The Entourage

Saturday, 14 April 2012

Solemnization Update: Kursus Kahwin (Mahligai Firdaus, Setiawangsa)


 Guess what? 

Tanpa diplan awal-awal terlebih dahulu, hari ni telah ditakdirkan aku untuk pergi kursus kahwin! Haha.. kelakar betul. Plannya nak pergi hujung bulan. Tapi tiba-tiba diawalkan ke minggu ni sebab Abe tak boleh ikut hujung bulan. Aku pun prefer this weekend sebenarnya since banyak wedding aku kena attend weekend-weekend depan. Bila ditanya kat Syah, rupanya dia pun prefer weekend ni. Tanpa membuang masa, aku pun email laa tempat kursus kahwin tu untuk book tempat.

Empat Je Yang Pergi..

Cuba tengok date email tu. Selasa aku hantar untuk book tempat hari Sabtu. Nasib baik dilayan. Kalau tak, kena laa cari tempat lain. Cuma aku dengan ene yang yang couple. Shah tak bawak Huda sebab Huda dah ada sijil.

Nama tempat kitorang pergi ni Mahligai Firdaus kat Setiawangsa. Plannya nak pergi Siarra & Dinderk kat Solaris, Mont Kiara. Cantik sangat class dia. Berkenan aku. Tapi rasa jauh sangat pulak. So, pergi laa dekat-dekat je.

Maka bermula laa hari aku memakai tudung. Hehe.. dah siap crash course dengan Hawa tau macam mana nak pakai selendang lilit-lilit tu. Aku suka sangat. Siap pinjam inner dia. Selendang pulak nasib baik An ada tinggalkan kat rumah. Kaler paling neutral dalam dunia. Cream. Heee.
So far, aku rasa aku enjoy sangat attend kursus kahwin ni. Pada aku semua peceramah best. Semua kelakar. Memang tak kering gusi laa. Every module semua ada cara tersendiri nak sampaikan isi-isi dorang.

Siap Dapat Buku
Module terdiri daripada enam section:

10.00am - 12noon:
Module 1: Akhlak & Hubungan - Ustazah Wan Ngah (JAWI - Bahagian Siasatan)
  
12.00noon - 2.00pm:
Module 2: Perkahwinan & Prosedur - Ustaz Khori (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

2.00pm - 2.30pm:
Lunch / Solat Zohor: Menu Nasi putih, ayam masak merah, sayur kubis goreng & Sirap

2.30pm - 4.30pm:
Module 3: Perkhidmatan Runding Cara - Ustaz Alias Mutalib (JAWI - Jabatan Nikah Cerai & Rujuk)

4.30pm - 5.00pm:
Tea time / Asar: Menu teh O panas & bihun goreng
5.00pm - 6.30pm:
Module 4: Komunikasi Suami / Isteri - Ustaz Abdullah Hashim (JAWI - Jabatan Nikah Cerai / Rujuk )

Baca sini untuk review. Malas nak tulis, sebab review Lyana ni sama je dengan review aku. Two thumbs up untuk team Mahligai Firdaus! :D

Lepas habis, perut pun lapar. Singgah kat Papparich Sri Rampai untuk minum-minum sambil makan-makan (aku laa tu). Aku order Pappa Fish & Chips with Rice. Sedap. Tengah lapar agaknya. Tapi share dengan ene okeyyy. Bukan aku makan sorang. Sebab tu pun order ni. Dia kan macam mat saleh tak makan nasi ekekeke. Jangna marah sayang. Aku makan nasi goreng tu dengan telur mata, ene habiskan fish and chips tu. Eleh cakap kenyang.

Pappa Fish & Chips with Rice RM14.90

Aku tumpang tidur rumah ene malam ni. Malas laa kan nak drive jauh-jauh. Esok dah laa lagi awal startnya. Pukul 9am. Haih. Esok ada lagi setengah hari lagi. Walaupun berkematu dah bontot ni, tapi tetap kugagahkan jua mengharungi kursus kawen ini. Fuh Fuhhhh.

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...