The Entourage

Tuesday 18 November 2014

Sabtu Yang Best!

Haih.. cerita dah basi.. baru nak upload haha.

Kena upload jugak sebab aku kan jarang outing dengan family kecilku. Bila dapat outing sangat lah bahagia rasanya. 

Ada sekali tu masa wiken-wiken yang Eddie balik. Sebelum balik ke rumah Eddie kat Gombak, aku ajak dia pusing-pusing Mid Valley. Saje je sebab rasa dah lama tak gi mall. Sian kan aku. Eddie pun ikutkan je. Dia pun baru teringat nak tukar duit kat situ. Situ kan banyak Forex.


Sampai-sampai Mid Valley terus ler carik makan. Lapauuu. Kami ke Chili's. Sorry laa tade gambar food sebab macam malas pulak. Dok sibuk amik gambar dengan anak je. Masa ni Eddie baru dapat ipon6 nya. Try-try laa cameranya. Tapi asik blur je bila Eddie snap. Haih tangan tak bedung tauu. Haha. Gambar dak gedik yang tengah belek menu kat atas tu aku yang snap. Haaaa.. sila compare hahaha.



Lepas dah kenyang makan, baru laa bule pusing-pusing kan hehehe.. Sambil-sambil tu kami masuk laa kedai-kedai luggage. Baru teringat nak cari. Masa ni sebelum trip Melbourne. Ingat tak aku pernah cite, beg gabak kami telah hancur musnah pecah dan tercabut tayar masa trip Gold Coast? So memang kami memerlukan ler sebuah luggage bag yang gabak untuk kami tiga beranak. Kalau travel, aku memang suka sumbat suma barang dalam satu beg besar. Sebab kalau beg banyak-banyak susah. Sebab aku kan ada baby. Pastu strollernya lagi. Diaper bagnya lagi. Susah ler tangan penuh kan.

Sempat bergambar dengan beg hehehe. Akhirnya kami beli Lojel. Japanese brand katanya. Sebelum beli siap research kat youtube hahaha. Eddie yang particular sangat bab brand-brand ni. Kalau aku, beli kat Sungei Wang pun bule kahkah. Size paling besar kami amik. 31" ekekek.

Ada tiga warna masa tu. dark brown, mustard and apple green. Eddie nak brown, dia cakap tak nampak kotor. Aku rasa macam tak cantek. Dull. Boring. Hahah. So aku cakap amik apple green. Senang nak nampak dari jauh kahkah. Dia pun layankan aje. Phew.


So lepas bayar, kami pun sambung ler jalan lagi. Teringat pulak tadi ada terlalu kat Garrett tepi Chili's. Terus ajak Eddie gi sana balik. Teringat itu Macadamia yum yum. Pastu Eddie suruh mix dengan Almond. Dia nka try. Aku pun ok je laa. Sekali bila nak bayar, kat counter diorang letak dalam paper bag tu sekali dua medium pack. Satu almond, satu macadamia. Hahahhaa sudah misscommunication rupanya. Tape.. more Garrett for me kihkih thank you hub hub.


Lepas beli tu, kaki pun dah penat berjalan. Kami pun beransur ler pulang. Dak gedik pun dah tertido-tido dalam carrier. Sian kat dia. Sebenarnya dah lama kami tak bawak stroller dia bila kuar. Bawak carrier lagi senang. Tak perlu asik dok nak cari lif. Dak gedik pun lebih suka melekat atas dukung. Suka beno dok dalam carrier. Hehe. Rasa macam rugi beli stroller sebenarnya hehe. Kami lebih banyak pakai travel stroller je sebab ringan dan umbrella-like. Stroller lagi satu tu dok terperuk je dalam store.


Malam tu, as usual, lepas dinner kami akan keluar gi Manjaku cari barang-barang dak gedik. Tadepe nak beli sangat pun. Saje pusing-pusing kot-kot ada yang terlepas pandang. Lepas dah bayar semua, kami ke Wangsa Walk pulak, aku nak tukar screen protector ipon5 ku yang tua itu. Dah comot-comot. Cian dia. Eddie pun nak cari dia punya jugak. Malangnya ipon6 punya belum keluar lagi kat mesia kihkih. Sabo yee. Kasik jalan saya punya tukar dulu. Awak gi cari kat Hong Kong je la kahkah.

Kami pusing-pusing kat Wangsa Walk tu. Pastu gi cold storage cari avocado je. Hahah gedik. Pusing-pusing lagi sampai ler Wangsa Walk tutup. On the way balik tu, singgah pulak Starbucks drive-thru sebab nak habiskan credit dalam card. kami try yang flavour baru tu. Sedap jugak. Tapi Dark Caramel tu lagi best dari French Vanilla.

Okay dah tu je cite aku. Hehe. Seronok sangat bila Eddie ada sini. Selalu melayan karenah kami. Dia tau, dia jarang ada kan. Bila sesekali dia ada tu, sehabis boleh dia try untuk buat kitorang happy. Thank you, hubby. :)

2 comments:

  1. alamakkkk..mcm rase bersalah la pulak sbb pasal i nak tlg angkatkan terus tercabut handle luggage u..sorry!..

    ReplyDelete
  2. Penuh aktiviti yerp. Dah lama tak pekena garret popcorn. Suka macadamia jugak ☺

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...