The Entourage

Tuesday, 27 March 2012

Reception Update: Dewan & Baju Nikah (Peachy!)

Haha.. kelakar tak kalau aku cakap aku cuti hari ni? Padahal baru je cuti merisik Khamis dengan Jumaat hari tu, kan? Sebenarnya nak habiskan cuti. Cuti tahun lepas berbaki lagi sehari je. So, plannnya nak amik Jumaat. Tapi Ajis dah amik dulu pulak. Haihs. Lalu, Suresh suruh amik esok. Rabu. Adeh.. ada yoga pulak.. So, aku mintak laa Suresh hari ni. Dapat laa pulak! I love you lah, Suresh! :DDD

Alang-alang aku cuti, aku ajak laa mama pergi beli kain kat Jakel Jalan TAR. Tak teringat pulak ene pun cuti. Cuti nak exam. Lalu dia pun sibuk nak ikut. Hehe.. pastu katanya nak bawak kitorang pergi tengok dewan sekali. Yeayyy!!! Finally, boleh tengok dewan.

Aku datang rumah ene then ene drive kereta aku. Plan mula-mula pergi Tupai-Tupai. Dah lama teringin nak bawak mama pergi makan kat Tupai-Tupai. Nak pergi sendiri macam tatau. Haha. Oh lupa pulak nak cakap.. aunty tiba-tiba cakap nak ikut sekali. Okay. Amik dia dulu kat opis pastu baru gerak Tupai-Tupai.

Lepas makan kat Tupai-Tupai, terus gerak ke dewa tercinta kami, Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid. Hehe. Dewan ni betul-betul terletak kat depan opis JKR kat KL. Dekat je dengan Padang Merbok dengan Lake Garden tu. Kira boleh laa buat post wedding photoshoot kat sana hahaha.

The Entrance

Kawasan Sekitarnya

Besar jugak dewannya. Bukan besar jugak, memang besar laa. Boleh muat 500 pax at one time. Besar tak besar laa kan. Cantik tau! Dewan JKR ni baru je renovate. Veri nice! Macam tau-tau je aku nak kawen kan. Ahaks!

Besar Tak? Besar Tak?

Boleh Muat 500 Pax in One Time

Mama Tengah BOrak Apa Entah Dengan ene

Masa Ni Atas Stage Nak Pergi Belakang

En. Saiful tu cakap, macam kitorang, majlis hari Ahad. So hari Sabtu petang pukul 6 tu dah boleh masuk. Sebenarnya hari Sabtu tu pun ada majlis jugak. Tapi, by right, by 6 tu diorang dah patut settle cabut pelamin apa semua dah. So, pukul 6 tu dah boleh start suruh diorang pasang pelamin aiiii yang rupa macam nak musnah tuh. Pukul 12midnight diorang kena tutup dewan. Kalau laa kata tak sempat pasang ke apa, memang kena resume esoknya. Ya Allah, kau permudahkanlah majlis aku. Amin.

So-Called Bilik Persalinan, Tapi Tak Bilik Sangat Laa.. Macam Ruang Legar Je

Ni Laa Encik Saiful Tu. Baik Orangnya :)

Haa.. Nanti Aku Berarak Dari Situ Ler.. Ekekeke

Deco Kat Atas Bumbung

Til We Meet Again Dear Dewan :)

Lepas tengok dewan tu, kitorang hantar laa aunty balik opis dia then terus bergerak ke Jalan TAR. Panas-panas tu kan. Fuhh. Tak pusing tempat lain, terus pergi Jakel. Aku jumpa jugak kaler peach kesayangankuuu. Dah lama aku dream nak pakai peach masa nikah. Hehe..

Aku beli 5 meter kain chiffon dengan 4 meter kain satin. Plannya aku nak buat empire line dress untuk nikah. Sweet tak aii? Ekeke.. Lepas tu nak pasang lace sket kat pinggang, bagi nampak ramping sket. :p Tapi design belum prepare betul-betul lagi. Kena discuss habis-habis dulu dengan my designer aka my dearest mama the actual design. Takpe, lama lagi. Banyak masa lagi.

Untuk ene pulak, kain baju melayu 4.5 meter. Harus lah kaler peach jugak. Kain dia cantik, tebal sket dari satin aku. Dan takde laa berkilat macam satin aku. Matte je. Dah dia nak gitu. Whatever makes you happy laa sayang.

Habis disitu, kitorang pergi pulak ke Bunga Riben kat sebelah Semua House. Aku nak cari renda untuk baju tunang aku tu haa.. Sebenarnya nak beli lace kat Jakel tadi. Super sweet lace tu! Tapi harganya pun sweet. RM130/meter. Haihss.. mahal sangat tu.. takpelaa.. beli renda pun cantik jugak. Dah letak beads, dah tak nampak pun. Bagi nak ada base je untuk jahit beads and pearls.

So, kat Bunga Riben tu, aku beli 1 1/2 meter renda untuk diletakkan kat baju tunang aku tu. Untuk baju nikah aku tak beli lagi. Simpan dulu idea-idea (sebenarnya ada plan nak beli lace tu jugak untuk nikah hahahha).

Tak Sabar Nak Jahit Beads & Pearls Kat Atas Dia! :p
Lepas settle kat Bunga Riben, masuklah pulak kat dalam Semua House nak cari selendang. Sebab kain nikah aku tu plain je. Nak letak atas dulang macam tak cantik pulak. Tu yang ingat nak tambah selendang tu. Selendang dah ada beads, kan. So, nampak laa cantik sket atas dulang. Tade laa kain plain je. ene pulak cakap, baik cari je terus alang-alang dah kat sini. Aik.. boleh pulak dia jalan-jalan kat Jalan TAR ni lama-lama. Ingatkan dah nak balik sangat dah :p

Ada laa jumpa-jumpa 2-3 helai yang berkenan. Tapi ene cakap tak cantik pulak. Sebab beads dia betul-betul kaler orange terang. Bukan kaler peach. Dia cakap kaler hindu. Hahaha.. ene.. ene.. Takpela, jauh lagi. Boleh pilih-pilih lagi. Nanti nak pergi Shah Alam laa pulak cari selendang.

Kitorang terus gerak balik Seri Kembangan dari Jalan TAR sebab ene cakap dia boleh balik dengan Syah. Syah datang Seri Kembangan jumpa Huda, so boleh pick up ene skali. Yeay.. ene drive us home! Sampai rumah around 6.00pm. ene masuk rumah dulu lepak-lepak. Kebetulan An buat roti sardin goreng. Langkah kanan laa dia. Banyak jugak dia makan, padahal tak suka sardin hehe.

Around 8.00pm, we left home then lepak kat Ani Sup Utara dengan Azila teman dia makan. Lepak-lepak sambil borak-borak kahwin sementara tunggu Syah sampai. Around 10.30pm baru kitorang gerak pulak ke McDonald's jumpa Syah. Dia pun dah ngantuk dah ehehe. Aku lagi laa.. dah menguap tak berhenti. Sampai rumah, terus gone.

9 comments:

  1. salam..
    brape yea sewa dewan kt cni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hye.. kalau orang luar sewa dia RM4k. Tapi kalau ada orang dalam, harga cuma jadi RM2k je :)

      Delete
    2. boleh saya tau no contact utk sewa dewan ni?

      Delete
    3. boleh saya tau no contact utk sewa dewan ni?

      Delete
    4. salam nak tanya you ada tak contact number cik saiful ni.. please.. i love the place for ma wedding.. my number is 0143202055..thanks

      Delete
    5. Salam... sorry sangat arit utukar fon, no dia pun dah hilang laa awak. but u can always call JKR terus and enquire about the hall. Plus, en SAiful ni last i jumpa untuk amik deposit aritu pun dah takde kat jkr, dia kena transfer ke ofis lain dah :)

      Delete
  2. salam 2k tu include kerusi meja ke? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, yer, 2k tu termasuk kerusi meja and PA system

      Delete
  3. hye, kerusi meja tu berapa buah ek? 20 meja 200 kerusi ke?

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...