The Entourage

Friday 12 April 2013

Honeymoon (Part 4): Disneyland!

Err.. entry Disneyland aku sangat panjang. Korang nak baca ke? Gambar pun banyak. Aku rasa baik aku banyakkan gambar dari membebel, betul tak? Ahaks.

Having His Scrumptious Breakfast

We're Ready For Disneyland!

Pagi tu kami breakfast kat rumah dulu sebelum gerak. Almaklumlaa.. kat dalam Disneyland tu makan mahal. Kedai makanan halal pun satu je. So yang mana bule save, kita save laa kan. Aku buat cheese tuna sandwich, dua set sorang. Necafe sorang satu mug. Hamek. Memang kenyang sampai tengahari.

Ticket masuk dah beli siap-siap kat airport hari tu. Cumel kan gambar Toy Story? :)

Oh by the way, tu laa bedsheet yang kami beli kat kedai Jepun hari tu. Sangat lah perempuan kan. Sebab memang aku yang pilih pun :p

Cari Jalan.. Cari Jalan..

Depan Rumah Je Ni

Oh gambar atas tu sekadar gambar hiasan. He knows Hong Kong like the back of his hands now. Hafal semua dah. Tapi saje aku nak snap gambar dia konon-konon tengah cari jalan. Hak hak.

Inside Disney's Train

Lots Of These Kinda Statues In The Train

Cumel Tak Train Dia?

Siap Ada Station MTR Sendiri Okeyh

Ni laa Disney Train.  Sangat cumel dari luar. Bila masuk dalam lagi cumel rasa tak nak keluar (dah laa kat luar sejuk!). Train ni memang satu-satunya train yang memang to and fro ke Disneyland sahaja. Ko nak pergi Lan Kwai Fong ke, Mongkok ke, Kowloon ke, memang tak sampai laa. Special untuk orang nak datang dan balik dari Disneyland sahaja.

Dah Sampai!

Nape Awak Buat Muka Gitu?



The Entrance
Dia Tengah Smoke Break Sebenarnya Ni

Muka Excited Nak Masuk

Cepat Laaaaaa

Kawasan kat luar Disneyland tu very-very spacious. Nak jalan masuk tu pun jauh amat. Yer laa.. to cater thousands of people visiting everyday kan. But seriously ramai, I tell you. We went on Wednesday. Hari kerja kan. Ingatkan takde orang. Tapi still sangat-sangat ramai sampai terpikir-pikir ada public holiday ke kat sini? Takde pun. Memang Disneyland ramai setiap hari. Triple up on weekends.

Jauh Okay Nak Masuk Ke Dalam

Goofying Around

Mickey On A Whale

Daisying Around

Lepas berjalan dalam 1km, baru laa jumpa dengna fountain ni. Ada character-character Disney. Kat sini je dah terpesona nak amik gambar banyak-banyak, sampai lupa sebenarnya perjalanan kami jauh lagi. Ehee.. memang ramai pun yang snap-snap gambar kat sini.

Sejak dari berjalan masuk from main entrance lagi dah ada music-music Disney. Oh so nice terasa macam zaman kanak-kanak lagi. Teringat gown-gown Cinderella aku masa aku kecik-kecik. Kat sini sangat banyak jual and you can see lotsa kids yang beli and terus pakai the whole day here. Pastu pergi amik gambar dengan Disney character. Ehehe.. bestnya jadi kanak-kanak.

Time Ni Dah Penat Dah Berjalan Sebenarnya

Saje Tepek Gambar Kitorang Kat Sini

A Pretty Picture
Tepek Lagi Gambar Kami
 Dari fountain tu nak masuk ke Mickey Mouse besar ni kena berjalan lagi about 1km lagi. Pandai diorang ni buat planning untuk Disneyland. Memang jauh. Tapi bile time ramai orang, memang perlu laa ada space besar macam ni kan.

Main Street USA

The Souvenir Shop

Ni ene Yang Suruh

Endless Rows of Pens & Pencils

Masa Ni Tak Ramai Lagi

So Comel The Waffle. But RM20 Per Piece

Kena Paksa Amik Gambar :p

Full Of Mainlanders

Coffee Time!

How Nice If I Could Eat All Of These!

Bayar Jangan Tak Bayar

Mana-Mana Pun Mickey Mouse

Aku Nak Bawak Balik Cawan Ni

Nak Naik Tapi Asik Penuh Jeeee

Ni gambar-gambar around Main Street USA.  Suka kawasan ni. This section memang takde any rides pun. Tapi ada lots of souvenirs shops, bakeries and cafes. Masa ni agak sejuk jugak so we decided to stop at one of the cafe to get our coffee. Padahal dah minum nescafe kat rumah. But having a hot coffee on cold days like this really a pleasure for me. Sedap gila aku rasa.

Kami masuk souvenir shops tu tengok-tengok je. Tak plan nak membeli lagi sebab malas nak pegang barang banyak-banyak. Banyak lagi tempat nak pusing-pusing, so we decided to shop lepas habis pusing semua tempat. Souvenir shops dia besar gila. Dan banyak. And you can play around with the stuff without ever being scolded by the staff. That was exactly what I did. Ehe.

Tomorrow Land!

Jahat Budak Ni

Autopia

I'm Drivin'!

Kami Lagi

To Infinity & Beyond!

'Sayang, nak air!' 'Okeyy..'

Food Court. Tapi Tak Halal

Tomorrow Land

Tak Main Pun Benda Ni

Lepas Main Street, sampai pulak kami ke Tomorrow Land. Ala-ala futuristic gitu laa tempat ni. Boys will like it, with the Buzz Lightyear and rockets and futuristic cars. Girls they will still love going to the Fanstasy Land, I think. Where Cinderella, Snow White and Rapunzel lived.

Aku rasa macam dah panjang sangat enty ni. Takut korang tak larat nak baca je. Aku pun tak
larat nak type hak hak. Next entry will be about Fantazy Land okay? Stay Tune!

5 comments:

  1. wah seronoknyeeeeee.....i wish i can be there someday....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehehe insya allah ecah.. memang seronok sangat :)

      Delete
  2. suka tengok sume gambar sebab u nampak super duper happy :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh memang happy sangat u! nanti kalau ad rezeki pegi tau. best :)

      Delete
  3. Assalam zila,
    OOhooiiiii bestnya disney
    iols tak dapat p hong kong masa company trip coz time tu baru join company sob3
    kalo dak mesti syiot kan3

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...