The Entourage

Saturday, 27 September 2014

Iphone6



Lambat pulak update pasal iphone6 kahkahkah. Busy dengan benda lain.. Gitu ler.. Ada sape-sape yang dah pre-order iphone? 

Personally aku suka yang iphone6 plus. Orang kata alang-alang nak membeli kan. Beli yang besar terus. Tapi Eddie tak suka. Dia cakap, ipad dah ada, kalau fon pun nak besar, dah jadik redundant. Ada betulnya jugak. Besar-besar sangat kang susah pulak nak selpi. Dia suka iphone6. Dia cakap susah masuk poket kalau iphone6 plus tu. Yerlaa, kita pompuan ni beg masing-masing gabak belaka. So tade problem. Eddie pulak bukan jenis yang bawak men's handbag. So memang masuk poket je. In fact tu pun dia dah mengeluh-ngeluh sebab iphone6 tu pun memang dah besar lagi dari iphone5. Aku suruh tukar je dengan aku. Aku oke je pakai fon besar. Wa tarahal punyaaa. Dan suggestion aku dibalas dengan bunyi cengkerik dan unggas-unggas saje hahahaha.

Hong Kong dah ada pre-order. Baru pre-order je. Tak sampai pun lagi. Eddie punya laa. Bukan aku. Tahun lepas dia belikan aku iphone5 untuk early birthday present. Masa tu iphone5 baru je lagi keluar. Kalau tunggu April birthday aku kang basi pulak hehe. Then tahun lepas jugak dia belikan ipad. Hadiah untuk aku bersusah payah preggy dan bagi baby kat dia katanya. "Nanti time pantang nanti takdelaa awak buhsan dalam bilik tak buat apa-apa." Kihkih sayang awak 200%.

So kalau aku mintak iphone6 pulak tahun ni.. korang rasa dia bule tukar jadik badan ijau ketul-ketul tak? Aku rasa potensi tinggi juga di situ hahaha.

2 comments:

  1. Hahahahaha die mntak ank lg 1 bru ko tau!

    ReplyDelete
  2. hahaha...cuba la try. :)

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...