The Entourage

Sunday, 1 April 2012

Engagement Update: Kasih Koo

Lepas keluar dari Lavender Handicraft, kami berjalan lagi. Kesian Azila dah nampak penat sangat. Takpela, sekali sekala aku dera ko. Ko kan sayang aku. :D

Pusing punya pusing, jumpa laa satu kedai craft dan bunga-bunga lagi. Nama dia Kasih Koo. Kedai cina kot.. Seperti biasa laa.. kedai craft penuh dengan bunga dan barang-barang kahwin. Saje laa pusing kot-kot ada yang cantik. Sekali aku terpandang setangkai bunga ni. Bunga yang berjenis-jenis dalam setangkai. Pink and putih. Cantik! Dah elok tergubah cuma tinggal cucuk je kat pasu. Jambangan dia pun besar. Bukan kecik-kecik macma kedai lain. Memang kalau letak kat dalam pasu dah cantik dah takyah tambah bunga lain. Tanya akak tu harga dia amat memeranjatkan. RM28.00 setangkai. Murah! Kalau nak compare beli bunga macam-macam then baru nak gubah, rasa dah lebih dari RM28.00 dah tau. Lalu aku terus grab dua. Settle masalah nak cari bunga untuk kiri kanan pelamin. Pheww!

Pre-arranged Mixed Flower Bouquet RM28.00 Each

Cantik, Kan? Ada 4 -5 Jenis Dalam Satu Bouquet Tau :)

 Pastu ternampak pulak ada flower balls ala-ala yang aku nak beli kat Yen Riben, Jalan TAR hari tu. Kat Yen Riben RM12.90. Kat sini RM10.00 sahaja! Waahhh.. bagus laa kat sini. Tak sangka boleh dapat murah macam ni. Dah save banyak kat situ. Aku amik 3 ketui je dulu. Sebab takut bazir pulak. Kalau tak cukup nanti, baru laa beli lagi.

Pomander Flowers RM10.00 Each
Last sekali aku nampak riben purple. Riben purple ni untuk aku ikat kat pasu untuk centerpieces meja nanti. Saje amik kaler purple sebab alas meja, riben kerusi dengan bunga ros kat dalam pasu tu kaler pink. So, saje laa nak contrast kan sket letak kaler purple. Sweet lah konon. So, riben purple ni harga dia RM4.20. Sebenarnya kat kedai lain RM3.90. Tapi dah malas nak pusing-pusing balik. Belasah je laa beli kat sini. Barang lain pun dah murah. Altogether aku terbang RM90.00. Tapi aku cukup puas hati! :p

Purple Sebenarnya Ni.. Nampak Macam Pink, Kan?
Next Stop: Andaman Kasihku

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...