The Entourage

Monday, 26 March 2012

Wedding Update: Merisik!

Busy gila weh hari ni! Dan penat juga! Ergh.

As agreed, family ene nak datang hari ni untuk merisik. Dah kenal pun merisik jugak ehehe.. bukan laa merisik sangat sebenarnya. More to kenal-kenal sesama family since both families tak pernah jumpa and berborak lagi, kan. So, ni laa masanya untuk mereka berjumpa dan berkenalan kerana anak-anak mereka yang besar panjang ni bakal berkahwin dan hidup happily ever after. Ahaks!

So, setelah rumah disugi, diberus, dipolish dan diclearkan (sumpah rasa macam nak raya), maka tibalah masanya untuk mereka datang. Around 1.30pm tu ene texted me saying diorang dah masuk kereta nak gerak dah. Aku yang mintak dia bagi cue kalau nak keluar rumah dah. Bukan apa, nak menggoreng sayur tu. Kalau goreng awal-awal, tak sedap pulak. Oh lupa nak cite pasal menu. Kitorang masak rendang ayam minang, sambal tumis udang, sayur campur broccoli dengan carrot and terung tempura. Sedap, kan? Mesti laa.

The moment they pulled into the driveway, aku jadik nervous gila. Haha.. menggigil tak ingat punya. Padahal bukan tak pernah jumpa, kan. Buhnguk laa iLa neh. Tapi aku buat cool je laa. Mama melayan diorang kat luar, aku dengan Effa dok settlekan apa-apa kat dapur laa. Angkat-angkat lauk apa semua. Sambil mengigil-gigil. Haha.

So, time diorang tengah makan tu, kami-kami perempuan semua dok la kat dapur buat-buat sibuk. Haha.. kelakar laa. Dah takde keja pun buat-buat ada kerja jugak. Lap sana.. lap sini ekekeke.. Effa pulak malu lebih dari yang nak dipetik. Haha.

Lepas makan tu bermula laa acara diskusi antara kedua familia tentang kedua-dua mempelai.. chewahhhh haahaha.. Sambil-sambil tu aku keluarkan dessertku yang telah dibuat beforehand oleh aku and Effa the night before. Sedapnya eggtart tu. Teringat-ingat! Mak ene pun ada bawak desert jugak. Fruit salad yang sangat cheesy. Sedap!

So, habis laa diorang cerita dari pelamin ke catering ke doorgift ke semua benda. Mak ene siap bawak strawberry jam yang teramatlah comelnya itu untuk tunjuk kat mama. Aku? Dok kat dapur hahaha.. Lama jugak laa diorang dok discuss. Sampai satu tahap tu, aku rasa macam pelik pulak aku dok kat dapur je tak buat apa-apa. Ya. Aku dah buat semua benda kat dapur tu. Habis polish semua dah, sampai dah takde menda nak polish hahaha. Lalu, aku pun beransur laa dengan segan silu dan tersipu-sipunya naik ke atas. Tak pandang siapa-siapa pun. Dah tak larat nak dok kat dapur tu. Naik je atas, terus baring atas katil Irfan. Best gila.

Setengah jam lepas tu, mama naik. Dia cakap mak ene panggil turun. Awatnya nih. Debar-debar aku. Rupanya nak ajak pergi pameran pengantin kat PICC. Haa? Weekend ni ada pameran pengantin ke? Apsal aku tak tau? Aku ingat aku yang paling hapdet sekali skang ni. Rupanya aku silap. Ergh. Sila baca lebih dalam di sini, sana, situ dan sonu. =DDD

Kitorang gerak asing sebab aku nak ajak mama. Saje je. Diorang ramai, takkan aku sorang je kan haha. Lagipun, takyah laa diorang hantar aku balik lagi. All and all, everything went well laa. Kitorang hop from satu booth ke satu booth. Highlight of the day adalag untuk mendari pelamin dan caterer. Dan yang paling best, semua booth yang kitorang pergi, semua ada food testing. Best gila! Dah laa aku memang tak makan lagi. Lapar kot! Semua booth aku makan. Sampai kena gelak dgn ene and mama. Diorang pakat gelakkan aku ramai-ramai. Cis. Sabar je laa.

Pusing punya pusing, jumpa laa satu caterer ni nama Mastar Catering. Kat luar je pun. Tapi bila dibanding-banding, ini yang paling murah. Tapi to me, the food wasn't so good kalau nak dicompare dengan Nurul Izzah. Nurul Izzah tu sedap gila kot! Sangat! Sangat! Tapi aunty berkenan Mastar, so ikutkan je laa. Pendekar Mustar pun Mustar laaa...

Lambat jugak laa kitorang balik. Dalam pukul 8.30pm tu baru gerak balik. If register, siap dapat doorgift yang berupa paperbag bercap Ekspo Perkahwinan anjurang Utusan Malaysia dan juga empat buah majalah. Tak ingat majalah apa. Mula-mula malas nak register, tapi dah mak ene suruh, belasah je laa..


Fuhh.. lega satu perkara. Hal merisik dah selesai.

Coming up: Tunang.

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...