The Entourage

Wednesday, 10 September 2014

Hijab


Tiba-tiba terjumpa gambar ni.

Sekarang aku di tangga ketiga. Dah banyak aku kasik orang baju-baju aku yang tak cukup kain dulu. Tapi aku tau masih belum cukup. Bila ye aku nak naik ke tangga teratas.. Eddie memang tak pernah paksa aku. Aku tau dia tak nak paksa sebab dia nak aku pakai bila betul-betul dah ready. Kadang-kadang tu ada laa ayat-ayat dia yang aku tatau bagi jawapan apa. Macam kadang-kadang aku suka share gossip celeb dengan dia. "Neelofa dah pakai tudung." or "Cantiknyaaa Ummi Nazeera pakai tudung." or "Lawa sungguh ler Vivy ni lepas pakai tudung." Ayat yang menyusul dari Eddie adalah, "Wifey saya pun cantek jugak kalau pakai tudung.."

Aku macam.. hahaha.. jawapan standard aku adalah, "Insya Allah.. nanti k." Lalu jawapan dia pun, "Ok." Tak pernah dia paksa or gunakan kekerasan pada aku. Walaupun dia tau, sebenarnya tak salah kalau dia paksa aku pakai. Dosa aku, dia tanggung. Aku tau tu (tak perlu ada orang lain nak ingatkan aku). Cuma dia memang jenis tak suka paksa aku buat apa-apa. Dia nak aku buat apa-apa dengan rela hati. Thank you, hubby. I love you for that. Insya Allah, doakan saya cepat-cepat pakai tudung ye. Tak perlu mintak duit pi salon dah hehe.

18 comments:

  1. xpe..pelan2

    sy 6 & 7.kdg2 yg tu kdg2 yg ni.itu pon scara x sengaja dpt panggilan ke Mekah 3 thn lalu.klau x sy pon still kt no.3 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh zai dah dekat dengan tangga teratas tuu.. bestnyaaa.. alhamdulillah.. apa lagi zai, angkat kaki sebelah, naik satu je tangga lagi untuk sampai atas hehehe

      Delete
  2. babe, dieorg nie adik beradik mmg sama kan..iwan pun xpenah paksa i..bile i kate yg i nak berhijab, die kate. "alhamdulillah..tp make sure pakai terus..i xnk u pakai setengah jln"..hehe..

    xpe babe, bile nawaitu dh ade, insyaAllah..ade org lain ingatkan u ker babe?..silap2 yg ingatkan u tuh pun pakai tudung pun xbetul lg..ehhh, enaf falsya enaf..ahahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaan.. diorang adik beradik sangat laa memahami.. alhamdulillah dapat orang cenggini jadi husband. hahahaha.. ada orang ingatkan i pasal solat. katanya i tak solat, husband yang tanggung. err.. like i dunno. kadang2 orang2 ni cakap tak nak beralas. dia tak rasa ke orang akan kecik ati dengan apa yang dia cakap?

      Delete
  3. x sabr nak tgok zila meningkat ke tangga teratas..
    insyallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe insya allah. doakan aku ye. :)

      Delete
  4. totally understand how you feel bebeh..its just that in my case,my hubby bg timeline. mula2 die mmg x paksa tp dtg 1 time die dah start bg nasihat2 smpai i pun last2 mengalah.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah diorang mesti la nak yang terbaik utk kita kan. kita sebagai isteri kena la ikut hehehehe

      Delete
  5. takpe. slow2 kak.
    at least kita dah berubah ke arah yang lebih baik. :)
    sama macam my SIL. ktorang tak pernah paksa dia berubah dan follow cara keluarga kami.
    tapi Alhamdulillah, dia dah slow2 berubah atas kehendak diri dia disamping tambah pengetahuan agama. sy faham, bukan senang nak berubah 100%.
    sy doakan akak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yeke awak.. tq awak.. doakan kita eh.. benda ni wajib. takut dah sbnrnya huhu :(

      Delete
  6. tuhdia! mmg babe aku pon tak penah ready. tp nak tuduh sapa? syukur kita dilahirkan islam. takkan nak kate belom sampai seru? haih. ini kate dri sndri. insyaAllah beb masa ko akan dtg nnti and ko akan regret sgt knapa tak pakai lebih awal. sweet sgt aku tgk semua wanita berhijab nih. seriusly. dulu tak nampak pong. ahaks. bab hubby tuh dia penah ckp sekali je, dia tak paksa. tapi benda tuh dia ada bagi tau Allah dah letak WAJIB. so sendiri mau ingat la terpaksa ke tdk nye babe. kekekekekke. tu kesedaran sendiri la.. dia ade bg timeline, lama lagik. sarah akhil baligh tp aku rasa cam lama sgt. konon kan nak jadi ibu cth. konon. aku doa yang baik2 babe. insyaAllah. nanti hati merelakan sendiri. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Allah dah letak WAJIB. so sendiri mau ingat la terpaksa ke tdk nye babe. kekekekekke. tu kesedaran sendiri la.."

      Ayat ni paling terkesan kat aku beb. betul juga sbnrnya. kita ni dah lama sangat tak pakai tudung, sampai terlupa sbnrnya tutup aurat tu mmg dituntut. bukan optional. thanks beb.. doa kan aku banyak2 eh.. aku pun tgh doa untuk diri sendiri ni heheheh

      Delete
  7. Inshaa'allah. Step by step. Aku doakan dari jauh.

    ReplyDelete
  8. Insyaallah...slow2 n istiqamah...insyaallah berkekalan...cik mah pun slow2 juga utk jadi lebih baik...moga2 sama2 kita berubah lebih baik kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah cik mah. aminnn :)

      Delete
  9. takpe.slow2...sikitt-sikit..lama lama menjadi besar perubahan itu ;)

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...