The Entourage

Saturday 21 April 2012

Engagement Update: ene's Platinum Ring

Perut sudah kenyang lepas makan kat wedding Alfie tadi. So, aku mintak ene singgah petrol pump nak tukar baju. Tak larat laa aku nak pakai baju kurung, kan. Lepas dah tukar jeans and top, baru rasa selesa nak mencari cincin hehe.

Tapi sebelum tu, ene wanted to have his daily dose of coffee dulu. To starbuck's we went. ene bought his usual caramel. Aku tukar sket. Been wanting to try Green Tea Cream for long. Dan.. tak sangka ia sangat sedaaaaap! Sebenarnya takut-takut nak order sebab takut tak sedap. Aish.. menyesal aku tak order dulu-dulu lagi. Dah boring sebenarnya asyik coffee and chocolate based je. From now on, memang aku akan order green tea cream je. Sedap sangaaaat!

Green Tea Cream Frappucino Tall RM14, Grande RM15, Venti RM16

More or less semua kedai platinum laa kitorang masuk kat 1-Utama tu. Yer laa.. nak dapatkan the best, kan. How I wished, aku pun pusing-pusing banyak kedai jugak before beli cincin hari tu. Haih.. too late now..

Mula-mula kitorang masuk My Diamond. Hmm.. platinum ring untuk lelaki, semua ada diamond. Haish.. ene tak nak diamond. Okay, next kitorang masuk DeGem. Ada satu yang menarik hati. Tapi.. the price was around 4k. Adeh.. lari budget. Told ene, kalau nak, amik laa. Tapi kena tambah duit sendiri. Terus dia ajak keluar. Ekekeke..

Selberan pun sama jugak. Too high end sampai tak tercapai dek akal kami nih. Hehe. Ada nama, ada harga laa kan. Pusing-pusing, jumpa Poh Kong. Tanya-tanya.. eh.. ada rupanya platinum. Murah je. 1k dah boleh dapat. Tapi.. designnya tak cantik laa pulak. Lepas tu, cincin dia tersangat laa ringan nyaa.. Adeh..

Last sekali kitorang masuk Diamond & Platinum. Very friendly amoi tu. Very big amoi, but very comel one. Kelakar pulak tu. Hehehe.. Saw this one design yang kitorang pernah nampak kat Diamond & Platinum, Mid Valley hari tu. The same exact design, the same exact price.

So, tanya-tanya laa amoi tu, kalau ada membercard, berapa boleh dapat (ene's brother is a member of Diamond & Platinum. Hari tu dia bagi ene kot-kot nak beli cincin). Kira punya kira, last price dia bagi is lower than the price kedai Mid Valley bagi. What? That's a good price. Because yang masa kat Mid Valley tu, beza dia ada laa dalam RM400-RM500 jugak. This is good stuff.

Tak banyak cakap, we terus agreed. Swipe credit card laa gamaknya. Hehe.. and the good thing is, kalau pakai credit card Citibank, you can get 0% unterest installment for 9 months. So, bulan-bulan kena bayar berapa je. Hehehe..

Lega aku dah beli cincin Si ene nih. Kalau tak, pening dok mencari cincin dia. Ke sana ke mari tak jumpa-jumpa. So, siapa-siapa yang nak beli platinum, sila laa pergi Diamond & Platinum kat 1-Utama ye. Tu tempat rate paling murah so far yang aku tengok lepas survey-survey. Selamat Mencari! :DD

Nak tengok gambar? Lepas tunang ye aku upload :DDDDD

No comments:

Post a Comment

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...