The Entourage

Wednesday, 4 February 2015

Resign.

Aku tak tau nak start cerita macam mana. Hati aku berbelah bahagi pada mulanya. Dari dulu pun berbelah bahagi. Sebab aku sangat sayang kerja aku. Aku sangat sayang company ni. Kat sini laa aku belajar macam-macam. Aku belajar benda yang diluar bidang aku. Aku ada Diploma in IT dan aku ada Degree in Business Management. Tapi kat sini, aku belajar engineering. Aircraft engineering. The twist of life kan. Haha.

And kat sini jugak laa aku dapat peluang pergi Europe. And join marathon kat Australia. Semua company tanggung. Dan juga dapat travel macam-macam tempat dengan tiket yang super murah. Kalau orang dengar aku nak resign, semua cakap aku tolak tuah. Yeke? Hehe.. well, they are not in my shoes.

Alhamdulillah, aku bersyukur dapat peluang kerja dengan company yang best macam ni. Bonus dan increment every year. Boss pun best. They know how to give appreciation to their staff. Takkan aku sangkal sikit sebanyak aku rasa sayang nak tinggalkan company ni. Tapi I need to set my priority straight. Ye tak?

Dan priority aku skang ada mereka berdua ni...


Betul.. ada orang cakap, "Eleh.. aku pun ada anak jugak. Okeyyy je kerja." Hehehe.. Tu kau. Bukan aku. Nak hantar nursery pun aku tak berani. Even masa dak gedik keluar dulu, Eddie plan nak amikkan maid untuk tolong mama and aku jaga dak gedik since dia takde kat sini nak tolong-tolong. Mama tak nak. Dia cakap, "Maid orang luar, kita tatau history dia macam mana. Takpe.. biar mama je jaga dia. Insya Allah, mama larat. Doakan mama sentiasa sihat je."

Ada pulak orang cakap, "Eleehh.. anak-anak aku semua maid jaga. Okeyyy je membesar. Siap manja lagi dengan maid." Hehehe.. tu kau. Bukan aku. Kau memang bangga pun malam-malam bila anak takut, lari carik maid, instead of kau, mak dia. Kalau aku laa, sumpah aku malu. Jatuh maruah aku sebagai seorang ibu bila anak prefer maid dari mak dia sendiri. Toksah nak compare-compare life kau dengan life aku. Kita sikit pun tak sama.

Kalau pikirkan apa orang cakap, memang life kita pun akan disusun oleh orang-orang macam ni. Mungkin pada orang-orang macam ni, bila duduk rumah kita akan jadi bodoh. Tak buat apa-apa. Unlike diorang ni yang career woman kononnya. Hahah.. lucu. Duduk rumah, besarkan anak-anak and jaga makan pakai husband, tu bukan saham akhirat? 

Mungkin dari zaman mama dulu pun, kami dibesarkan oleh mama sendiri. Tak pernah hantar orang jaga. Dia sendiri pun resign dulu sebab anak dah tambah dua. Nenek aku tak larat dah nak jaga kami, so dia resign and jaga kami. Dia selalu cakap, " Selagi bukan darah daging yang jaga, jangan expect yang terbaik dari diorang." And because of that, dia janji nak jaga dak gedik sampai bila-bila yang aku perlu.

Aku terharu sangat dia cakap macam tu. Sebab aku tau, dia bukan larat sangat. Tapi sebab darah daging punya pasal, dia gagahkan aje. Adil ke aku buat dia macam tu? Tak adil. Dia pun ada life dia sendiri. Dah besarkan anak lima orang. Pastu nak tambah pulak besarkan cucu. Hmm.. cukup-cukup laa tu aku menyusahkan dia.

Eddie sentiasa bagi aku pilihan either nak terus kerja or resign. Dulu aku rasa okay je kerja. Tapi bila dah setahun lebih jauh dari dia, plus dah ada si kecik ni pulak, aku rasa unfair untuk Eddie and anak dia jauh. They need to be closed to each other. We need to be closed to each other. It's not healthy dak gedik membesar jauh dari abah dia. Kalau aku kerja jugak, maknanya I'm being selfish. Choosing career over family. And it's not right at all.

Eddie supports my decision either way. Aku ada cerita kat dia jugak pasal dilemma aku ni. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang husband yang sangat memahami. Dia tak kisah apa pun keputusan aku. Kalau aku tak nak kerja sampai bila-bila pun takpe. And dia tanya if aku nak sambung study or do any business on the side. Dia akan support banyak mana yang boleh, Insya Allah. Futher study tu memang dream aku ler sebenarnya. Tapi aku pun tak sure bule buat ke tak kalau tiba-tiba ada second dak gedik coming around. Haha.. Oh well.

Eh ok laa. Nanti aku sambung lagi. Panjang sangat nanti korang malas baca. Lalala..

10 comments:

  1. family 1st.... kita sokong Zila.... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Gudluck in ur future! In sha Allah ada rezeki luas yg menanti. :) syok nye dpt jaga anak dpn mata. Enjoy ur life.

    ReplyDelete
  3. i rase ape u tulis tu mmg sama je dlm fikiran kami2 ni.. i pun dulu bhenti kjap sbb nk concentrate nk jage umah n suami tp then keje blk sbb rase bosan and sbb duit jgak. itu u imagine la i xde anak lg tuh.even skrg i dh start rase nk bhenti jgak even company i skrg kire dh ok sgt. sbb umah pn kadang2 x terurus. luckily my husband jenis memahami sgt2..die sokong je ape i buat. cume die nk i pikir btul2 and xnk nnti menyesal. to me xde istilah menyesal pon one day sbb at one point mmg itu yg kite nk buat. dlm isu ni die xde wrong or right sbb masing2 ade hak utk tentukan hidup masing2..cume doa yg tbaik.

    ReplyDelete
  4. Setuju sngt...jgn comparekan life awk n life sy....setuju juga..kita ada reason msing2 utk xbekerja kan...insyaallah ini yg terbaik...

    ReplyDelete
  5. good luck...jgn peduli kata2 org lain.do what you think the best.pada kite kerja jadi housewife/full time mom lg hebat.im jealous right now...

    ReplyDelete
  6. i am with u dik!
    best of luck
    untung dak gedik
    untung la suami zila!
    take good care of them
    jgn menyesal dengan keputusan zila

    sis juga punya impian
    untuk sambung belajar
    sis dpt scholarship
    sis pi belajar
    tapi bila dilema anak2 dan suami muncul
    sis brenti belajar
    bayar balik scholarship sebab breach of contract
    sebab
    merekalah harta sis yang tak ternilai
    hanya kita yang tau diri kita dan keluarga kita
    buatlah keputusan yang terbaik utk diri kita sendiri
    set our priority!

    ReplyDelete
  7. Tahniah...pilihan yg bijak.
    kita pon nk cmtu gak tp xtau bila.mybe bl dh stabil ckit kita pon nk resign gak la.

    eh...kita ambik akaun tp skrg keje engineering....ekekekeke...lari gila

    ReplyDelete
  8. Assalam zila,
    ada yer orang cakap macam tu??????????
    pedulikkan
    iols ni pun kalo boleh memang cita2
    nak jadik fulltime housewife/mom hokeyh :)
    My dream tu hokeyh :)
    bertuah uols tau

    ReplyDelete
  9. Resign kat tempat sekarang bukan bermakna tak boleh kerja kat tempat lain. Part yang anak manja dengan maid tu something wrong la mak dia...Kalau saya pun malu. Either you resign or not please keep blogging okay...

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...