The Entourage

Saturday, 17 March 2012

Wedding Update: Fabrics For Pelamin

Beware, peeps. This will be a very long entry.

Memang dah plan seminggu ni dah nak pergi cari kain-kain untuk kahwin. Kain-kain untuk kahwin yang aku maksudkan adalah kain baju tunang aku, kain langsir bilik aku, kain cadar bilik aku, kain backdrop tunang aku, kain cushion kat pelamin aku, kain bulu untuk tutup stage aku dan bermacam-macam kain lain sampai aku pun lupa.

Destinasi kitorang (aku, mama dengan Irfan, sibuk pulak Irfan nak ikut) adalah tak lain tak bukan ke Jalan TAR. As usual, memang abah laa yang hantar kan. Tak rajin sangat nak drive masuk KL dan ke tempat-tempat camtu. Pencarian pertama kami adalah kain backdrop pelamin. Since hari tu dah survey-survey dah kat mana nak cari, kami pun terus laa menuju ke Cik Nagoya.

Kain Untuk Backdrop Pelamin RM3.00/meter

Aku beli kain ni murah je sebab nak pakai banyak kan. Tak ingat pulak nama kain ni. Tapi dia jenis yang bergetah sket ala-ala orang catering selalu buat alas meja tu. Macam-macam colour tau. Aku memang nak putih sebab untuk backdrop kan. Aku beli 15 meter semuanya sebab aku nak buat deko untuk tangga sekali.

Sebelah kain getah tu pulak ada bergulung-gulung kain satin. Bukan laa kain satin sebenarnya. Kain kilat je. Aku beli 2 meter kaler pink and 2 meter kaler purple. Yang ni untuk buat cushion kecik-kecik untuk dicampakkan kat tepi-tepi pelamin aku tu ha.

Kain Untuk Cushion Kecik-Kecik RM2.50/meter

Plannya nak buat 3 pink and 3 purple. Tapi tengok laa kalau cukup, memang nak buat lebih. Aku suggest kalau ada budget lebih, beli laa kain satin yang elok sket qualitynya. Sebab yang ni agak tak bape elok, banyak sangat bulu. Aku amik ni sebab nak budget. Hehe.

Altogether duit aku terbang RM55.00. Takpelaa, kot-kot An nak tunang nanti, bule laa pakai balik. Lepas settle bayar semua, baru teringat nak kena cari kain langsir untuk bilik aku pulak. Pusing punya pusing, terjumpa laa akan kami satu kain yang suci murni kalernya.

Kain Untuk Langsir Bilik RM4.00/meter

Suci Murni tak? Hehe. Yang ni aku beli 4 meter je. Untuk Langsir luar je. Langsir dalam yang nipis tu, aku pakai balik je. Takyah beli-beli. Saving. Untuk cadar pulak, aku ingat nak pakai kain lebih dari abang buat langsir dia je. Kaler gold-gol2 sket. Boleh saving lagi.

Ok Ke?

Lepas habis pusing Nagoya, kitorang ke Kambar pulak. Dekat-dekat je semuanya. Siap pergi singgah beli food tepi-tepi jalan tu. Best pulak tetiba rasa pergi Jalan TAR ni. Dulu tak suka haha. Tujuan kami ke Kamdar sebab nak cari kain bulu untuk tutup pelamin aku tu. Yang macam Kina beli tu. Cantik sangat. Katanya RM25 semeter kat Kamdar. Tapi dok cari-cari naik bertingkat-tingkat, takde pulak. Kaki dah sakit nih. Nyesal pakai pumps. Irfan dah buat muka boring. Padan muka. Sape suruh ikut. :p

Dok mencari-cari si kain bulu, terjumpa pulak kain lain. Satin untuk baju tunang aku. Hari tu beli chiffon dia je. Mama cakap takyah beli sating sebab dia nak pakai lining RM5/meter je. Tapi bila tengok-tengok kain lining tu, alamak.. cannot laa.. Chiffon tu dah cukup nipis.. lining RM5/meter tu pun lebih kurang nipis jugak. Cannot jadi man. Dah laa kain aku tu pink.. pastu palin pulak. Baru laa jadi wayang kulit kan haha.

So, aku pun beli laa kain satin tu. RM9.90. Elok jugak kainnya. Macam yang RM12.90/meter kat Maya Silkhouse tu. Aku tak bawak Chiffon aku tu. So main agak-agak je colour dia. Sekali balik-balik tengok, rupanya kaler dia sebijik! Hehe.. Terror gak aku cari kaler :p

Kain Untuk Lining Baju Tunang RM9.90/meter

Aku beli 3.5 meter je sebab mama cakap cukup je untuk aku. Sama kan dengan kain tunang aku? Hehe.. puas hati!

A Perfect Match, Don't You Think? :DDD

Abaikan segala kesemakan dibelakang itu. Itu adalah barang-barang tunang/ nikah/sanding/ hantaran/ bunga-bungaan dan juga stage pelamin. Nampak kayu tu? Haaa.. itu laa yang akan ditransform pada hari tunang nanti ekeke.. Tungguuuuuu...

Complete!

 Hasil dari shoppink hari ini... Fuhh.. semua nak kena jahit tu.. Sempat ke idak ntah..

Tadaaaa...

Dah selesai di situ, saje laa ajak mama naik atas tengok-tengok apa yang ada. Terjumpa pulak alas doily untuk letak kat cabinet tv kat rumah. Elok laa sket bertutup kan..

Sila Tengok Harga Dia :p

Irfan cakap buruk, sebab macam rumah dulu-dulu. Tapi kau beli jugak. Belasah laa.. murah kot! RM0.50 per piece! Hehe.. Aku beli 4 je.

Lepas settle semua kain-kain, kitorang pun duduk laa kat foodcourt Semua House tu melepaskan penat lelah. Irfan pulak lapar. Sambil tunggu dia makan sambil kitorang buat kira-kira dan memikirkan apa lagi yang patut dibeli.

Lepas Irfan habis makan, mama ajak kitorang pergi kedai carpet tu. At the same time boleh laa tunggu abah kat sana. Senang sket abah nak berhenti kan. Dah macam bangla dah aku rasa dok bawak plastik-plastik kain ni ke hulu ke hilir.

Banyak gila promotion carpet. Dan rupan-rupanya carpet ni takde laa mahal sangat (tak pernah beli carpet, gini laa ngopernyer). Aku budget carpet nak beli satu je. Sebab aku agak-agak harga satu dalam RM80-RM100. Rupa-rupanya boleh dapat lagi murah weh! Dok pusing-pusing, aku dapat carpet satu RM40! Murah kan?? Modern design pulak tu! Terus mama suruh angkat dua. 

Untuk Dining Room

Untuk Hall

Kitorang tunggu abah kat kedai tu jugak. Dah beli dua carpet, takkan laa takleh tumpang kan? Belasah abang bangla nih kang. Dalam dok nunggu tuh, ternampak satu carpet comel ni. Size dia sesuai benor ler kalau letak kat bilik aku. Hehehe.. sibok nak jugak :p Harga dia RM25. Tapi aku mintak RM20. Dah beli banyak, mesti laa dapat murah. So, aku habis kat carpet sahaja RM100. Berbaloi laa kan dapat2 carpet?

Untuk Bilik Comel Ku

On the way back, teringat pulak nak beli platemat. Lalu singgah laa kedai dekat-dekat dengan rumah tu. Dia ala-ala vintage sket. Murah pulak tu. Aku borong 8. Ada banyak design pulak tu. Geram. Platemat ni aku letak kat bawah cover plastik kat meja tu. So takde laa kotor.

Platemat RM2.90 Each
Okay.. nak rest jap. Jap lagi nak ngedet dengan Cik Elisa. Makaaaaan!

5 comments:

  1. ehem2.. kain satin warna pink tu menarik hati..hehe..rase cam nak ganti ngn dress tak bape nak jadi tue..murah la RM9.90 semeter kan??

    satu lagi karpet pon murah jugak..kat ikea RM89..tapi taktau r zila punye tue besar mane..hmm.....

    *malas nak g jalan tar lagi sebab sesak sgt!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a memang cantik Sharz. Murah je RM9.90 kat Kamdar. Tebal pulak tu. Memang puas hati buat baju. Beli laaa

      Kita punya carpet bulu tu 3 meter. Untuk mini pelamin memang sedang elok laa. Sharz nak pakai untuk apa? Kalau nak, bule je kita bagi sewa. Sayang.. dah tak pakai dah pun.

      Delete
  2. hai, bole bg thu mcm mne awk jahit kain backrop tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu jahit.. staple je kat kayu :)

      Delete
  3. yunk....backdrop pelmin berqpa meter eh

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...