The Entourage

Sunday 30 November 2014

Perihal Susu

Skang ni dak gedik semakin kuat minum formula milk dari susu au naturale. Mungkin sebab umurnya dah setahun. Dia makin kuat minum susu. Aku pulak makin penat nak produce. Kadang-kadang rasa sangat penat nak pergi ke surau dua kali sehari untuk itu. Dulu aku bule dapat 18oz sehari. Skang ni aku cuma bule bawak balik 10oz paling banyak. Dia minum dekat 18oz setiap hari. Mana nak cukup.

So itulaa bermulanya moment aku campur susu. Puas dah aku beli susu macam-macam. Dia tak nak. S26 Gold sudah. Enfalac sudah. Pediasure sudah. Susu soya Isomil pun sudah. Semua direjectnya. Since semua dia reject time tu, memang aku terpaksa ler paksa diri untuk produce lebih banyak. Sebenarnya kalau gigih and determination tinggi, cukup je. Tapi aku yang dah penat haha. Penat dan susah kalau time travel. Nak kena cari tempat yang selesa. Baju pun takleh pakai sembarangan.

So satu hari ni, aku rasa macam nak try je beli apa-apa susu. First susu yang aku jumpa, aku capai. Kot-kot dia tak nak, sedekah je kat sape-sape. Aku akan buat macam tu sampai la jumpa susu yang dia nak. First susu yang aku nampak adalah Sustagen Junior Formula 1. Chocolate flavour. Aku terus grab bawak balik rumah. Bancuh terus sua kat dak gedik.

Dia nak!

Suka sangat!

Minum sampai habis~!

Alhamdulillah.. selamat duit mummy. Hehehe.. takyah beli banyak-banyak try-try. Rupanya memang budak Sustagen ye ini budak. Awat laa tak habaq. Senang mummy borong kat Manjaku nunnn.

Tapiiiiii..

Dia hanya suka yang coklat jeeee.. hahahahaa. Adoi laa anak. Banyak karenah betul. Tapelaa.. coklat pun coklat laa. Yang penting, cukup zat dan vitamin.

So since dia dah start depending on formula. Aku kena laa cari accesories dia kan. Aku dok tengok-tengok milk powder dispenser dia. Since benda ni memang untuk pakai time kat luar, aku nak ler cari yang lawa sket hehe. Yang lawa and opkos yang prctical laa kaan. Browse punya browse, aku jumpa ni.


Cumel gila kan? Siap ada pouch dia sendiri. Moo moo sangat! Aku pulak yang geram tengok. Eddie tanya perlu ke case banyak-banyak. Aku cakap perlu je sebab bule letak food dia sekali. Plus, kalau tak nak bawak semua, benda tu kan bule simpan separuh kat rumah. Tak perlu bawak empat tingkat sekali kalau setakat nak jalan dekat-dekat.

Lagi satu menda yang aku tengah eye on adalah Botol Tommee Tippee Best of British. Homaaaai.. cumelnyaaaaaaa! Yang ni Eddie memang tak bagi aku beli sebenarnya. Sebab botol susu banyak je kat umah tu. Sebelum bersalin hari tu, Eddie beli kat Hong Kong Tommee Tippee sterilizer sekali dapat empat botol susu. Siap ada yang tak pakai lagi. Tapi Best of British ni limited edition. Cumel-cumel pulak tu. Cuba korang tengok.


Kiut kaaaan? Aku nak yang Big Ben merah dengan double decker tuuuuu. Huwaa.

2 comments:

  1. Saya pun nak start campur susu.Sekarang kalau keluar bg susu kotak Dutch Lady Kids jer kalau malas nak breastfeed. Tengah cut down waktu pumping sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Cute tu milk dispenser tu. Botol TT memang comel design nya. Beli...jgn tak beli ☺

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...