The Entourage

Sunday, 29 April 2012

Reception Update: Try Baju @ Mimi Bridal, Keramat

Setelah kitorang tak jadi keluar semalam, hari ni adalah hari tribute untuk cari barang-barang tunang, nikah dan kahwin ekeke.

Aku keluar rumah around 10.00am sebab tau hari ni adalah hari yang panjang. Banyak benda nak settle hari ni (Okayh, pasni buleh update check list tunang). Aku sampai rumah ene around 11.00am. Nasib baik laa dia ni senang nak bangun skang-skang ni. Takyah nak kejut 2-3 kali. Phew.

Pick him up, then kitorang terus gerak ke Rins Suzana kat Taman Permata. Patutnya hari ni ada Anniversary Sale. Tapi.. sampai-sampai, kedai dia lock. Aish.. apsal laa pulak ni. Aku call tiga-tiga nombor, nombor yang last baru berjawab. Alahaaaai.. rupa-rupanya hari ni diorang tutup. SEBAB Anniversary sale diorang habis semalam. Uwaaaaaaaa.

Dengan perasaan yang sedih, kitorang pergi laa ke Mimi Bridal kat Keramat. Haa.. nasib baik bukak. Sebenarnya memang dua-dua butik ni je yang aku teringin nak try baju. Sebab baju diorang memang semua lawa-lawa. Dan banyak choice. Tengok kat Facebook pun dah rambang mata ekeke. Takpelaa, Rins Suzana next time laa nampaknya. Nasib baik Mimi Bridal bukak. Phew.

Dari Bawah Nampak Biasa Je. Dah Naik, Terkejut Tengok Cantik Sangat! Bravo Kak Mimi!

Rambang Mata, Please!!!
Masuk-masuk je terus rasa nak menjerit tengok baju-baju dia. Semuanya dress! Mostly laa. Dan sangat cantik! Man Kajang buat laa katakan. Aku nak pilih mana satu nak try pun rambang mata. Banyak sangat yang aku nak. Tapi Imah cakap, sebelum book hanya boleh try satu baju je. Lepas book boleh try banyak baju ekekeke. Ni antara baju-baju yang aku dah shortlisted:

Lace Top & Songket Bottom. Tried On This One. Serius Cantik!
Tapi Baju Lelaki Pun Songket. Macam Tak Best Pulak..

Lace Top & Duchess Satin Bottom. This One Is On The Top Of My List.
Baju Melayu Lelaki Dia Pun From Duchess Satin. Love It!

Love This One. Tapi Sexy Sket. Kena Tanya Belah Sana Dulu.
Belah Aku? Okayh Jerr.. :p

Okayh Ke Kulit Aku Pakai Kaler Ni?

Lebih Kurang Macam The Second One. Just Colour Je Lain

Tak Sempat Nak Try This One.
Sebab Masa Tu Kak Mimi Bawak Pergi Bridal Fair kat Ampang Point

Lama jugak aku kat Mimi Bridal tadi. Sampai ene pun dah nak pejam mata haha.. Cian dia lapar. Last-last aku tak book apa-apa pun lagi. Imah suruh balik pikir dulu sebab tengok aku indecisive sangat ekeke. Sorry Imah menyusahkan awak melayan saya. :D

Range kat Mimi Bridal ni untuk Full attire and full accesories lelaki dan perempuan range ada dua je. RM1500 dan RM1800. Senang nak pilih bila dia bahagi kan price range kepada dua camtu kan. Aku plan nak amik package dengan mekap sekali since aku takde mekap untuk reception lagi. If range baju yang RM1500, dengan mekap akan jadi RM1850. If range baju RM1800 pulak, dengan mekap akan jadi RM2150. Okay, kan? Oh.. siap dapat free fresh flower hand bouquet tau. Takyah pikir dah pasal hand bouquet kan? Hehehe.

Lepas balik pikir-pikir, aku rasa aku akan lock kat Mimi Bridal laa kot. Tak nak pikir tempat lain dah. Kat sini dah cukup cantik dah. Takyah nak buang masa cari tempat lain. Macam reality TV show 'Say Yes To The Dress'. Sape pernah tengok? Dia cakap, 'The search will be forever if you didn't fix on one fast'. Betul juga, kan?

Tapi Azika Collection pun cantik-cantik jugak. Sebab dia client Man Kajang jugak. Aaaaa...

Okay.. on to the next destination: Shoppink kat Jalan TAR! :D

10 comments:

  1. beb..cantik2 la baju tuh..nak sanding sekali boleh?..hahahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup yup.. cantik sangat beb.. kat sini banyak dress tau. Memang rambang mata nak pilih ehehehe.. eh jum laa sanding sekali. best apa dua kapel ekekekekekek

      Delete
  2. Serius penat bab2 cari baju kawen ni.....
    nk cari yg betol2 affordable and cantik... haila~
    once kita rasa 1 kedai tu dh ok..better amek trus.... xyah penat2 nak cari dah lepas tu... hehe
    boleh focus utk benda laen plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh laa kan.. nak memilih baju-baju yang kat dalam satu kedai pun dah pening. ni kan pulak tengok kat kedai-kedai lain. lagi lah pening. i rasa nak pergi balik mimi bridal this saturday utk booking. senang cite. sebab banyak lagi benda kita nak kejar sebelum kahwein kan..

      Delete
    2. betol3
      tp saya suka pic yg last skali.... hehe
      good luck dgn baju~~

      Delete
    3. a'a.. baju yang last sekali tu la yang paling cantik. kaler dia peach. and tu collection yang paling baru mimi bridal. sebab ida bawak pergi bridal fair ampang point hhehehe. sabtu nak tgk, kalo ada, nak try la ekeke

      Delete
  3. Replies
    1. Hi Nor.. memang cantik pun sampai taktau nak pilih mana hehehe

      Delete
  4. azika cantek...harga pun cantek heheh almaklumlah man kajang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tuh laa dia.. sabar je laa.. tapi nak cantik punya pasal.. belasah je :p

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...