The Entourage

Wednesday, 10 June 2015

Coach From Tokyo!

Hehe.. tak pasal-pasal dapat souvenir yang cantik! Thank you Kak Yus!


Ni cerita bulan Mac hari tu. Alkisahnya aku ada bagi ticket free kat kawan aku, Kak Yus and family dia. Since dah tahu tahun ni aku nak resign, rugi laa tiket tu kalau tak pakai. Kami pulak memang takde plan nak ke mana-mana tahun ni sebab kena focus on nak pindah Hong Kong. Banyak duit nak pakai. So at least kalau bagi Kak Yus lima keping pun ok dah. Yang rugi cuma lima je. Idok ler ralat sangat aku nanti.

Last time aku dah pernah bagi tiket dah kat Kak Yus and family dia. Masa tu dia pergi London. This time dia nak gi Tokyo pulak. Aku dengan senang hati ler tolong dia bookkan. Dalam hati lega ada orang tolong pakai tiket aku. Sayang woo tiket free terbuang gitu je.


So bila dia balik, dia cakap laa tima kaseh banyak-banyak kat aku bagi dia tiket. Then dia cakap ada souvenir untuk aku. Wahh.. Baiknya hati Kak Yus. Walaupun dia tau aku dah pernah sampai Tokyo, dia still ingat jugak kat aku. Sweet sangat tauu.


So bila aku dapat bungkusan tu, aku ingatkan souvenir dari Jepun yang biasa-biasa laa. Rupanyaaaa.. Bila bukak wrapperrrrr.. Homaaaaaiii.. Dia bagi aku wallet! Comelllll pulak tuh! Aku suka gila oii! Huwaaaa..

Rupa-rupanya Kak Yus ingat aku mengadu kat dia hari tu. Aku tak sempat pergi Gotemba masa gi Tokyo hari tu. Sebab tu dia belikan aku something from Gotemba. Alahaaaai.. Tersentuh hati dapat souvenir gini taauuu.  Tima kaseh tau Kak Yus. Tahun ni masih ada tiket free lagi. Kalau rasa nak gi Korea ke, Aussie ke, Jepun lagi sekali ke, cakap je. Nanti saya belikan okeh. Kami tak ke mana-mana tahun ni. Lebiu Kak Yus!

Tuesday, 9 June 2015

White Water Rafting, Gopeng

Ni cite last month sebenarnya. Lamanya aku tak buat outdoor activity. Sangat rindu nak main air, nak masuk hutan, nak comot-comot. Haihh.. the good old days..


Kitorang buat white water rafting ni kat Gopeng, Perak. Syiok betul. Sejuk betul air sungai tu. Semua sekali empat raft turun. Tak sangka sporting jugak budak-budak opis aku ni hehe..


Gambar kat atas ni gambar selepas rafting sebenarnya. Kan masing-masing muka penat dan bengkak tu hehe.. Masa ni tengah sibuk makan kambing bbq and ayam madu bbq. Pheww best gila lepas main air makan pulak tepi sungai. Syiokkk.


Ni pulak masa tengah briefing. Lama jugak briefing dia. Dia ajar macam mana cara nak handle raft bila dalam current nanti. Quite simple je sebenarnya. Tapi cara dia explain tu macam kitorang ni kena maneuvre kapal laut je hahaha. Yer laa.. Safety kan. Penting. Kena laa kasik kitorang takut sket. Kalau tak semua ingat main-main je lagi bahaya.


Masa ni getting ready nak masuk air. Excited gila masa ni. Aku tak copy lagi gambar dari gopro masa kami dalam air. Banyak jugak shot-shot menarik. Tapi untuk entry ni aku share gambar-gambar yang mana dah ada dalam fon je dulu ye.


Hehe ni pulak gambar last ramai-ramai sebelum bersurai. Happy sangat main rafting ni. Buat aku rindu sangat zaman-zaman dulu. Kalau zaman study dulu, memang every week ada je menda nak buat. Climbing laa.. Running laa.. Hiking laa.. Trekking laa.. Clubbing laa.. Ehh hahahaha. 

Monday, 8 June 2015

Takde Battery

Budak kuwus nih. Ada satu hari tu, remote takde battery. Aku selongkar segala laci dalam rumah tu, takde pulak spare battery. So berpanas ler sekejap kami sementara Eddie balik. Dak gedik nampak aku dok try-try tekan remote hala ke aircond, dia pun sibuk nak try. Beriya pulak tuh siap panjat sofa haha. Semua benda orang buat, semua laa dia nak ikut.




Yer.. dia memang kurus. As long as he's healthy, running around, playing around, hyperactive sometimes. I wouldn't be worried about him. Bukan dia tak makan, Dia makan je. Cuma tak banyak.  And very picky eater. Jumpa doctor pun, doctor tak cakap apa-apa. His growth development all  normal. Biasa laa tu budak baru nak belajar makan. Memilih ler dia. Nak buat macam mana, dah dia ikut genetic mummy and abahnya. KURUS. So bila mak apaknya KURUSSS, takkan anak tetiba gemokk tembam pulak kaaaan? Hahahaha.

Lagipun aku tak plan ler nak biar dia berisi. Susah kat dia jugak dah besar nanti. Lagi-lagi bila dah start sekolah. Sian dia kena buli apa bagai. Slim and slender okay what? Senang nak cari baju. Senang nak dapat galpren. Tak gitu? Lalala..

Sunday, 7 June 2015

#theweaveduck

Another limited edition dUCkscarves! It's the Eid dUCkscarves!

Three yummy colours. Launching now. Sharp at 9pm, peeps!

Hurrryyyyy!!!




Saturday, 6 June 2015

Flipflops

Atau pun nama melayunya selipar jepunnnn..


Ni gambar aku amik bulan lepas sebenarnya. Masa ni tok dia baru belikan selipar jepun untuk dia jalan-jalan kat luar. Sebab dia suka beno sarung selipar tok dia haha. Perasan ingat kaki besar sangat ke. Lumrah atok-atok kan, takleh tengok cucunya kekurangan apa-apa. So dia pun belikan laa sepasang.


First time pakai, tak sangka dia pandai bawak kaki dia dengan selipar tu. Aku ingat dia tak reti. Mesti laa tercabut-cabut nanti. Sekali pandai rupanya anak mummy ni hehe. Bangga gila dia jalan-jalan pakai selipar jepun. Konon-konon macam budak besar laa tu hehe.. I love you yayang.


Friday, 5 June 2015

Car


Aku tengah layan intragram. Dak gedik ada je kat sebelah tengah main kereta dia. Bising betul mulut dia main kereta. "Car.. Car.. Car. Vroom.. Vroom.." Aku biar je laa dia main sebelah aku. Tiba-tiba dia macam senyap. Dari tepi nampak tangan masih pegang kereta. Tapi tak galak bergerak macam tadi. Sekaliiii.. Dah pengsan hahaha.

Thursday, 4 June 2015

Melur & Thyme

Gambar dah lama ni. Tapi baru terpikir nak share lepas browse-browse gambar instagram aku. Masa ni kat KLIA2. Melur & Thyme baru bukak. Since habis dah semua restaurant kami dah try kat KLIA2 ni, kami pun lajak ler berjalan ke sini since sini tak pernah try lagi. Tapi tak makan beriya pun. Makan simple-simple je since perut kenyang lagi.


Ini adalah Caesar salad with smoked salmon. Portion quite small untuk aku sebenarnya. Aku kan kuat makan hehe. Tapi sangat sedap. Smoked salmon dia very tasty. Tak cukup semangkuk rasanya. Tapi kalau orang yang tak minat masin-masin sangat, then better ler try yang lain. Sebab smoked salmon dia agak salty jugak. but bila dah makan dengan salad pada aku sedap je. Bule repeat lagi.

Wednesday, 3 June 2015

Sofa Bed

Masa beli mattress untuk katil that day, Eddie macam ada come across this really nice sofa bed. He said it is really comfy. Besar dan tebal. Harga pun ok. Katanya nak beli untuk lepak-lepak kat living room. I wasn't there at the time. Was in Malaysia that weekend. So whatever he's buying for the house, memang exchange opinions via whatsapp je laa.


So when he showed me the pic, idok ler aku minat sangat. Nothing to shout about ler. But since dia memang minat, then aku iyerkan je laa. Ada banyak kaler jugak. Sebelum aku sebut nak kaler apa, terus dia cakap nak amik dark brown. Haha dia tau aku akan amik kaler-kaler girlish. Memang aku plan nak amik merah pun cisss tak sempat.


So bila sampai Hong Kong hari tu, aku try-try. Hmmm quite nice laa sebenarnya. Comfy, soft eventhough it leather-like, pastu the size is quite big to my surprise. Sebab tengok dalam gambar macam kecik. Bila sampai ehh.. Besar juga. Kira kalau badan kurus-kurus macam weols ni memang bule laa baring berdua-duaan hahahahahahahahahah..


Hall kecik cumel je. Ada hati nak bersofa bed bagai. Biaq pi.. Lantak kan. Janji ada tempat golek-golek.

Tuesday, 2 June 2015

Bus



Ni pun gambar nenda dia share kat group. Dia sangat ler obses dengan kenderaan-kenderaan bertayar gini. Especially bus ler. Excited gila kalau nampak bas. Ni masa ni dia tengah main dengan bas nya. Sekali toleh lagi sekali dah tertido. Tangan masih pegang bas. Hehe.. takleh orang lain pegang bas tu. Dia sorang je. Kalau orang lain pegang siap ler. Menjerit. He has problem with sharing. Haish.

Monday, 1 June 2015

Tantrum



Gambar ni nenda dia yang post kat group. Katanya ini budak tengah angin satu badan. Tamo baring atas tilam. Mengamuk-ngamuk bila dialihkan. Kalau alih, dia sendiri akan turun balik ke lantai sambil mulut marah-marah tamo baring atas tilam. Haih.. Suka tunjuk perasaan tau skang. Sudahnya tertido terus atas lantai dengan position gitu. Yang sebenarnya memang tengah ngantuk. Tu yang perangai macam-macam gitu. Haih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...