The Entourage

Sunday, 27 May 2012

Craft: Kanzashi Flowers!

Hari ni memang dah janji dengan mama aku tak nak pergi mana-mana sebab kena tolong jahit baju kat kedai. So, pagi-pagi lagi aku dah bangun, sebab banyak benda nak buat hari ni. ene ajak keluar tengok moviee pun ditolak mentah-mentah kekeke.

Lepas mandi dan siap, aku hantar kereta pergi servis. Tiap-tiap hari travel 95km gi kerja, cepat aje kereta mintak servis.. lepas tu, aku suruh cina tuh check sekali apa laa yang bising sangat kereta aku tu. Tiap kali drive, memang sangatlah kuat bunyi dengungnya. Kadang-kadang bila cakap, kena kuat-kuat. Bingit sungguh telinga aku neh. Bila dah check, rupanya bearing empat-empat tayar dah pecah. Yaa ampunn.. RM600 aku terbang semalam. Haish.. sabar je laa. Nasib baik laa bulan ni dah start masuk increment. Kurang sket beban. Alhamdulillah.

Lepas settle hal kereta, aku balik rumah then hantar Cleo pergi vet pulak. Cleo bulan depan dah 10 bulan. Tengok-tengok dah start ikut-ikut bf keluar merayap pastu balik lambat. Takleh jadi. Kang jap lagi bawak perut, aku yang pening. Kena neuter cepat-cepat. Tapi vet tu penuh laa pulak. So, Cleo kena tidur satu malam kat vet, esok baru neuter. Then lepas kerja aku datang amik. Cian Cleo.. takut je tengok dia tadi..

Vet tu kat sebelah kedai jahit mama je. So, lepas drop Cleo, aku pun pergi laa tolong mama jahit baju. Sambil-sambil tu, buat hilang penat, aku pun menggodek laa kedai jahit mama tu cari menda-menda menarik. Bila dah dapat kain perca cotton dengan butang, aku pun memulakan activity aku. Nak tengok? :p

Kanzashi Flower! :D

Agak-agak kalau buat handbouquet cantik tak? Aku rasa macam cantik. Hehehe.. Terpikir pulak untuk nikah nanti.. Nak buat kanzashi ke.. nak buat felt.. hmm.. Ataupun buat banyak-banyak untuk deko mini pelamin. Walla!

Nih Lagi Satu..

Aku baru je tau pasal Kanzashi Flowers ni kat one the blogger's entry, Sarah Syafiq. Terkejut tengok bunga ni. Cumel sangat! Terus tak sabar nak buat hahaha. Thanks for the heads up, Sarah! :p

Kalau ada sesiapa yang nak try buat, meh tengok sini dan sini untuk tutorial. Senang aje! :D

18 comments:

  1. fuiyoh..... dah buat dah....
    klu byk2 mesti cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh tuh laa Diyana.. Semalam buat tiga je. Nak try2 je dulu. Semalam buat dua size, satu 4.5inci, satu lagi 3.5inci. Tapi kalau nak buat handbouquet, kena kecikkan size lagi sebab macam tak cantik pulak handbouquet bunga besar2 sangat hehehe

      Delete
  2. cute...untungnya u pandai mjahit...blh buat sdiri smua....huhuhu...jimat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tade laa pandai sangat.. sket2 je.. still kena supervice dengan mak lagi ekekeke. tapi memang banyak jimat laa sebenarnya. sebab buat sendiri kan.. ni baru nak start amik2 order orang keekeke :p

      Delete
  3. Susah la bunga ni...sbb kena teliti...xsuka...btw good job!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe a'a.. memang kena teliti sket nak melipatnya tuh. selama buat sampai pening ekekek.. tapi puas hati laa bila dah dapat cara betul membuatnya :)

      Delete
  4. cepat nye dah buat.cantik2.boleh kot kurang kan buat 2 inch je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe a'a.. plannya gitu laa. nak kecikkan lagi size nya. tapi bila lagi kecik lagi sakit hati nak melipatnya tuh. kena lagi teliti hehehe

      Delete
  5. huu macam cantik je kalau buat! tenkiuu zila bg idea hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ur welcome huda. tapi kena thanks kat Sarah Syafiq, sebab dia yang post benda ni. tuh yang kita tau tu. kalau tak mmg tak tau langsung hehehehe

      Delete
  6. huhu good idea zila!
    hee kalau rajin nnt nak buat utk hand bouquet la

    ReplyDelete
    Replies
    1. jum jum kita buat! ehehehe.. plannya kita nak buat utk handbouquet jugak. tapi teringin nak pakai felt. lagi cantik kot.. hmmm

      Delete
  7. cantik nye..
    jdi handbouquet msti lg cntik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? hehehe tuh laa pandai je orang jepun ni creat craft2 camni :)

      Delete
  8. comel gila...
    letak kat headband baby pun comel...
    weeee....:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh good idea laaa! hehehe.. okeh nanti bule try pakaikan kat anak buah :p
      thanks lala! :D

      Delete
  9. hani buat, pastu bab cantumkan kelopak last dgn yg first utk jadikan dia nampak mcm bunga dah fail dah. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekeke.. cuba hani try buat banyak2 kali. lama2 mesti dapat cara terbaik untuk cantumkan bunga tu. kita pun banyak kali buat, baru nampak cantik. Lagi satu, kita rasa bunga ni takleh pakai sebrang kain. hanya kain keras je. kalau kain lembut, hancur punah hehehe

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...