The Entourage

Saturday, 25 January 2014

7th Maternity & Children Expo, MVEC

 

Ada siapa-siapa plan nak pergi? Aku nak!

Banyak jugak benda nak cari kat sini. Siap dah list down haha. Barang-barang biasa adalah barang-barang yang perlu direplenish seperti diapers, nursing pad and toileteries. Barang-barang yang tak biasa adalah sweater, seluar panjang, socks dan segala-gala yang tebal untuk Si Gedik.

Sebabbbbbbb..

We're going on a vacation! :DDDD

Since first family trip kami dah lebih kurang confirm, so kena laa cari barang untuk Si Gedik. Heheheh. Destinasi percutian adalah tempat yang sezukkk so terpaksa laa cari something proper untuk Emyr since dia takde sweater yang betul-betul sesuai untuk winter. Sweater yang ada skang ni ala-ala sesuai untuk aircond je bule laa. Nipis je pung. Kesian pulak kat dia nanti. Hopefully jumpa laa yang elok sket nanti.

Hari tu masa pergi JPO ada jugak winter clothing untuk kids. Banyak jugak. Murah-murah pulak tu. Tapi masa tu awal sangat lagi. Belum ada planning nak vacation kat mana-mana lagi selain dari Hong Kong. So takde laa terpikir nak beli. Kang beli awal-awal kang membazir pulak kalau tak gi mana-mana.
 
Okay laa.. siapa-siapa yang pergi hari ni good luck laa ye mencari barang. Kot-kot kalau berselisih bahu tu jangan lupa tegur tau!

2 comments:

  1. alaaaa nak pergi jugak... sobs (T_T)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diyana.. 28 ni ada lagi tau. kat klcc. nanti pegi eh :DDD

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...