The Entourage

Friday, 10 July 2015

Komik Raya



Seminggu lagi je nak raya.

Seminggu lagi je tinggal untuk kita puasa. Bulan-bulan puasa dah nak dekat raya ni, teringat aku zaman-zaman sekolah dulu. setiap hari balik dari sekolah, abah akan amik aku dari sekolah then terus ke bazaar ramadhan. Dia akan bagi duit kat aku, then dia suruh laa aku beli apa-apa yang aku nak. Abah bila tang duit, dia cukup tak kedekut dengan anak-anak. Apa anak-anak mintak sebolehnya dia tunaikan. Kadang-kadang mama selalu marah. takut anak jadik manja. Tapi abah tetap macam tu jugak. Hehe.

Kadang-kadang bukan aku ke bazaar tu ikut abah pun. Aku akan melencong ke kedai runcit cari komik haha. Aku sangat ulat buku dulu. Semua benda aku suka baca. Hence, mataku yang rabun teruk haha. Skang ni kalau aku terjumpa komik-komik cite pasal raya, aku cukup treasure. Sebab baca komik-komik raya tu sangat nostalgia bagi aku. Teringat balik zaman-zaman comot kat sekolah. Zaman takyah nak pikir banyak. Zaman yang cuma kena pikir pasal diri sendiri je. Hehehe. Dah takde dah zaman tu. Tak mungkin akan berulang. Cuma komik-komik ni laa buat ubat rindu hehe.

Sendu pulak pagi-pagi ni.. :')

Thursday, 9 July 2015

Thank You, Huggies!

Yeayy.. dapat free sample diapers! One of it pants pulak tu! Hehehe.. dak gedik memang pakai dua jenis diaper. Kalau kat rumah aku belikan diapers biasa-biasa je. Yang mana aku jumpa paling murah, tu yang aku sauk hehe. Yang penting kena based kain, kalau based plastik memang aku tak beli ler. Pernah beli sekali je diapers plastic based masa dia kecik-kecik dulu, masa tu tengah dok try-try diapers mana yang sesuai untuk dia. Kesian sangat tengok dia pakai. Macam panas. Aku pulak yang rimas tengok. Last-last aku pakai kan masa tido je sebab sejuk ada aircond.

Kalau time keluar jalan-jalan or travel, memang aku pakai kan pull ups untuk dia. Or pants. Whatever you may call it. Senang pakai travel pakai pull ups. Kadang-kadang ada tempat takde nappy room, memang kena tukar berdiri ler. Or kadang-kadang tak sempat nak gi nappy room, terpaksa tukar dalam kereta or dalam flight. Masa tu pull ups are very handy. Tukar berdiri je, senang. Tak perlu cari tempat nak baringkan dia semua.



Thanks Huggies for the free diapers!

Wednesday, 8 July 2015

Repeat

Sesuai dengan tajuk entry ni.

Semalam sudahnya kami repeat Starbucks lagi haha. Memang tuh laa tradition kami skang-skang ni kalau Eddie ada kat Malaysia. Lepas dinner/berbuka, kami akan siap-siap then keluar cari dessert. Kadang-kadang Starbucks, kadang-kadang Chatime, kadang-kadang Tutti Fruiti. Tapi biasanya Starbucks laa sebab senang ada drive-thru. Sambil nunggu air, sambil sembang-sembang hehe. Sambil-sambil singgah Giant cari barang laa. Pergi indoor playground laa. Pergi Manjaku laa. Sumanya sambil-sambil.

Last time kami singgah Starbucks kat drive-thru MRR2 on the way pulang ke rumah. This time kat drive-thru Cyberjaya pulak hehe. Eddie pun order Triple Coffee Jelly yang dia suka tu jugak. Cuma bezanya size je. Kali ni kami beli venti sebab masing-masing memang suka gila flavour baru ni. Puasa pun terasa gemok jugak sebab bertubi-tubi dapat dessert memalam kihkih.


Jangan lupa try tau!

Tuesday, 7 July 2015

Starbucks New Flavours

Sedap gila!

Skang tengah promo kat Starbucks. Ada dua new flavours. Triple Coffee Jelly dengan Green Tea Panna Cotta. Triple Coffee Jelly tu pada aku memang biasa-biasa je laa. Coffee too strong to my liking. But the jelly is nice. Eddie suka. Dia memang suka Coffee yang rasa kuat-kuat ni. Aku tak suka. I like coffee, but with lots of sugar and cream hehe.


Yang gambar kat atas ni aku punya. Green Tea Panna Cotta. Rasa dia maaaak aiiiiiii sedaaaaap gilaaa! Sape yang suka Panna Cotta memang confirm akan suka laa. It's like a dessert in a cup. Sedap gila tak ingat punya. Macam makan Panna Cotta dengan Green Tea Sauce. Panna Cotta dia sangat lah lembut bule sedut dengan straw je. Yummy!

Sunday, 5 July 2015

Coach

From my own personal collection. Brand new. Tak pernah pakai lagi. Letting go for rm1,490. Reason: got a new bag :p








Bought two of this actually. Sebab masa tu, kalau beli another one you get additional 10% off. Sold the other one to a friend. This pretty lady here is my own, but never used. Baru about 2 months off the shelf.

Whatsapp if intereseted: 0129198861. No calls please. :)

Saturday, 4 July 2015

Mitsui Outlet Park

Yeayy.. finally we're here! Weeehuuuu!

Sebenarnya dah lama dah nak singgah. Sebelah opis aku je kan. Tiap-tiap hari lalu dok tengok je. Gerammm je. Tapi asik tak berkesempatan. First thing sebab masa awal-awal opening hari tu, aku memang tak rajin sangat laa kan nak gi. Sebab packed gila! Nak masuk Nike pun beratur. Apakah jadah itu? So.. aku buat-buat bersabar dulu.

Kepada yang tak tau. Mitsui ni mall yang lebih kurang JPO. A place of branded boutiques selling off-season items with markdown prices. Cuma bezanya Mitsui ni chain dari Jepun dan Premium Outlets adalah chain dari US.


Wiken memang tak terpikir laa nak gi sebab tau memang akan bertempur dengan orang ramai. Lagipun, wikdays aku dah berulang ke Sepang. Wiken tak teringin langsung nak ke arah sana. Walaupun kadang-kadang kena ke sana jugak sebab hantar Eddie hehe.

So aku pun plan laa satu hari untuk aku melawat tempat yang memang sangat tergedik-gedik aku nak lawat nih. Saje aku tunggu July sebab diorang cakap masa yang pergi awal-awal dulu, banyak lagi kedai tak bukak. July baru banyak bukak. So, tunggu laa smapai July.


Tiba laa hari tersebut iaitu semalam. Aku berdua je dengan Ajis. Ajis ni officemate aku. Memang kawan aku dari zaman MMU. Sebenarnya roommate Eddie dulu. Bercinta pulak dengan kawan aku. Ehhh banyak laa sejarah hahah. Pastu aku recommend dia kat tempat aku. Last-last skang dok sebelah-sebelah kat opis haha.

So kami pun meneruskan laa plan berjalan-jalan dikala opis hour sambil takut-takut sket terserempak dengan big bosses kihkih. Takut-takut pun sebab otak dah pikir shopping. Kejap je dah lupa kihkih. Alang-alang dah sampai, memang pikir nak shopping raya je.

Besar jugak tempat dia. Dua tingkat je. Tapi very spacious. Fully indoor. Tak macam JPO kena elak-elak hujan hahah. Dan betul laa orang cakap. Masih banyak lagi yang tak bukak. Banyak lagi kedai yang ditutup dengan billboard. Takpe. Sabar iLa. Opis dekat. Hari-hari pun bule singgah. Phewww.. Paling jahat bila berjalan lepas gaji masuk. Very the jahat. Haha. Oh well.. when it comes to shopping, bila-bila masa pun jahat sebenarnya hehe. Diri sendiri laa kena control kan.


Ehhh.. tertepek gambar sendiri pulak :p Masa ni tengah tunggu Ajis try baju. Boring-boring selpie ler sket sebab seminggu ni aku pakai shimmer shawl baru hahaha. Entah pape.


Cumel kan sneakers ni. Geram je rasa nak beli. Tapi nak kena tunggu bawak dak gedik sekali baru beli. Malas kang beli tak muat kang satu hal pulak. Sneakers kat Nike, Adidas, Puma and Converse sebenarnya pada aku skang ni macam tak bape banyak choice sangat. Jenuh aku pusing empat-empat kedai ni mencari yang cantek. Tapi entah pape je yang ada. Sebab aku memang nak tambah sneakers lagi satu. Tu yang on eye kat semua kedai kasut. Malangnya takde yang cantek. Aku rasa mungkin sebab time opening hari tu ramai yang dah borong. Because it's quite cheap actually. So korang-korang kalau nak cari kasut, tunggu laa lama sket. Kot-kot ada restock baru. Kalau datang skang ni macam rugi sket.


Overall, pada aku Mitsui ni okay-okay laa. Mungkin kena tunggu lama sket bagi semua kedai bukak baru meriah kot. Tapi walau cane pun, still takleh compare dengan JPO. Banyak brand JPO yang diorang takde. Cuma sebab JPO tu jauh kan. So Mitsui ni pun jaaaadi laa hehe.

Friday, 3 July 2015

Capal

Hari tu kat MSU tempat An study ada flea market. Standard laa jual macam-macam kan. Pastu An ada send gambar ni kat family group kami.


Cumel tak?

Cumel gila kot! Booth ni booth kawan An jugak. Dia jual macam-macam bentuk capal untuk budak. Cumel-cumel je semuanya. rm20 je sepasang. Elok pulak nak raya ni. Sebat ler satu. Eh bukan aku yang sebat. An yang belikan untuk anak buahnya itu. Tapi dia belikan yang takde getah kat belakang. Just capal biasa. Sebab yang ada getah ni untuk budak kecik lagi.

Bila sampai kat rumah, suka gila dak gedik try-try pakai. Over sangat muka. Dok ketak-ketuk berjalan sambil menyengih. Tapi skang ni dok try pakai-pakai dalam rumah je dulu. Sebab capal kan dia keras sket. Walaupun dia memang takde problem dah pakai selipar, tapi nak biasakan dulu pakai sebab capal ni keras, takut tersadung pulak. Naya je.

So dak gedik officially dah ada capal raya! Hahaha.. baju-baju raya semua kat Hong Kong lagi. Belum travel sampai sini lagi kihkih. Tahun ni Eddie je yang shopping kan baju untuk anak. Sebab bila masanya entah aku nak keluar. Dah dua minggu ni aku dok swap kereta dengan abang sebab dia nak serviskan kereta aku. So carseat pun aku malas nak pasang. So dok je laa kami dua beranak diam-diam kat rumah ye hehe.

Thursday, 2 July 2015

PR1MA

Korang dah register?


Kalau belum, sila lah regsiter. Benda baik kan, kena laa share. Ni peluang yang Kerajaan bagi untuk kita middle income beli rumah sendiri. Unless gaji korang dah lebih rm10k, then korang takyah ler nak gatai-gatai apply. Tak sesuai ye haha. Beli je sendiri, tak perlu register untuk rumah murah.

Mesti laa korang teringin rumah sendiri kan? Aku nak. Even Eddie dah ada rumah untuk kami, aku nak kumpul asset aku sendiri. Aku nak ada rumah sendiri. Rasa kepuasan diri sendiri tu macam tercapai hehe. Oh.. aku nak sambung study juga. Tu kepuasan diri paling optimum. Cuma tak tau nak further field mana. Tengah pikiaq. Eh.. dah melalut cite pasal study la plak haha. Okey, kesimpulannya, sila laa apply kalau teringin nak beli rumah sendiri.

Wednesday, 1 July 2015

Maybelline

Pretty colours isn't it?


Hari tu ada staff sale kat opis aku. Biasa laa.. everytime nak tukar inflight catalog baru, diorang akan clearkan barang-barang lama so that barang-barang baru bule masuk. Barang lama pun bukannya lama sangat. catalog tukar every year. So barang-barang ni pun umurnya dalam setahun jagung je gitu ekeke.

Yang paling best, diorang jual muraaaaah. Yang ni sebenarnya travel set exclusive. Dalam satu set ada 9 batang lipstick. Since masing-masing ada kaler tersendiri, kitorang beli satu then amik mana-mana kaler yang suka. Aku amik dua ni. Aku suka kaler nude-nude. Konon macam tak pakai lipstick laa hehe.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...