The Entourage

Saturday, 16 August 2014

Fiffy vs. Tommee Tippee


Dak gedik dah start minum guna sippy cup. So aritu saje laa pusing-pusing kedai baby. Terjumpa pulak sippy cup Fiffy. Murah je pun. Saje nak try test. So aku pun beli laa.

Balik rumah terus aku try. Dia sukaaaaa hahaha. Banyak dia minum. Yeayyyy dak gedik dah bule minum pakai sippy cup. Happynya aku. Ni sebenarnya cerita sebulan sebelum Gold Coast trip kami. And then time nak gi Gold Coast tu aku pun terpikir la nak bawak. Dah cuci semua sekali baru perasan pulak rupanya sippy cup Fiffy ni takde cap hahaha. Cane nak bawak travel. Nanti kotor laa spout dia kan. Plus dia jenis yang tade valve. Kang confirm la leaking. Nampak gayanya memang aku kena beli lain. Sippy cup Fiffy ni memang hanya sesuai pakai kat rumah.

So aritu time pusing-pusing kat Mid Valley aku pun masuk laa ToysRus. Tengok-tengok macam cumel pulak Tommee Tippee Explora punya range. Banyak sungguh kaler. Geraaam. Terus amik satu. Aku amik kaler turquoise. Lawa pulak aku rasa ada hijau-hijau tu. Nampak fresh chewah.



Ada pulak gambar anak mat saleh mana entah bergambar dengan sippy cup kaler yang aku beli hehe. Kat bawah ni ada guide kalau korang nak beli sippy cup untuk baby-baby korang yang dah nak mula minum pakai cawan.


Sket lagi nampak gaya dah bule beli beaker yang ada straw pulak. Hari tu try kasi dia minum pakai straw, tak sangka dia reti pulak nak sedut sampai air naik atas. Terharu aku tengok dia dah pandai minum pakai straw. Dak gedik dah besar :')

4 comments:

  1. Aaalah...zila tau x...tadi cik mah br beli juga..nasib amik yg ada cap tu..nasib baik...xsempat bc entry zila..okey..lepas ni kena lebih hati2...Mesti comelkan pndai sedut straw dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe aah cik mah, time beli tu memang tak perasan sangat tade cap. haih.. memang kena pakai kat umah je la nampaknya tu heheheh. aah dia suka pakai straw. pada dia mcm something new

      Delete
  2. Assalamualaikum kka, rujukan yang berguna untuk sheila. thanks. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe salam sheila. glad to know!

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...