The Entourage

Tuesday 30 June 2015

Tropical Flowers

Kalau pergi Hong Kong, mesti kena beli satu charm. Kenapa? Hehe.. sebab kalau beli kot Hong Kong, ada orang tolong bayar. Opps.. ngeeee.


Lawa tak yang ni? Suka pulak aku collect murano skang ni. Rasa macam complements my kaler baju je kalau selit satu murano kat bracelet. Yang ni bunga-bunga dia campur-campur kaler biru and hijau. Rasa macam sweet sangat kaler dia. Pastu bila pakai nampak macam fresh je hehehe.

Monday 29 June 2015

Secret Stash

Keadaan di dalam laci meja ku sekarang hehehe.


Opis aku ni kalau nak keluar ke airport terminal kena naik transport. So masing-masing memang akan simpan food dalam drawer untuk kudap-kudapan. Kot-kot rasa gatai nak ngunyah, ada laa benda nak korek. Kalau tak, kering ler sorang-sorang kat meja. Atau. Mintak orang punya sket hahaa. Tuh laa pangai jejaka-jejaka opih aku.

Sebenarnya banyak lagi ni patutnya. Tapi hari tu, aku dah clearkan sebab konon-konon nak resign kan. Malas nak aku bawak balik umah pulak. So sedekah je orang-orang opis. Confirm selesai kihkih. Kat sini, yang mudahnya sebab ada Jaya Grocer. Bila rasa nak beli food untuk letak kat opis, time lunch tu, singgah ler jap. Then bawak masuk opis. Fruits opkos ler aku letak kat dalam fridge kan. Takkan nak letak dalam drawer jugak hhehe.

Sunday 28 June 2015

The Body Shop Sale!

Haihh.. very the busy laa nowadays. My days at work are just work now. Tak sempat sangat nak ngulor sana sini. Or shopping sana sini ekeke.. Ni aku tau sale pun dah hujung-hujung hari dah. Tu pun baru teringat dah lama tak check email Yahoo!. So bila dah hujung-hujung sale ni tau je laa kan. Barang yang tinggal pun macam tak best sangat. Tapi 50%-70% punya pasal, aku rembat jugak.







Hasil rembatan. Lipstick dia murah betul. Aku suka test-test campur kaler. Best tau. Daripada lima batang lipstick yang korang ada, Korang bule dapat 15 lagi shades yang berlainan hehe. Tak untung gitu? Tapi kali ni yang aku beli, bukan laa semua aku nak pakai. Lipstick lama pun tak habis lagi. Ni saje je beli extra nak bagi mama dengan adik aku An.

Satu bagusnya lipstick The Body Shop ni, dia adalah all natural product. So kalau kulit yang ada problem or sensitif memang takde problem laa. Macam mama, dia memang takleh pakai lipstick yang ada chemical kuat. Hari tu dia try M.A.C, habis bibir dia bengkak and merah. So memang dia pangkah M.A.C. So far yang dia bule pakai, Lancome and Clinique. Pastu hari tu dia saje try The Body Shop punya lipstick. Okay laa pulak. So tu yang aku beli extra untuk dia tu. Alang-alang tengah on sale kan..

Saturday 27 June 2015

Marc Jacobs To Let Go



Anybody interested in this bag? It's a changing bag by Marc Jacobs. Sangat besar and spacious. Comes with a matching changing mat. Material is really good. You can just wipe it clean. Have been using it for less than a year. Still in good condition 9/10. Reason to let go is I wanted to buy a new Kate Spade baby bag yeayyy =D. Bought it for rm1300. Letting go for rm800.

Interested? Whatsapp me at 0129198861. No calls please. :)

Friday 26 June 2015

Homemade Patty

Percaya tak kalau aku cakap ni Eddie yang buat?


Kihkih.. my hubby the cook. Sejak dia duduk Hong Kong ni macam-macam resipi dia try to survive. Bukannya takde makanan halal kat Hong Kong. Kalau setakat duduk Hong Kong holiday dalam seminggu, still tak perlu lagi laa rotate pergi makan tempat yang sama. Tapi kalau dah duduk dekat tiga tahun kat Hong Kong, mual juga nak makan luar tiap-tiap hari. Tu yang macam-macam resipi dia try untuk makan kat rumah. Aku sendiri pun tak pernah lagi buat burger sendiri. Hehehe. Bravo hubby. Nanti bila dah duduk sama bule laa gilir-gilir masuk dapur. Muah!

Thursday 25 June 2015

Kerja

Selagi tak tutup mata, kerja.. Kerja.. Kerja.


Aku dah dua minggu work from home. Adik aku tak sihat. Dia warded. So mama nak kena berulang pergi balik hospital jaga dia. Dak gedik takde siapa jaga kat rumah. Nasib baik boss aku sangatlah baik hati. Aku nak amik cuti panjang, dia cakap takyah, takut habis cuti. Dia suruh work from home je. Ooo.. Pasal tu la dia bagi lappie kaaaan. Tactic sungguh hehe.

Tapi walaupun kerja dari rumah, ada jugak benda-benda yang aku takleh chase sebab tak gi opis. Bila hari ni baru masuk opis, rasa nak pengsan tengok kerja. Sabar je laa. Apa-apa pun tq boss for being so understanding. We lap you!

Wednesday 24 June 2015

The Peak

Gambar ni aku curik dari fon Eddie. Masa ni jejaka-jejaka semua dok luar. Smoke laa.. layan anak kat playground laa. Bini-bini kat dalam tengah masuk outlet-outlet hehehe. The Peak ni dia macam tempat untuk tengok view of Hong Kong. Kat atas tu ada mall jugak. Besar jugak mall dia. Then ada Madame Tussaud's Wax Museum. Yang paling best dia ada outlet!

Outlet dia idok ler banyak macam Citygate. Ada beberapa je. Ada Coach, Furla, Marc Jacobs and Kate Spade. Yang lain aku tak ingat sebab tak minat hehe. Rambang mata okey. Tapi aku tak beli pape sangat pun. Caras satu wrislet je sebab murah. Tapi nak pakai bila pun tatau lagi. 




Suka beno dia kalau jumpa playground. Bising mulut dia dok "Payy..! Paayyy!" Play katanya hahaha.

Tuesday 23 June 2015

Ma Wan, Hong Kong

Hari ni aku nak cerita sket pasal Ma Wan Island. Ma Wan ni adalah sebuah pulau yang kecik je. Memang cumel je pulaunya. Selalu aku cerita pasal Park Island je kan, Park Island adalah township yang aku duduk skang. Aku pernah share beberapa kali gambar-gambar kat situ.


Ma Wan Island ni terbahagi kepada tiga bahagian. Korang bule tengok ketiga-tiga kawasan perumahan kat dalam gambar kat atas ni.

Yang pertama adalah Park Island township. Kalau korang tengok yang high-rise apartment kat belakang tu. Kat situ laa rumah kami. Ada 35 blok semuanya. Park Island ni baru je lagi dibina. Around 2009 tak silap aku.

Yang kedua adalah Village Houses. Kalau korang nampak bangun low rise in between Park Island Condos dengan laut tu. Since Hong Kong takde tanah untuk buat rumah kampung atas tanah, inilah consider rumah kampung di Hong Kong. Biasanya dalam tige ke empat tingkat and it is usually a walk-up apartment.

Yang ketiga dan yang tertua kat pulau tu adalah Ma Wan Old Fishing Village. Kalau dalam gambar kat atas ni adalah kawasan perkampungan nelayan atas air tu. Ada jugak yang berkampung tepi pantai. Selain dari perikanan, kat sini ada jugak shrimp farm. Nanti nak kena suruh Eddie cari kot-kot ada pasar murah jual seafood kat sini.


Gambar kat atas ni kami tangkap masa jalan-jalan kat village houses. Luas kawasannya. Tenang je. Bersih jugak. Ramai orang convert rumah ground floor tu jadik kedai. Macam-macam kedai ada. Kalau untuk kami, convenient sangat kalau nak cari apa-apa kat village houses ni sebab dekat. Ada hardware shop, ada minimarket, ada mani pedi, ada pet salon, ada hair salon, ada english classes, ada macam-macam lagi.


Bila jalan masuk ke dalam Ma Wan ni terjumpa laa kami dengan the old fishing village. Old fishing village ni lebih kurang the other side of Ma Wan. A bit far from our house. And kat situ, banyak jugak trail-trail kalau sesiapa yang minat untuk trekking. Tapi trail dia tak laa susah sangat pun. Ala-ala Broga Hill je pun.


Tu je laa pun yang ada kat dalam Ma Wan ni. Kecik je pulaunya. Round dengan motor memang best. Kitorang jarang pun keluar dari kawasan Park Island. Biasanya kalau jalan-jalan, memang dalam area Park Island je. Kalau nak pergi beach pun memang beach kat Park Island. Sebab tu memang terjaga. Kalau kat luar dari Park Island, macam tak terjaga sangat.

Monday 22 June 2015

Songkok

Ini budak sangat suka pakai anything kat kepala. Songkok. Kopiah. Cap. Semua dia suka. Bila dia pakai, muka harus bangga gila. Bibir ada smirk sket. Hidung ada sket kembang hahahaha. Contoh seperti di bawah. :P


Saturday 20 June 2015

Aere x dUCk

Okeyy.. Totally lupa semalam diorang launch limited edition AerexdUCk. Launch pukul 12 tengah malam. Semalam pulak aku tersangatlaaaahh kepenatan dan kelesuannya sebab first day puasa kan. Pulak tu aku memang jenis tak sahur. Bangun minum air je amik pahala sahur. Memang lagi ler lesunya terasa. Pukul 9pm tu aku berusaha untuk berjaga sebab tengah facetime. Last-last Eddie yang kesian tengok aku haha. Lalu disuruhnya tido.

So terlepas jugaklaa nak berjaga sampai kul 12 tengah malam nak beli limited edition AerexdUCk nih. Terjaga pukul 3am milk time si dak gedik. Lepas buat susu apa suma memang biasanya aku akan bukak henpon ler. Tengok-tengok ada dUCkscarves notification. Shoot. Baru teringat.

Aku bukak-bukak tengok dia cakap dah release. Haiyaaa.. Confirm dah habis. Saje laa bukak fashionvalet plak. Sekali tengok.. Ehhhhh ada lagi! Tapi pink dah habis. Haishhh cepat sangat tauu dorang ni. Yang tinggal kat menu tu tiga kaler je. Bedal ler.. Dari takde kan. So aku grab dua kaler. Yellow and Lavender. Bukan tak nak grab semua. Tapi.. Tak mampu hahahah.

Bulan ni duit dah habis beli tiket untuk sefamilia aku nak gi Hong Kong. Saje belanje dorang since rumah pun dah besar sket. Lagipun, pikir-pikir balik KLdUCk aku kan aku beli hitam dan putih. Cukup laa for now shawl hitam putih aku.






Ada yang dapat grab semua kaler tak? Pink tu cantikkkkk!

Friday 19 June 2015

MK Brookville

Hehe.. Finally!

I got my very own MK! Weeeehuuu!


Just a reward to myself for working so hard echechehh.. Padahal memang nak beli kan. Haha.. Sebenarnya aku suka jugak tengok MK yang shopper tote tu. Simple je. Tapi bila dah ramai sangat pakai dah jadik tak best. So aku pun cari laa design yang jarang orang pakai sket. Terjumpa laa Brookville. Lawa pulak. Dah laa besau. Bule hangkut jadik diaper beg skali. Weehuuu!

Sebenarnya aku nak amik kaler pink. Tapi Eddie cakap tak nampak classy. Nampak budak-budak sangat. Yerlaa.. aku sedar umur aku dah 30-an. Ciss. Fine. Takpe kasik can. Lakik sendiri pun yang nak tengok. Bukan orang lain kan. Baik boss!

Korang kalau ada nak kirim henbeg bagitau keh. Aku tengah buat bisnes import export skang haha. Biasalaa.. minah tak reti dok diam memang gitu. Ada je menda dia nak buat bisnes hahaha.

Thursday 18 June 2015

The Little Things

My sanity.

Even if it was just some comforting texts through whatsapp.

I love you.


Wednesday 17 June 2015

Jalan-Jalan Dengan Abah

Dalam pukul 11am gitu aku dah start sibuk nak masak. So abah dia pun saje laa bawak anaknya berjalan-jalan kat bawah. Selesa sket aku nak memasak. Kalau tak, dak gedik pun sibuk nak masak sama-sama hehee.


Hahaha aku rasa amatlah kelakar bila abahnya berselpie bersama anak. Tu selalu keja aku. Rupa-rupanya abah pun dah berjangkit hehehee. Saje tepek gambar dak gedik happy main kat slide. Korang enjoy laa ye gambar-gambar kat bawah ni hehe.





Area rumah aku banyak playground. Ada yang besar, ada yang kecik. Yang Eddie bawak ni hanya playground kecik je kat tepi block. Playground yang besar jauh sket dari rumah aku. Yang dekat-dekat ni yang kecik-kecik je. Jadi laa untuk kasik dia happy sket. Hehe.

Tuesday 16 June 2015

Satu Hari Di Kedai Kain

Aku dengan mama kan memang pengunjung setia kedai kain. Be it Nagoya and Kamdar sampai laa yang ke high class seperti Gulati's and Euro Moda. Semua kitorang terjah. Hehe. 

Ingat lagi dari zaman sebelum kawen, bawak laa ke lepas kawen, bawak laa ke ada perot, bawak ke dak gedik dok dalam stroller, dok dalam carrier, skang ni dah dapat kaki. Every stages of my life, and his, kami memang selalu ke kedai kain. Masuk kedai kain rasa macam masuk kedai emas. Heaven sangat. Mungkin sebab tu jugak la dari dak gedik kecik lagi sampai skang dia suka betul dengan kain. Kalau nak tido tu, mesti kena bagi dia kain selimut untuk dia gentel. Selimut aku pulak tuh. Kaler pink hahah.


Ada macam tokey kedai kain tak? Hahaha.. tengah deal dengan customer ni, sebab customer asik mintak murah je haha. Masa ni saje bagi dia lepas berjalan. Kesian pulak dia asik dok dalam carrier. Seronok sangat dia dapatk kaki. Berlari sambil tersengih-sengih. Semua orang dia kacau. Sampai ke dalam counter dia terjah. Over tau.


Beriya sangat menelek kain. Macam mummy sangat hehe. Nak buat apa kain tu nak? Baju tido? Hahaha.


Biru tak bape liplap sangat, kuning laa lawa. Baru macam pakai duit syiling kahkahkah.

Monday 15 June 2015

Like A Boss



Masa ni pagi. Bangun pagi-pagi, tergesa-gesa bangun and berdiri tegak sambil panggil aku. Pastu tunjuk toilet. Berak lettew. Dak gedik kalau berak memang gitu. Seboleh-bolehnya dia tak nak najis kena kat montot. Geli bebeno. Sanggup dia berdiri je sampai orang cuci dia. Kalau tiba-tiba orang amik dia and dudukkan atas riba, bergegas-gegas dia bangun balik. Pastu tunjuk pampers kihkih. Sket lagi mummy potty train okeh.

Gambar ni lepas aku cuci dia. Lepas aku baringkan dia nak pakaikan pampers, terus capai buku menelaah sambil tunggu pakai pampers. Hahahah.. laik a boss sangat anak oi.

Sunday 14 June 2015

Jami'a Mosque, Central

One of the days kami berjalan-jalan di Hong Kong.


Masa tu kami di Central. Saje jalan-jalan kat situ sebab nak tapau Chicken On The Run. Chicken On The Run ni salah satu kedai makan halal kat Hong Kong. Yumminess sangat. Konsep menu is more of less like Kenny Rogers but the restaurant is quite small. Not much space for eating-in. Ada macam 2-3 stool je laa gitu. Diorang lebih kepada konsep on-the-go. Hence, the name.


Masa kami lalu kat The Escalator, kebetulang sebelah tu ada masjid. Alang-alang dah masuk waktu, singgah laa kejap. First time aku sampai masjid ni. Rupa dia sangat tua. Macam bangunan-bangunan colonial kat Paris. Or Penang whichever you may refer it.


Saje lepaskan dak gedik kat compound masjid tu. Suka beno lepas bebas dari carrier. Dia memang tak masalah dok dalam carrier. Suka je dia melekap sambil berjalan. Aku yang rasa kesian sangat dia lama-lama dalam carrier. Sesekali aku akan bagi turun untuk regangkan kaki. 


Dan memang regang habis laa dia setiap kali aku turunkan hehehe. Sian dia dok lama dalam carrier. Hong Kong memang sangat laa tak sesuai nak bawak stroller. Sangat-sangat tak sesuai. Jalan dia tak bape elok. Kalau nak gi The Escalator ni lagi lerrrr. Toksah ler mimpi nak datang sini kalau bawak stroller. Nama pun The Escalator hehe.


Tenang sangat kat area ni. Bersih. Tak ramai sangat orang masuk. Yer laa.. orang Islam berapa kerat sangat laa kan kat Hong Kong ni. Mostly Pakistanis je pun. Orite.. tu je. Nanti next time aku cerita lain pulak okeh.

Saturday 13 June 2015

Nine West To Let Go

Brand: Nine West (Authentic. Care card available)
Range: Tote. Comes with long strap
Design: Tropical
Condition: 60% still pretty
Price: Bought for rm590. Letting go for rm300.
Leave your comments if interested.






Friday 12 June 2015

Shawlkoo

Yeayyyy.. another batch dah sampai! Hehe.. apa lagi yang dah sampai.. barang shopping online laa kihkih.. Yang ni aku consider perlu laa. Sebab aku sangat kurang wideshawl. Dulu kan aku tak suka pakai cotton wideshawl. Tuh laa.. tak try tak tau lagi. Bila dah try, terus jatuh cinta. 


Aku jumpa @shawlkoo ni bila aku browse-browse #sayajual. Sebab aku memang specifically cari cotton wideshawl kan. So senang laa. Ramai sebenarnya yang jual cotton wideshawl kat intragram. Bezanya harga je. Design lebih kurang sama je. Sebelum ni aku pernah beli kat @patternizedscarves. Cantek-cantek shawlnya. Sumpah tak tipu. Aku borong sampai enam helai hari tu sebab semua cantik-cantik. Plus if beli lebih, akan jadik lagi murah. Standard laa tu kan. Aku ingat bila beli borong gitu, dah saving habis laa tu. Rupa-rupanya bila aku browse lagi, sebenarnya pattern yang sama bule dapat lagi murah. Waaayyyyy murah. Wuwuwuwuwuuuu..


Kat @shawlkoo ni so far yang aku rasa paling best, paling murah, paling banyakkkkkk design dan paling berbaloi. Oh, servis pun bagus. Serius aku happy gila shopping dengan dia. Design dia umang ai.. banyak gilaaaa. Tak tipu. Memang rambang mata oi.

So pilih punya pilih, dah jadik banyak pulak pilihan aku. So aku pun tanya kalau aku amik banyak ni, aku dapat harga berapa. Dan ya.. harga dia bagi sangat lahhhh berbaloi. Tak tunggu lama, terus aku bank in. Dan barang dah sampai pun. Pardon my penyibuk son. Kihkih.


Aku suka shawl yang berbunga besar. Aku rasa macam elegant and classy je haha. Aku rasa sendiri je. Orang lain tak tau laa rasa apa haha. So sape-sape yang tengah nak menambah collection cotton wideshawl, bule laa terjah @shawlkoo ni. Jum rambang mata sama-sama. Hehehehe.

Thursday 11 June 2015

Interview

Kebizian untuk hari ini. Ni adalah salah satu responsibility aku kat opis yang telah bertambah di atas bahuku ini.


Interviewing potential candidates for staff replacement in my department.

Dulu aku sangatlah bercita-cita nak jadik HR. Nak handle recruitment. Sebab tuh laa aku study BBA pun. Tapi Allah gerakkan aku untuk buat engineering. Aku redha dan pasrah je. Semua gerak Dia ada sebab. Aku percaya tu.

And now, dah terbukti. Walaupun aku kat engineering department, Dia masih bagi aku peluang untuk merasa jadik recruiter hehe. Walaupun hanya untuk department aku je. At the same time, Dia gerakkan aku ke engineering supaya aku belajar lebih banyak lagi tentang benda-benda yang diluar bidang aku, Kau kan memang nak sangat belajar kan. Haa amek. Haha.


HAhaha.. ni laa salah satu yang kena ragging dengan aku. Adik kawan aku datang interview. Memang aku sakat laa kan kihkih. Tak laa teruk mana pun. Kasik dia nebes sket je. Hehe.. Oh well, we have all been there, done that kan. Lepas ni kalau aku tukar keja, siap ler kena drill dengan soklan macam-macam. Masa tu baru laa tau perasaan.

But. It is still a long way to go ler. Not planning to change my job as of now. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...