAR. Banyak oke aku memborong. Semua kedai kain aku masuk. Missionnya adalah untuk cari kain baju pengapit, cari kain untuk family aku pakai time reception aku, cari kain untuk bilik pengantin, cari lace untuk veil/selendang/baju nikah dan juga cari kain untuk mock dress aku.

Jangan main-main, aku siap ada mock dress tu. Kata anak tailor. Ekeke..


Turquoise!

Kepada siapa yang taktau, mock dress ni adalah dress yang akan dibuat dulu sebelum buat dress nikah aku yang sebenar. Sebab dress nikah kan memerlukan perhatian yang detail. So, mock dress ni kira experiment laa. Yang mana ada yang nak kecikkan or tukar-tukar nanti, akan ditukar kat mock dress ni. Then only apply the exact measurement/pattern kat kain nikah aku yang sebenar. 

Biasanya mock dress akan guna kain-kain yang murah je. Hence the name. Sebab kalau beli kain mahal, rosak, membazir pulak. Tapi takde laa sampai murah yang takleh pakai. Aku saje cari kain yang murah tapi cantik so that at least aku bule pakai jugak lepas-lepas ni kan :p


Yang kain sulam-sulaman tu tak beli pun. Korek-korek kat kedai terjumpa. Banyak kain aku yang tak berjahit lagi kat kedai tu rupanya. Haih. Lepas kawen wajib belajar jahit, iLa. Note to self. Yang kain plain tu pulak beli kat Nagoya. Murah je RM6.80 semeter. Aku beli je 5 meter terus. Bertambah lagi kain kat kedai. Takpe, bukan rosak pun. Nanti bila nak pakai, dah ada. Tak gitu?

Rupa apa dress aku tu, later aku reveal ye. Sabarrr ;p


* Suddenly rindu dia :(

Wednesday 3 October 2012

Reception Update: Bunga Telur Tissue!


Tadaa!

Aku dah cite quite a couple of times pasal bunga telur aku. At first rasa macam just nak beli je. Senang. Mudah. Takyah susah-susah. On second thought, aku terasa macam nak buat sendiri pulak. Orang gila DIY memang gitu. Abistu, dah wedding sendiri. Buruk pun sape nak marah kan?

Aku memang suka sangat bunga telur tissue ni. Super suka. Selalu tengok orang jual-jual. Paling aku suka tengok kat Seri Qanasuri. Voilaa dia punya bunga tissue amatlah to-die-for. Tanya-tanya harga sekali macam nak suruh gantung diri laa pulak kan.

Then I decided to make my own. Semangat tu. Asked ene for opinion. "As long as it doesn't burden you. Go ahead." Wee! ene was okay with it. Lalu terus pecut gi beli barang kat Jalan TAR dengan ene. Cian ene.. melayan je mana aku nak pegi :)

Half of The Barangs

Boleh tak aku terus beli one bundle of tissue paper. Tak sabar-sabar sangat. Padahal sekali pun tak pernah buat lagi. Setakat tengok online tutorial je. Bukan tissue je. Semua bahan aku beli banyak-banyak yang memang untuk buat 100 pieces of bunga telur. Haish.. memang satu pembaziran kalau tak jadi buat.

Alhamdulillah, setelah banyak-banyak kali try and practice, menjadi jugak. Betul laa akak Bunga Gift cakap. Buat banyak-banyak kali, insya Allah, jadi. Tengkiu kak. Walaupun saya tak jadi beli dengan akak, akak tak kedekut ajar saya heee :)

Ni laa Theme Kaler Kami: Blue & Pale Yellow

Okay tak korang rasa?

Tuesday 2 October 2012

Solemnization Update: Aldo for Hantaran! :D

Another thing settled! Yeay! :D

My Lacey Aldo Shoes.. :)

Last weekend, sambil detink-detink dengan ene, aku dah nekad nak cari kasut hantaran. By hook or by crook. Kalau takde kasut lace, aku nak sambar je apa-apa kasut yang sesuai. Aku memang sangat-sangat teringin kasut lace. Sangat-sangat teringin. Takleh nak bayang cane teringin aku tu. Tapi selalu takde rezeki. Dua kali aku jumpa, tapi tak dapat nak beli. Sebab dah habis size. Sangat ralat. Sebab dia lace kan. Everybody is crazy about lace nowadays. Semua benda nak lace. Baju, kasut, kalau bule satu badan nak cover dengan lace. Aku pun sama :p

Finally, aku dapat jugak kasut lace aku. Sangat seronok! Terkinja-kinja aku depan ene tunjuk kasut tu. Yerr, aku tau memang buruk terkinja-kinja gitu. Tapi dah tak tahan. Sangat seronok tau sebab aku dah lama cari kasut lace untuk hantaran. Alhamdulillah, ene approve, aku terus sambar. Weee!

Dah laa lace, kasut ni kaler light brown pulak tu. Aku memang nak cari kasut light brown lace-lace sket sebab aku nak pakai terus untuk reception nanti. Baju aku kan french lace gittew ;))


Alhamdulillah, ada size aku. Mungkin jugak sebab baru sampai. Sebab last weekend aku masuk Aldo, takde pulak kasut ni. New arrival mungkin. Pheww.. selesai satu lagi barang hantaran. Tinggal barang terakhir adalah gelang nikah. Yang tu tunggu ene balik raya haji. Bf cepat laa balik. Rindu.

*Tengah pikir nak beli kasut untuk nikah ke tak. Memang aku nikah kat rumah. Tapi nak pergi photoshoot tepi tasik, kena laa ada kasut kan kan? Mari serbu Christy Ng! Weee! :DDDD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...