The Entourage

Sunday, 1 April 2012

Reception Update: Nur Qisha Bridal Boutique

This was our last stop after Andaman Kasihku. And the longest one.

Akak yang layan kitorang tu sangatlah baik. Dan sangat cantik! Tanya-tanya pasal pelamin, pelamin dia biasa-biasa je, nothing grand about it. Tapi package dia super murah! Pastu pelamin roman curve tuh pun ada. Package dia ada banyak. Tapi yang aku minat seperti di bawah:

Package C Sanding + Nikah Dewan (RM4,000.00)
1 Set Pelamin 3 Panel - Aku tanya kalau 5 panel berapa. Dia kata dia bagi je laa aku sama harga. Aku terkejut gila!
1 Set Aksesori Pelamin
1 Set Flower Arch
1 Set Walkway (6 Units)
Sepasang Baju Sanding L+P
Sepasang Baju Nikah L+P
Full Accesories
2x Makeup (Nikah + Sanding)
Bantal nikah, Alat Merenjis, Payung & Kipas.
Free: Bunga Tangan - Aku tanya kalau fresh flower lain harga ke? Dia cakap, boleh laa dia bagi free jugak. Baiknya laa akak ni!

Since aku ada plan nak buat baju sendiri, aku pun tanya laa kalau nak amik pelamin sahaja berapa. Dia cakap RM2,200.00. Aku sangatlah terkejut! Murah gila, kan? Akak ni, betul laa meniaga cara halal. Suka sangat dengan akak ni. Kak Balqisha namanya. Memang owner kedai.

So, dah settle discuss semua, aku saja laa tengok-tengok baju dia. Dia siap offer suruh try tu! Kedai lain haram takleh nak try. Aku pun apa lagi. Try laa 2-3 baju. Okay jugak baju-baju dia. Tapi kena discuss lagi dengan ene.

Soft Pink. Lawa Tau!

Kepada siapa-siapa yang minat nak amik Nur Qisha Bridal ni, boleh laa call Kak Sya (0126808045) atau Ida (0122769660). Ida ni pembantu dia. Elok call Kak Sya ni terus. Boleh discuss panjang lebar. Dia pun jenis yang tak rigid sangat. Boleh ikut budget kita. Or boleh jugak datang terus kat Butik. Alamat dia:

Nur Qisha Bridal Boutique
No. 18-1, First Floor, Jalan Prima SG-1,
Prima Sri Gombak, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
Waktu Operati: Selasa - Ahad (11.00am - 7.30pm)
Tutup hari Isnin

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...