The Entourage

Sunday, 1 April 2012

Reception Update: D' Ratu Bridal Gallery

Lepas habis pusing kat Lovely Place Wedding, kitorang pun berjalan laa nak pergi tempat lain. Dekat-dekat situ kitorang ada nampak D'Ratu Bridal Gallery besar terpampang dari tempat kitorang berdiri tu. Sampai-sampai je, tanya pelamin dulu walaupun sebenarnya dah terpana dengan collection baju-baju diorang yang bersusun kat tepi dinding tu. Price dia okay jugak. Pelamin yang aku nak nama dia Ovulista Vantage macam kat bawah ni:

Grande Sungguh, Kan?

Yang Ni Sweet, Kan?


Harga okay jugak kalau amik package. Kalau amik pelamin sahaja terus jadik mahal. Meh aku list down sket setakat perbincangan aku dengan Kak Faezah tuh semalam.

FAIRYTALE FANTASY PACKAGE (RM6,590.00)
Sepasang Busana Sanding Ekslusif VIP (L+P) - Yang ni kira koleksi diorang yang paling mahal laa..
Sepasang Busana Pengapit (P sahaja) - Grand tak grand laa.. pengapit siap dapat baju jugak tau uolls. Pengapit lelaki cari sendiri
Sepasang Busana Gaun and Tuxedo (L+P) - Kot-kot nak tukar baju untuk potong kek. Ala-ala english gittew
1 Makeup Session (Sanding)
1 Set Aksesori Lelaki (Sampin, Tanjak, Bengkung, Keris, Kerongsang & Dokoh)
1 Set Aksesori Perempuan (Tudung, Selendang, Veil, Crown & Kasut)
1 Set Pelamin Dewan Eksklusif (Backdrop, Kereta Roda Fairytale)
1 Set Aksesori Dekorasi Pelamin (6 Unit Walkway, Red Carpet 60ft. & Arch Pagola Eksklusif)
PERCUMA: Bunga Tangan, Payung & Bantal Nikah

Then aku tanya pulak kalau aku tak nak baju gaun & tuxedo tu dan juga baju pengapit macam mana. Sebab aku takde plan pun nak tukar-tukar baju time reception nanti. Malas lerrr. Baju pengapit pulak, memang aku nak belikan kain untuk pengapit aku. At least tanda terima kasih dari aku untuk pengapit aku, kan. Aku tanya laa dia berapa dia boleh kurangkan untuk aku. Sila lihat di bawah:

Sepasang Busana Gaun and Tuxedo (L+P) - Tolak RM100.00
Sepasang Busana Pengapit (P sahaja)         - Tolak RM50.00
=| Memang diorang nak suruh amik jugak laa sebenarnya, kan? =|

Then aku tanya pulak harga kalau aku nak amik pelamin sahaja. Sebab aku macam ada plan jugak nak buat baju sendiri ala-ala Fika. So, cantik! Tapi.. haish melambung-lambung tinggi terus jadinya harga pelamin tuu. Ekeke..

1 Set Pelamin Ovulista Vantage (3 Panel) = RM3,500.00
1 Flower Arch                                        =    RM350.00
1 Set Walkway (6 units)                          =    RM350.00
Red Carpet (75ft.)                                  =    RM400.00
Transportation                                        =    RM150.00
TOTAL                                                  = RM4,580.00

So tak berbaloi. Sebenarnya, takde laa mahal sangat. Tapi, since aku dah jumpa yang murah lagi dan cantik kat tempat lain. Aku rasa macam tak berbaloi sangat laa. But, still boleh KIV.

Dah habis tengok pelamin, aku mula laa belek-belek baju-baju. Hajat dihati ingat nak try-try. Rupanya takleh try. Haha.. risau baju rosak katanya. Dia kata, kalau betul-betul customerdah confirm, baru dia boelh bagi try. Tapi.. kalau tak try, cane nak confirm? Haha.. macam-macam..

Hasil kerja boleh tengok kat facebook dan fotopages diorang.

Next Stop: Dina Halim Bridal Boutique

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...