The Entourage

Thursday, 24 May 2012

Engagement Review: Mini Pelamin

Okeh.. jum cerita cerita pelamin pulak.

Seperti yang semua orang tau, mini pelamin aku ni memang aku buat from scratch. Aku beli semua benda then aku assemble sendiri. So, frame-frame putih yang selalu ada kat mini pelamin tu memang tidak ada lah kan. Hanya tirai yang diperbuat dari kain ela yang berjela-jela aku beli dari Nagoya.

Meh aku list downkan barang-barang mini pelamin aku..

Stage:

Pernah tak tengok katil Ikea yang ni?

 Kalau nak tau, inilah stage pelamin tunang aku ekekekeke. Tak caya? Cani.. dulu zaman aku duduk bujang kat Cyberjaya (zaman mudo-mudo taim setadi lettew), aku pakai katil platform single bed Ikea macam ni. Then letak tilam tebal atas dia. Very cantik you know. Aku suka sangat. So skang bila dah beli bedroom set, katil tu terbiar laa dah tak pakai. Lalu, mama aku yang kreatif tu pun keluar laa idea dia. "Eh.. katil ni bule buat platform pelamin tunang kau lah." And why didn't I think of that before? -__- Kalau ibu tu, ibu jugak. Lagi banyak makan garam, lagi tangkas dia berfikir. Hehehe. Lebiu!

So setelah dibega-bega dek ayah aku, jadi laa platform tu bersaiz tiga suku dari saiz sebenar. Abah memang terror bab-bab bertukang ni. Boleh je jadi macam-macam.


Carpet:

Luxurious Look, Right?

Okay yang ni dengan pertolongan si tunang yang dok kat Hong Kong, dia belikan aku untuk cover pelamin DIY aku. Sweet betul dia. Padahal dah tak larat nak dengar bebelan aku haha. Ada sape-sape minat tak? Aku jual ni skang. RM35 semeter. Cantek uols! Meh whatsapp/sms kat 0129198861 :)



Cushion Duduk:
Yang ni mama yang jahit from scratch. Dia beli kabu-kabu then buat sarung guna lebihan kain backdrop pelamin aku. Walla! Nanti tengok gambar kat bawah ye sebab aku tak snap pulak gambar cushion nih time tengah in progress.


Bunga Kiri & Kanan:

Pre-fixed Flower Arrangement in Pink & White

 Aku beli kat Gombak Prima time pusing-pusing cari pelamin hari tu dengan Azila. Seperti yang korang tau, aku ni memang idak ler pandai menggubah bunga. So hari masa pusing-pusing kedai kahwin, terjumpa laa setangkai bunga articial yang memang dah siap campur-campur. Aku terus jatuh cinta! Selalu artificial flowers kat jual ikut jenis dia kan. Ni memang dia dah siap campur semua. Sangat cantik! Senang kerja aku! Meh baca entry time aku beli bunga-bunga ni kat sini.


Side Flower Stands:

15 Meter Kain Putih Untuk Pelamin & Deko Tangga Bought @ Nagoya, Jalan TAR

9 Meter Net Putih Untuk Pelamin & Hantaran Bunga Rampai Bought @ Bunga Riben, Jalan TAR

Aku takde pasu, so aku gunakan apa yang ada kat rumah sebab tak nak membazir. flower stands tu hanyalah besi saje. So aku tutup flower stands tu dengan kain yang sama kaler dengan backdrop pelamin (harga RM3.00 semeter), then tutup lagi sekali dengan net putih (harga RM2.40 semeter) untuk mendapatkan 'the wow effect' (Chewahh!). Last skali aku cucuk je setangkai bunga pink and putih aku tuh kat atas dia. Siap. Kalau nak tau kat mana aku beli benda-benda tu, meh baca entry pasal kain putih dan net putih aku tu.

p/s: This weekend Kak Mas nak sewa flower stands, kain putih and net untuk tunang adik iparnya. Yiahuuu! Alhamdulillah.. :DDD


Small Decorative Cushions:

6 Units Of Small Cushions Bought @ Kamdar, Jalan TAR

Theme kaler aku adalah pink, purple and cream. So, small decorative cushions tu aku (mak aku laa sebenarnya) buat sarung kaler pink and purple je sebab pelamin aku memang dah kaler cream mostly. Altogether ada 6 unit. Aku buat 3 kaler pink and 3 kaler purple. Meh baca pasal cushion-cushion nih kat sini.

Sarung cushion tuh pulak aku beli kat Jalan TAR haritu. Kat Nagoya jugak. Time tu aku beli sekali dengan kain lining untuk baju tunang aku. Fuh takleh ingat laa time tuh. Sangat penat! Meh baca kat sini.


Backdrop:

Aku beli kat Nagoya. Bermeter-meter tau aku beli sebab kain tu memang banyak nak pakai. Gambar boleh refer seperti gambar yang kat Side Flower Stands tu ataupun baca dengan detailnya kat sini.


Backdrop Decorative Items - Pomander Flowers:

Pink Pomanders Bought @ Kasih Koo, Gombak Prima

 Tak banyak pun aku deco kat backdrop ni. Minimalised je. Aku guna flowerballs atau orang panggil pomander. Mula-mula aku beli 3 biji je kaler pink. The day before tu aku beli lagi 2 biji kaler purple sebab bila backdrop dah siap, aku nampak macam kosong sangat pulak. Bunga ni aku beli sama tempat dengan side flowers aku. Baca kat sini.

Backdrop Decorative Items - Pearls:

Pearls Bought @ Lavender Handicrafts, Gombak Prima

10 meter aku beli. Mula-mula beli 5 meter. The day before tunang aku beli lagi 5 meter. Takut tak cukup. Sekali tak habis pun. Haha. Baca kat sini.


Extra Hydrangeas On The Top:

Pakai lebihan bunga hantaran aku je. Daun-daun tu lebihan dari bunga-bunga hantaran abang dulu keekke. Azila dengan abah punya kerja. Pandai diorang bege. Haha. 

 Okeh jum tengok hasil daripada kerja tangan orang-orang kuat aku. Ekekeke..

Tadaa! :D

Aku kat atas tengah mekap dengan Kak Syikin, dorang pandai-pandai bega pelamin aku. So, inilah hasilnya. Thanks kat diorang sangat-sangat. Bila aku dah siap semua, aku turun menjengah, Alhamdulillah. Seronok aku tengok.

Kantoi Pulak Ada Gambar Menjengah :p

Outcomenya tak laa hebat macam orang-orang kat luar tuh buat, tapi jadi laa untuk pelamin DIY, kan kan? Yang paling penting, ni semua hasil kerja tangan orang-orang tersayang. Dan sebab diorang jugak laa, aku banyak save kat pelamin. Altogether untuk pelamin aku cuma berhabis tak lebih dari RM200 je :) Thanks semua especially abah and mama. Diorang laa yang paling letih settlekan semua hal-hal tunang aku. Love you both to bits.. :)

:)

23 comments:

  1. bagusla zila nie..semuanya D.I.Y..rajin!!!

    nak kene tgk time preparation kahwin lak..mesti lagi banyak D.I.Y..

    =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe asal bule save, kita save Sharz.. sebab nanti nak kawen nanti lagi banyak nak pakai duit kan.. ni tengah rest jap. 1 jun start balik pikir nak buatpe untuk reception hehehe

      Delete
  2. saya nak bantal2 purple tu..
    eh ttbe...
    nak buat tido kat opis... ahakz!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhaha bule2 tapi kalau nak buat tido harga kena ikut jam.. sanggup? ahahahahahaah

      Delete
    2. wahaha
      ini high demand ni... (T_T)

      Delete
  3. Wahh.. sangat suweet zila DiY pelamin sendiri. Lagi hebat ni, kita pon tak reti.. hehehe.. Santek sangat.! Suka tengok. Zila pon nampak ayu.. je, naik serinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe mini pelamin yang sangat basic je bie.. asalkan ada tempat yang elok sket untuk sarung cincin n amik gambar :p

      Delete
  4. saya nak pinjam aka sewa karpet tu boleh ke?warna putih kan? cari kat kamdar yang warna putih dh habis..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hanisah :D

      bule saje. bule saya tau tak datenya bila? hanisah tinggal kat mana?

      Delete
  5. nisa punya majlis 10/11/12(nikah) & 11/11/12 (sanding),fyi,majlis nisa kat seremban,tapi sebab kerja nisa duduk KL..nanti kita bincang further dalam email ya? email me at sitihanisahzaini@yahoo.com. TQ..

    penat dah cari kat KAMDAR Mid and Jalan TAR, smua dah habis stok, zila la ni habiskan..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh november.. ok! jum discuss further kat email :)

      hahaha.. masa zila pegi byk lagi tau. kaler lain pun banyak hehehe.. takpe, sewa zila punya je k! :)

      Delete
  6. nisa pergi 2-3 kali ke kamdar tu..kaler lain memang banyak..putih takde..luckily i found you!..ok..jom details in email.Tq dear

    ReplyDelete
  7. alaa omeyyy~ pelamin tunang kite pun nanti mama buat. tatau la ghupe die cane nanti huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. tengkiu intan. buat sendiri memang bule save banyak intan. nanti jangan lupa cite kat blog tau! nak tengok hehe

      Delete
  8. sgt2 rajin buat d.i.y.!! maya xreti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ikut kemampuan sendiri je ni. gabung2 idea je :p last week baru je buatkan mini pelamin untuk my fren. dia berkenan pulak pelamin kita. tiba2 jadi si pembuat pelamin pulak hhaha lawakkk

      Delete
  9. Salam zila,still available nk sewakn brang mini pelamin ke?

    ReplyDelete
  10. Salam zila,still available nk sewakn brang mini pelamin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Laili.. yup yup still available :) nak barang apa tu?

      Delete
  11. Salam. Hi kak zila. Nk tanye, kalau sy nk sewa platform pelamin boleh? Email sy di afreena_amylee@yahoo.com

    ReplyDelete
  12. Salam. I nak sewa karpet putih u boleh? Email hunnyszara@gmail.com urgent. Thanks

    ReplyDelete
  13. yunk.....op pelamin memang 15 meters ek...atau kurang dari tu....

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...