The Entourage

Friday 31 October 2014

Hijrah







Alhamdulillah.. aku dah berhijrah. Terima kasih atas doa-doa :)

Eddie sangat support bila aku cakap nak pakai tudung. Macam yang aku pernah cakap, dia tak pernah paksa. Dia tau, tak guna paksa kalau aku tak ikhlas. Alhamdulillah, hati aku tiba-tiba je ringan untuk pakai tudung. Dulu nak pakai tudung tu rasa macam berat bebeno. Ni dok try-try tudung tiap-tiap malam kat rumah, rasa seronok pulak hehe..

Banyak benda yang aku pikir sebelum aku berhijab. Aku selalu tanya diri aku sendiri. Hidup aku selama ni Alhamdulillah dipermudahkan. Serba serbi cukup. Eddie sentiasa support mana yang tak cukup. Apa aku perlu, semua aku dapat. Masa aku pregnant, masa aku deliver, semua dipermudahkan. Dak gedik lahir, semua cukup sifat, sihat walafiat Alhamdulillah takde sakit apa-apa. 

Tapi kenapa aku masih tak nak bersyukur? Tak nak berhijab, kononnya takut nampak tak cantek. Padahal tak berhijab pun tak cantek juga. Siap dapat dosa. So kenapa aku tak nak berhijab? Tak berhijab, konon-konon nak nampak cantek pun untuk siapa? Orang luar? Dosa lagi. I'm losing the battle in every way. Haih.. banyak lagi yang aku pikir. Kesian kat Eddie, kesian kat Abah tanggung dosa aku tak tutup aurat.


Aku pernah up gambar ni dulu. Saje simpan untuk rujukan. Alhamdulillah aku kat tangga ke lima sekarang :) No. 4 tu memang takkan singgah sebab aku cukup tak gemar fesyen turban. Lain orang lain laa kan hehe. Insya Allah, sket-sket aku tukar okey. Takleh nak tukar sekaligus, terkejut orang nanti. Lagipun sayang pulak nak buang baju-baju aku yang lama.

For a start ni, memang aku kena pakai juga sket-sket. Pengsan nak tukar satu wardrobe. First batch of baju-baju and shawl-shawl dah beli. From various online store. Zalora, FashionValet, Lazada, Qaira, Calaqisya, you name it. Semua aku terjah kahkah. Lepas ni aku akan beli sket-sket setiap bulan untuk tambah collection. Jackets, cardigans, shawls. Eddie pun dah start tambah monthly allowance aku untuk aku berhijrah. So..... apa lagi, jom shopping! :D

Thursday 30 October 2014

Baskin Robbins



Saje belanja gambar kihkih.. Masa ni tengah menunggu flight Eddie nak balik Hong Kong kat KLIA 2. Aku makan 'movie theater popcorn', Eddie makan 'peanut butter crunch'. Aku makan stroberi, Eddie makan pisang. Aku makan cherry, Eddie makan whipped cream. Sweet tak? Kahkah. *muntah*.

Wednesday 29 October 2014

Pandora

Aku memang dah lama gila teringin nak collect Pandora. Aku rasa cumel gila charm-charm dia. Very kalerful especially Murano glass tu. Aaaaa.. tiap-tiap hari aku intai website dia ekeke. Kronik dah kan.

Kebetulan, aku dapat email circular pasal www.airasiaxdutyfree.com. Korang penah tengok website ni? Ni sebenarnya website untuk barang duty free. Aku kan suka menyopping online ni. So aku pun browse-browse laa. Ada jugak Pandora kat situ. Tapi walaupun duty-free, aku still rasa mahai. Cuba korang tengok kat bawah ni.


Ni set yang dah memang fix. Ada satu silver bracelet size 19, dua clip dengan satu heart charm. Total rm630. Kira murah laa lagi dari butik. Nama pun duty-free kan. Kalau kat butik, bracelet rm295, heart charm rm169 and dua clip rm252. Total semua rm716. Saving rm86 di situ. Lepas tu, kat situ ada extra discount pulak untuk pre-order promo and home-delivery. Memang berbaloi beli online dari butik.

Tu yang aku dok pikir-pikir nak beli ke tak, nak beli ke tak. Tiba-tiba ada pulak keluar circular. Staff purchase dapat additional 20% off. Homaaaai. Turun lagi harga jadik rm504! Itu sangat savingggg! Terussss aku order hahaha.

So skang ni tengah tunggu order aku sampai. Sangat tak sabar! Yahoooo lepas ni bule start kumpul charm. Satu charm satu bulan ekeke. Elok pulak kat KLIA 2 ada Pandora. Memang tiap-tiap minggu aku pergi visit butik dia belek charm haha.

Korang yang minat Pandora ni, kalau nak beli, bule pergi kat website yang aku bagi tu ok!

Tuesday 28 October 2014

Johor: Apa-Apa Aje

Saje je share gambar ni. Hehe. Jakun pakai seluar baru. Masa ni the day after my visit to JPO. So sarung laa suma benda baru yang mana bule ekeke. Ada laa jugak yang tak baru.

On me.
Nursing top (orange) by DNAbyDynas
Stretchable skinny (maroon) by Cotton On
Mesh cardi (black) by Guess
Preppy Nylon Eliz-a-Baby diaper bag (patterned pink) by Marc by Marc Jacobs
Ballerinas (brown) by Zalora
Arm candy by Poh Kong

On dak gedik.
Long-sleeved shirt (blue checkered) by Cotton On Kids
Socks by BabyGap
Carrier by Ergobaby
Seluar tak pakai masa ni sebab mengamuk nak tido hahaha.


Reason entry ni keluar sebab sebenarnya aku tak amik gambar banyak pun masa kat Johor hari tu. Dok sibuk benda lain. Gambar ni pun gambar aku snap untuk send kat Eddie. So, korang pun enjoy laa ye gambar kehkeh.

Monday 27 October 2014

Johor: Cerita JPO

Alkisahnya cerita aku pergi JPO.

Plannya nak gi ramai-ramai dengan cousin-cousin aku. Tapi mak buyong sorang tu ada hal pulak. So diorang gerak lambat dari KL. Alaaa.. aku dah menggeletis nak round JPO nih. Aku, Irfan dengan Mama hari jumaat tu kul 11 pagi dah sampai JB. Siap sempat singgah makan Kacang Pool lagi sebelum gerak rumah makteh hehe. Yer laa.. dah kalau kul 7 pagi dah gerak dari KL. Memang sampai awal laa kaan.

So bila sampai rumah makteh tu, dah lepak-lepak, mandi-mandi, makan-makan suma, dalam kul2 petang tu aku dah tak senang duduk dah haha. Teringat-ingat kat JPO. Terus ajak Irfan gi JPO. Kahkahkah. Anak opkos laa tinggal denga Nendanya. Dia tak heran pun sebab ramia kawan. Main tak ingat dunia sampai Mummy kuar pun tak nampak.

Bila sampai je JPO, punya laa happynya aku sebab takde orang! Parking pun tepi-tepi entrance tu je. Takyah pusing doploh kali cari parking jauh-jauh. Syiok gila aku pusing-pusing satu JPO. Semua kedai aku masuk 2-3 kali hahaha. Mana-mana kedai yang perlu beratur pun takyah beratur wehhh. Bestnyaaa! Kami sampai JPO dalam kul 2.30 petang. Kul 9.30 malam baru gerak balik ekeke. Sakan tak sakan laa kan.


Inilah supir + bodyguard + porter aku kahkahkah. Oh by the way, JPO memang tengah sale gila-gila. Dan barang baru pun banyak yang baru sampai. Memang masuk je kedai, rasa nak beli semua benda. Tapi terpaksa shopping dengan berpada-pada dan berhati-hati sebab kena simpan duit next trip. Next trip tu nanti aku cite. Takleh cite kat sini awal-awal, ramai yang merati. Hikhikhik.

Kat bawah ni antara barang-barang yang aku beli. Enjoy je laa mana yang ada ye. Yang lain-lain tu tak sempat nak setting snap gambar. Dak gedik dah bangun mintak attention pulak haih.

Winter wear dak gedik ni aku saje beli size besar-besar. Sebab tak tau bile lagi kami nak gi tempat sejuk. Tunggu holiday tempat sejuk or tunggu winter Hong Kong je la. Tu pasal beli besar. As for now pun, winter wear untuk size dia skang pun dah banyak. Peninggalan trip Tokyo dengan Gold Coast. So beli je yang untuk umur 3-4 tahun. Ha simpan sampai berkulat ekeke.


Kat JPO tu ada satu kedai yang memang kemestian ler untuk aku masuk. Nama dia Perfumes & Cosmetics kot. Barang Lancome sangat ler murah kat dalam tu. Since aku memang sesuai Lancome, memang everytime pergi, aku akan restock cosmetics aku kat situ. Hehe aku kan hantu shopping yang bargain hunter. Kalau aku rasa benda tu berbaloi, memang aku akan beli banyak buat stock. Sebab tu cosmetics aku hanya kat JPO dan juga Eraman duty free ekeke.


Saje sambar beg ni buat gi kerja. Tak pernah ada lagi beg biru. So cargas saje grab. Ermm.. sebenarnya beg ni buat nak mencukupkan tiga barang je. Aku beli jeans dengan top kat Guess, sekali orang tu cakap kalau beli tiga barang dapat additional 20% off. Hmm apa lagi. benda yang paling senang dan dekat untuk digrab adalah beg ni. Caras terus ekeke.


Sunday 26 October 2014

Sedekah

Haduhaii.. menitik airmata aku baca dia mintak baju-baju terpakai.. Terbayang baju-baju dak gedik :'(



Let's help whatever we can okay mommies. Tolak tepi perasaan 'kot-kot dia menipu'. Tu mungkin bisikan syaitan pada kita. Kalau mampu, jum laa tulung. Kalau tak nak bagi benda-benda baru, bagi laa baju-baju terpakai anak korang yang memang korang dah tak nak. Daripada dibuang, bule jugak baby-baby ni pakai. Kita tak rugi sket pun. Baby-baby kita selesa dapat barang-barang elok, cantik-cantik, mahal-mahal. Tapi baby-baby ni? :'(



*Nak sambung nangis.

Friday 24 October 2014

Photobook: Travel

Ingat tak aku cerita aku ada dapat free photobook dari Bcard? Tapi aku tak pakai sebab aku nak buat besar sket untuk dak gedik? Haa.. this time aku pakai. Buat photobook travel kami. Mula dari awal-awal kawen, sampai laa ke time aku tengah preggy, sampai laa dak gedik dah kuar. Complete gambar travel untuk dua tahun.






Cumel je photobook ni. 6x6 inci. Sebab tuh laa free kot. Nak promote. Tapi ada 40 pages. Okay la tu. Simpan sendiri. Buat kenang-kenangan. Hehe.

Thursday 23 October 2014

Jalan, Batu & Lautan

Cantik tak?

:)


Cuti aku dah approve. Eddie pun. Dak gedik pun. Ehhh? Ekekekeke. Yer laa.. kan ke tiap-tiap hari dia masuk sekolah dengan nendanya. Macam-macam dia belajar walaupun hanya dirumah. So bila nak gi mana-mana kena la mintak cuti dari school teacher kihkih.

Wednesday 22 October 2014

Zalora: Sephora

Lupa pulak nak cite. Sempena #MYCyberSale yang sedang berlangsung hari tu kan, korang shopping apa di atas talian? Jangan lepaskan peluang okey. Ada 300 company take part. Banyak gila discount diorang bagi. Aaaaaa pengsannn. *Tengah eyeing iphone6 kat Lazada*

One of the company taking part was Zalora. Opkos laa kan. Dan-dan diorang hantar email cakap ada 20% off for all items. 20% off tu dah normal laa kan kat Zalora. Tapi lepas tu dapat pulak email dari Bcard. Katanya kalau beli kat Zalora sempena #MYCyberSale ni dapat 25% off + 5x Bpoints. What??? Itu sudah bagus. 5x Bpoints tuuu. Banyak wooo. Aku pun apa lagi. Terus bukak Zalora walaupun tak sure nak beli apa ekeke.

Last-last tengok punya tengok, rasa macam nak kumpul barang Sephora laa. Nak beli baju macam tak larat dah tengok baju. Mungkin kena start beli selendang/wide shawl pulak kot? Teehee.


RM43.75 total saving di situ. Berbaloi kan? Yeay! Mari berwangi-wangian!

Tuesday 21 October 2014

Mommy



Korang dah rasa semua? Aku dah. Cuma gambar makan pet food je belum ekekeke. Kalau tu pun dah, memang complete laa hidup aku kahkahkah

Sunday 19 October 2014

QQ Baby Shop @ Equine

Hari tu aku ada cite pasal shopping online kat QQBabyShop kan. This time aku pergi kedai dia. Baru je bukak kat Equine. Dekat gila. Baru bukak sebulan. Signboard pun takde lagi.


Aku amik gambar sekeping dari dalam keta je sebelum keluar. Dia amik dua kedai. Entrancenya sebelah kanan tu. Besar betul. Nampak tak punya banyaknya baju budak kat dalam tu. Geram okeeee. Murah pulak tuh! Ada rompers, bodysuits, leggings, busha, shirts, tshrts, dresses, socks, bibs iskk segala macam laa.

Selain dari baju-baju, barang-barang lain pun ada jugak. Dok tengok-tengok drink bottle yang ada straw untuk dak gedik. Tapi tak beli pun. Rasanya dia bule pakai sippy lagi kot. Later-later ler beli. No rush pun.

Sudahnya aku beli rompers je lima helai. Banyak sungguh choice. Geram aku. Aku beli 3 helai shortsleeves and 2 helai longsleeves. Dah tu je bye,

Saturday 18 October 2014

Eden @ KLIA



Ada satu hari tu.. Antara hari-hari yang aku rajin nak kuar dari perkarangan opis cari lunch.

Kebetulan hari tu Wawa nak gi bank ada urusan. Memang aku mengambil kesempatan laa untuk panjang langkah kan hehe. Kitorang gi laa KLIA. Lepas settle urusan kat bank, aku rasa macam nak makan dim sum. Terus laa kitorang ke Eden. Padahal baru je balik dari Hong Kong. Tak buhsan-buhsan dengan dim sum hehe.

Dim sum Eden memang terbaik. Sauce dia sangat sedaaaap. A bit pricey, tapi sangat berbaloi. Deep fried dim sum dia memang to-die-for. Pastu kami order scallop fried rice. Size small je tapi bila sampai, memang bule makan dua orang!

Dulu zaman aku sekolah, selalu makan kat sini. Zaman abah kerja dulu dia banyak travel untuk kerja. So setiap kali tu laa kami akan ikut beramai-ramai untuk hantar dia ke airport. So memang kami akan gerak dari rumah awal untuk lunch/dinner kat sini satu family hehe. Tapi dulu nama dia Eden Garden. Skang ni Eden je.

Skang ni walaupun abah dah tak keja, aku tetap kena gi airport selalu. Sebab aku keja kat airport kahkahkah. 

Friday 17 October 2014

The Great 12



Flight tickets dah secure! Weehuu! Tinggal nak add-on infant, inflight meals, bassinet and also pick seats. And then we're good to go! Can't wait!

Wednesday 15 October 2014

Funny vs Romantic

Husband korang romantic tak? Eddie tak. Haha. Langsung tak. Kalau nak harap dia bermadah pujangga bagai pungguk rindukan bulan, kan ku petik bintang di langit, tiada cinta sesuci cintamu, memang sampai kucing aku keluar tanduk pun jangan harap laa dia nak menyebut ayat-ayat tu. Tapi dia funny. Romantic yang funny. Aku pun tatau nak explain cane. Selalu buat aku tergelak sorang-sorang bila baca whatsapp hehe.

Hari tu, kawan kitorang bagi wifeynya yang preggy a bouquet of roses. Aku pun saje ler forward kat Eddie walaupun sebenarnya aku tak suka bunga pung. Kami kan memang suka buat-buat majuk kengkonon.





Hehe.. Alhamdulillah bertemu jodoh yang serba serbi perfect kat mata aku :)

Tuesday 14 October 2014

Sephora Is Here!

Dah lama dah dapat sebenarnya. Tapi takde masa nak menulis pasal ni. Barang Sephora aku dah dapat yeay! Siap dapat free gift lagi. Yang dalam pouch tu adalah free gift.


Kat bawha ni barang-barng free gift dalam pouch tu. Dengan pouch tu sekali tau free ekeke.


Monday 13 October 2014

Hong Kong: Passion By Gerard Dubois


One of the nights aku kat Hong Kong. Lepas dinner kami pun keluar laa anak beranak mencari secawan ngopi untuk dihirup. Sejuk-sejuk hujan-hujan gini syiok juga dapat kopi. Bilas pulak dengan dessert sket. Fuh heaven. Ekeke.


So kami pun berjalan laa ke cafe depan rumah tu. Namanya Passion. This was the second time ler aku gi situ. First time hari tu macam malas pulak nak snap-snap. This time pergi pun tak banyak snap gambar sangat. Sebab tak sabar nak memilih dessert. Dessert-dessert kat situ amatlah menggamit jiwa oke. Terasa seperti di Paris kembali. Aku campur-campur gambar dengan website tau. Sebab gambar kat website lagi menarik dari gambar yang aku snap kahkah.


Kat bawah ni laa yang kitorang order. Dark and white chocolate mousse. Satu lagi yang bawah tu adalah Apple crumble. Sedap tak terkata. Sebab tu time makan aku diam je sambil nguyah kahkahkah. Drinks pulak aku amik iced chocolate. Too thick macam kena tambah air lagi. Eddie order coffee something-something. Tak ingat sangat dah. I'm for the desserts heheheh.



Sebenarnya niat aku ajak Eddie ngopi-ngopi sebab nak makan creme-brulee dia. Sedap oi. Masa first datang, aku order tuh laa. Tapi this time dah habis agaknya. Keciwa sket. Lalu order Apple crumble saje. Creme-brulee dia yang kat bawah ni haa.



Menarik kan cafe ni? Full with French pastries and desserts! Memang a heaven on earth untuk orang yang sweet-tooth macam aku hehe. Sape-sape yang datang Hong Kong bule try ok.

Saturday 11 October 2014

Chocolate: Reese's & Hershey's

Chocolate dari suami lagi yeayy!

Sharing assortment katanya. Ada dua jenis brand but tiga jenis flavours. Ada my all-time-favourite Reese's Peanut Butter Cups and Hershey's (milk chocolate and cookis n' cream). Cookies n' cream ni dulu pun pernah jadik favourite aku jugak.

Masa tu aku duduk kat Langkawi. Chocolate murah kan. Berpek-pek stok dalam locker. Masa tu berat aku memang mencanak-canak naik. Kalau dah setiap kali makan, dessertnya adalah chocolate. Mana tak naik. Kalau skang ni mungkin dah bule dapat diabetes hehe.


Hospital suggests the best amount of sugar consumption daily would be 10 teaspoons. But dietition suggests only 6 teaspoons daily. Sebabnya adalah dalam makanan orang Malaysia dah mengandungi banyak gula. Hidden sugar content ni yang bahaya sebenarnya sebab kita tak nampak bape banyak gula dalam badan.

Hmm.. So sape nak tolong habiskan chocolate ni? :p

Friday 10 October 2014

Tido Dalam Imaaaaaann

Sememangnya aku tatau kenapa. Anak bujangku yang sorang ni memang peberet betul tido gaya gini. Suka betul pusing satu katil golek-golek pastu nonggeng. Dia bule tido lama kalau gaya gini. Bila penat dia pusing katil lagi pastu nonggeng. Hahaha lawak aku dok perati dia.





Thursday 9 October 2014

Next Trip

Banyak trip jalan-jalan kami tahun ni. Alhamdulillah.. dapat peluang melihat keindahan bumi Allah ni.

Tokyo: dengan kawan-kawan.

Vietnam: dengan family aku.

Gold Coast: dengan family Eddie.

Fair and square dah bawak semua jalan-jalan. Tak lebih dan tak kurang. Cuma trip kami bertiga je belum ada lagi. Sian kami kan.

So.. Our next trip ni adalah trip kami je. Hanya Eddie, aku dan dak gedik. Our little family. Nobody else. Takde sape bule ikut. Dah laa kami dok jauh. Sekali sekala nak privacy apa salahnya. Takkan laa semua trip asik nak bawak orang je. Kasik laa can. Kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...