The Entourage

Wednesday, 8 October 2014

Salam Aidil Adha

Salam Aidil Adha Semua..

Lambat pulak cerita pasal raya.. Sebab gambar takde dalam fon aku. Semua dalam fon Eddie. Nak try Iphone6 punya camera kononnya kihkih. Raya koang semua cane? Seronok? Mesti laa seronok kan. Spend time dengan family. Hehe..

Pagi raya kami semua berkumpul kat rumah aku. Sebabnya raya puasa hari tu kan dah kumpul kat rumah Eddie. So raya haji turn aku pulak. Lepas semayang raya, makan, borak-borak gelak-gelak, kami pun bergerak lah ke Taman Tasik tepi rumah aku tu untuk sesi bergambar. Sesi bergambar memang wajib laa sebenarnya tiap-tiap kali raya. Tak kira laa sambut kat mana pun hehe. Kalau dulu, kitorang satu family akan gi holiday kat Penang. Tiap-tiap tahun tak miss. Bila kat Penang, tempat bergambar raya kami adalah di Botanical Garden. Kerlas haa panas-panas tu gigih nak bergambar kan. Harus laa.. memori itu mahal.

Theme kaler kami tahun ni adalah dark purple. Dak gedik je tak ikut sebab tak rajin pulak aku nak membeli baju melayu baru semata-mata nak pakai setengah hari je ekeke.. Kang pakainya sekali pastu tak muat dah. Rugi. Untuk aku lain laa. Kahkah. Gambar-gambar raya dengan family aku semua tak amik lagi kat camera abang. So korang layan je laa gambar kat bawah ni dari fon camera Eddie okeh.


Kesudahan raya kami. Dengan aku-aku sekali lena. Rasa macam tengah borak-borak dengan Eddie atas katil. Aku pun tk perasan bila entah lenanya. Aku bangun tengok Semua dah pengsan. Mana taknya. Makan non-stop. Rumah aku menunya rendang ayam, kuah kacang, lontong dan nasi himpit. Rumah Eddie pulak rendang ayam, rendang daging and lemang. Fuhhhhh perut sentiasa ketat.


Masa ni dah Maghrib, tu yang aku terjaga tu. Bukak lampu, kejut dak gedik. Tapi dia malas-malas je nak bangun. Tengok laa tu.. berat je matanya. Hehee.. Dak gedik ni kalau tido throughout senja, bila bangun confirm dia mengamuk. Everytime gitu. Nape ye.. Hmm. :S


2 comments:

  1. muka surrender seharian beraya..haha

    ReplyDelete
  2. Salam aidiladha babe. Meriahnya menu raya ☺

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...