The Entourage

Monday, 15 September 2014

SEPHORA vs. The Body Shop

Boycott: Ada yang dah langgar pledge? Aku tau ramai yang dah. Sebab McD dah penuh balik. Haha korang ni. Alhamdulillah, aku belum langgar lagi.

Hence, aku dah takleh beli barang-barang favourite aku kat body shop. Sedih memang sedih. Sebab dah lama aku pakai. Dan dah lama jugak laa aku bagi duit aku kat Israel. So since aku dah tau body shop Israel punya, terpaksa laa aku cari penggantinya.

Lalu aku jumpa SEPHORA! Yeayyy!

Best-best woo barang Sephora. Dari lotion, sampai laa ke makeup. Dah laa banyak range, colourful, pastu semua waaaaangi! Dan yang paling best, it's cheaper than body shop! Hehehehe.

Dulu aku ingat Sephora ni mahai bebeno. Nampak gaya kedainya macam jadik malas-malas je nak masuk kihkih.. Sekali bila aku masuk kat Hong Kong hari tu (sebab dah takleh masuk body shop laa kan), terus jatuh cinta! Gerammmm tengok barang-barang diaaa! Rasa nak makan!

So hari tu, aku ada laa beli satu creamy body wash tu. Saje nak try dulu. Banyak sangat kaler sampai tatau nak pilih mana. Last-last aku pilih Peony. Sebab pink. Ekekeke. Ohmaiiii wangi sesangaaaat! Memang lepas ni aku jadik pembeli tegar Sephora laa pulak kann. Yeayyy!


4 comments:

  1. Replies
    1. kan.. tak susah pun.. mana yang bule je.. insya allah lebih berkat

      Delete
  2. tak tau lak body shop tuh bg duit kt israel kan

    ReplyDelete
  3. rainbow sangat.....tu la..tengok macam mahal je...nak masuk pun takut-takut..hahaha

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...