The Entourage

Wednesday, 23 May 2012

Engagement Review: Hantaran Me To ene

Okeh, jum review pasal hantaran pulak. Hantaran yang kami dah setuju adalah 5 dari pihak lelaki dan dibalas dengan 7 dari pihak perempuan. Theme kaler untuk hantaran aku lebih kurang dengan theme kaler majlis aku iaitu pink dan putih.

In Progress..

Hantaran memang kitorang buat sendiri walaupun pada mulanya aku nak mintak Kak Tina from Tinaju Hantaran buatkan. Sangatlah cantiknya hantaran dia. Suka sangat-sangat. Tapi bila mama dah beriya cakap nak buat sendiri lalu terpaksa laa aku lupakan niat tu. Deposit aku RM50 pun burn macam tu aje. Haish.. sabar je laa.

Sibuknya Owen Ni..

So, oleh kerana nak kena buat sendiri, aku pun decide aku beli je bakul hantaran tu. So, at least time nikah bule pakai balik kan. Takyah laa asyik nak sewa je. Duit jugak tu. Murah je pun. Meh baca kat sini pasal bakul-bakul putihku ini.

Dulang-dulang pahar semua aku pinjam Effa. Alhamdulillah laa dia ada. Nasib baik tak clash dengan adik dia tunang. Selang seminggu je pulak tu. Lepas majlis hari tu, terus kitorang pulangkan sebab diorang nak pakai untuk buat hantaran pulak. Tak nak laa diorang kena tunggu kitorang pulak kan..

Dulang-Dulang Pahar Yang Masih Berbungkus

Alas dulang hantaran pulak aku pinjam Ngah punya. Sebenarnya dia dua lapis. Satu satin cream, satu lagi net siap ada bunga tampal kat atas dia. Tapi bunga tampal tu kaler merah. So.. tak sesuai. Lalu aku pakai alas dia yang inner satin tuh je.

Saprah hantaran aku pinjam Azila. Hari tu ada nampak time Azila tunang dia ada pakai. Cantik. Velvet warna hitam. Ingatkan Ngah punya. Rupanya dia jahit sendiri. Nasib baik dia bagi pinjam Hehe..

Saprah Hantaran Velvet Hitam & Alas Dulang Hantaran Cream

Tang bunga-bungaan pulak.. aku pergi borong bunga kat Fah Lean Floral Trading kat Balakong. Siapa-siapa yang nak borong artificial flowers, tolonglah pergi sana dan jangan pergi tempat lain lagi sebab tempat tu best gila! Besar, banyak choice dan murah. Serius best. Boleh baca pasal Fah Lean kat entry aku yang ini.

Mula-mula aku cuma beli dua jenis bunga je, Hydrangeas and Mini Rose Buds. Tapi last minute sehari sebelum tunang, kitorang pergi lari pulak ke Gombak untuk tambah bunga Rose yang besar-besar tu. Sebab tiba-tiba rasa macam tak cukup bunga. Mama punya idea laa tu haha.

Hantaran 7 dulang aku tu terdiri daripada:
Dulang #1: Sireh junjung
Dulang #2: Cincin
Dulang #3: Kain baju melayu
Dulang #4: Popcakes & Chocolates
Dulang #5: Macarons
Dulang #6: Fruit bunch
Dulang #7: Bunga rampai

Dulang #1: Sireh Junjung

Dalam banyak-banyak, cuma sireh junjung aku je yang pakai fresh flowers. Mama cakap sireh junjung memang kena pakai fresh flowers. Layankan aje. Ni pun last minute jugak mama keluar pergi beli. On the day itself! Dasat tak. Nasib baik sempat. Mama cuma pakai bunga rose peach (sebab takde pink kot) yang besar-besar dengan fillers. Tu mama sendiri yang gubah. Boleh tahan laa jugak kan? Ekeke..

Dulang #2: Cincin

Cincin platinum aku bagi kat ene aku beli kat Diamond & Platinum. Baca kat sini. Original price dia agak terkeluar dari budget aku laa sebenarnya. Tapi lepas tawar menawar (aku rasa minah tu staff baru, so dia nak kejar sale agaknya) dapat laa kurang. Tambah pulak abang ene ada member card (abang ene adalah hubster Falsya, hahaha saje je nak promote blog u babe :p), lagi laa dapat murah. Beza harganya ada laa lebih urang RM500 jugak. A good bargain, kan? Sorry ler takde gambar pulak. Cepat sangat abang snap gambar. Aku tak berani letak cincin tu awal-awal.. bukan apa, takut tetiba kang MIA pulak ekeke. Tunggu laa gambar dari OP aku nanti. Dia mesti laa ada snap kan.

Dulang #3: Kain Baju Melayu

Dulang ni pulak aku bagi dua benda. Kain dan butang baju melayu untuk nikah. Kain baju melayu tu memang sengaja tak buat baju melayu siap-siap. Sebab ene cakap takut demok nanti hahaha. Kain tu kitorang beli kat Jakel sekali dengan kain dress nikah aku hari tu. Baca kat sini. Butang baju melayu pulak aku beli seminggu sebelum tunang. Aku heret ene gi Jalan TAR hahaha. Aku suka butang tu sebab besar dan nampak penuh batu berlian tu. Baca kat sini.

Dulang #4: Popcakes & Chocolates

Ni antara hantaran yang aku suka (sendiri buat, sendiri suka kan). Popcakes ni aku order kat one of my friend, Aimi. Sangat sedap Popcakes ni. Cantik pun cantik, kan? Dalam dia chocolate fudge cake and luar dia chocolate topping. Heaven gila makan chocolate ni. Kesian adik-adik aku dapat sket je. Takpelaa.. nanti aku order lagi untuk diorang hehe. Harga dia RM2.60 each. Minimum order is 30 pieces. So altogether harga dia RM78.

Tang ni nak cite aku nak touching sket. The night before tunang tu, aku pergi laa rumah Aimi nak amik popcakes aku. Sekali maid dia pass kat aku 2 kotak. Ingatkan dua-dua popcakes. Rupanya, dia siap buatkan aku one big box of cuppies! Ada 36 pieces dalam dia! Ya Allah.. rasa macam nak nangis oke! Hadiah tunang katanya. Hehee.. sayangg Aimi. Timaceyyy Aimi! :D

Yang kuning-kuning kat bawah dia tu pulak chocolate mini toblerone. Yang ni aku dapat murah. Diorang lelong kat opis AirAsia hari tu. Sepeket cuma RM10. Tiga peket aku amik. Ekeke.

Dulang #5: Macarons

Ni hantaran favourite aku! (Ye, aku obses dengan hantaran sendiri ekekeke). Macarons!!! I just love the packaging! Sangat sweet, kan? Hari tu aku saje laa browse-browse Groupon. Tiba-tiba ternampak offer untuk macarons ni. Aku pun apa lagi, enquire laa habis-habis. Bukan apa, risau laa jugak kan, barang-barang hantaran nak beli through Groupon. Kot tak sempat siap ke haper ke, pengshan aku. 

Nama kedai dia Les Macaroons. A home-based bakery owned by a girl named Eleza. Such a sweet girl. Senang sangat nak deal dengan dia. Dia sangat baik. Memang melayan laa apa yang aku mintak ekeke. Semua through email je pun. Alhamdulillah semuanya okay. Aku deal dengan dia 2 bulan sebelum tunang aku, time aku beli Groupon voucher tuh laa. Then aku remind dia a week before. Then the night before tunang tu, aku pergi pick up rumah dia. As simple as that. Masa aku amik tu, rasa nak menjerit sebab cantik sangat-sangat!

Sebenarnya original price untuk a pack of half dozen is RM18. Tapi untuk groupon, aku beli 3 dozens dapat RM75. So, satu macarons jatuh jadi RM2.08. Murah, kan? Semua tu lain-lain flavour tauu. Semua orang cakap sedap. Tapi aku sendiri tak sempat nak rasa ahaha. Ada 6 bungkus. 5 letak kat hantaran. Bakul dah penuh, lalu the last pack tu aku bagi kat Azila. Kesian dia banyak tolong aku hehe.

So.. siapa-siapa yang nak rasa macarons from Les Macarons ni silalah tengok kat Facebook dia ye. Banyak lagi products diorang yang buat aku rasa geram nengoknya. To Eleza, I can't thank you enough!

Dulang #6: Fruit Bunch

Dulang ni pulak aku pilih semua jenis buah-buahan warna merah. Aku pun tak tau kenapa tapi aku rasa sangat cantik kalau semua buah-buahan tu sama kaler. Looks so rich. Cuma epal tuh je tak bape nak merah.

Mulanya mama beli 5 biji plum, 2 gugus anggur merah dan 5 biji epal merah untuk hantaran aku. Tapi pagi tu, bila An dah susun-susun dalam bakul tu, nampak macam lompong laa pulak. Lalu, aku mintak An dengan Irfan pergi beli lagi buah apa-apa yang merah kat Mydin or 99 Mart (nak bagi hadiah, biar laa ikhlas, kan). So An berjaya jumpa jambu air dan segugus kecik anggur merah. Jambu merah An beli 5 biji. Bila dah letak kat hantaran, aku sangat puas hati.

Idea nak letak buah-buahan merah ni aku dapat dari Zaifie Zainal Creation. Ataupun penggubah hantarannya adalah Gubah By Siti Zainal. Jangan marah Siti, aku curi idea ko ekeke. Diorang ni adik beradik. Dulu selalu laa lepak dengan Cik Siti ni. Skang ni, entah kenapa, macam dah jarang pulak jumpa. Meh tengok kat sini dan sini betapa cantiknya hantaran buah-buahan merah diorang nih.

Dulang #7: Bunga Rampai

Yang ni ikut creativity An. Mulanya aku korek punya korek kat dapur, terjumpa laa mangkuk dessert set of 6 yang comey (sebenarnya set mak aku). Lalu An masukkan bunga rampai then wrap dengan net putih pastu ikat dengan ribbon purple. Looks sweet and I like it. Masa tu memang dah tak sempat pun. Apa-apa pun aku akan jawab sweet. Haha.

Okeh, bebel sudah panjang. Cukup sampai di sini ye :D

p/s: Sewaan bakul hantaran dibuka sekarang ye. Price? Murah-murah saje. RM7 setiap satu. Ada 6 unit bakul bulat dan 6 unit bakul segiempat sama. Boleh tengok kat sini kalau nak tengok betul-betul bentuk bakul-bakul hantaran ittew! Lai lai laiiii! :DDD

4 comments:

  1. simple but nice!!nak tengok hantaran untuk zila pulak.. =)

    mak arun tue memang mengiurkan!!!

    ReplyDelete
  2. hehehehe hantaran untuk kita lambat sket sebab takde pulak dalam album ni. kena tunggu gambar2 dari OP.

    yess yess.. mak arun tu memang sangat menggiurkan. rasa tak nak letak atas dulang je nak makan sendiri hahaha

    ReplyDelete
  3. zilaa ade contact aimi tu tak nak buat cakepop jugak
    meleleh air liur tgk cake pop tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh sangat sedap taw. memang recommended sangat2! okok, kita bagi contact dia kat inbox facebook eh.

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...