The Entourage

Wednesday, 19 March 2014

Storksak!



It's here! Weehhuuuu! Beg yang dinanti-nanti dah sampai! Alhamdulillah.. Senang sangat deal dengan Azrina. Aku sangat berbelah bahagi tau nak amik yang mana satu. Mula-mula aku dah lock nak amik Caroline. Tapi tiba-tiba bila dah bayar semua, Azrina (Cik Penjual yang baik hati) upload pulak gambar Isabella. Homaiiii.. aku memang nak Isabella dari dulu lagi! Walaupun bukan Isabella Pebble, Isabella Nylon pun cantik juga. Gambar bawah ni adalah Isabella Pebble.


Malangnya mahal sangat ler. Tak mampu rasanya aku nak pakai. Sebab Isabella Pebble tu full leather. Tu yang aku tukar amik Caroline Nylon Black. Sekali bila tengok Azrina upload Isabella Nylon Black aku rasa macam cantik laa pulak kan.. Pastu tiga kali ganda lagi murah dari Isabella Pebble. Homaiiii! Bawah ni gambar Isabella Nylon Black. Cantik kan? Sumpah susah nak pilih.


Azrina sangat laa rajin melayan kerenah aku yang asik dok tukar-tukar haha. Susah betul nak pilih. Lepas dia amik dari supplier, siap snapkan gambar bagi aku senang pilih. Thank you Azrina sebab layan I ekeke. Gambar bawah ni ler yang buat aku tak keruan tak tido malam. Mana satu nak pilih pun tatau.


Aku forward gambar ni kat Eddie. Dia pilih Caroline sebab dia cakap Isabella tu yang ala-ala cushiony ni nampak macam diaper bag sangat. Betul juga. Tanya opinion mama and kawan-kawan aku, suma cakap Caroline jugak. Sebab motif aku nak membeli adalah supaya aku tak perlu bawak dua beg. Handbag plus diaper bag at the same time. Tapi kalau dah handbag pun rupa diaper bag, tu dah defeat the purpose. Tak perlu ler beli Storksak cam gitu. Pakai je beg free beli susu Mamil haha. 


Oh well.. terpaksa laa ku lupakan Cik Isabella kita itu. So, pada hari semalam yang amat bersejarah, sampai lah Caroline ku ke rumah. Dari pagi dok call mama tanya, dah sampai ke belum. Mama sampai malas nak layan hahaha. Sabar je laa yer mama.. Anakmu ini kepingin benau kan Storksak.

Tadaaaa! Balik-balik je dari opis terus terkam parcel yang gedabak ini.


Siap ada sticker cumel haa..


Tu diaaaa.. cantik berbalut Caroline. Abaikan anak bujang yang menggedik mintak attention kat belakang tu. Satttt lagi mummy bagi susu eh. Kasik can ler mummy nak gedek-gedek beg baruuu.


Business card katanya.. Hehehe.. kot-kot ler nak beli lagi satu. Ehhhh hahaha..


Okeyy dah bukak semua balutan dah.. Elok je berbungkus beg ni. Siap dalam dia disumbat dengan tracing paper so that bila diwrap dia tak penyek. Beg ni besar tauuu. Extra ordinary besar dari handbag biasa. Hence, the diaper bag la kan ekekke.


Warranty cardnya. Aku tunjuk kat Eddie menda alah ni laa untuk menguatkan lagi persetujuan untuk membeli Storksak. Dak gedik yang perlukan beg ni. Bukan aku pun. Hahahahahah. Lebiu hubby!


Antara features yang best kat beg ni adalah dia ada stroller strap. Senang nak sangkut kat stroller. Macam travel stroller aku, takde problem pun kalau nak gantung sebab dia umbrella stroller. So sangkut gitu je. Tapi stroller lagi satu yang Graco tu ler susah sket sebab handle dia bersambung dua-dua belah. So dengan adanya strollerstrap ni, senang ler nak gantung ehehhe.


Setiap beg comes with three accesories inside. Travel changing mat, tempat letak botol susu dan juga pouch kecik untuk mummy simpan segala mak nenek seperti lipstick dan juga wallet. Beg punya laa gedebak, barang mummy letak dalam pouch cumel tu je? Haih.


Ni interior dia. Ada lapan pockets altogether. Syiok wooo.. Semua benda bule letak dalam ni. Cari barang pun senang. Overall aku memang puas hati sangat dengan beg ni. Pasni kalau nak keluar, tak perlu dah bawak dua beg. Hanya bawak beg ni je. Beg dak gedik dan mummy all-in-one. Hehhe. Walaupun Caroline ni mahal sket dari Isabella, tapi berbaloi sebab dia lebih besar.


Eddie dah cakap awal-awal, beg ni kena pakai untuk lima orang anak, baru pulang modal. Erkk.

17 comments:

  1. renyah laa nak bawak 2 beg skali time kuar.. suami plak mmg jenis letak brg dia (wallet, hp, kunci etc) dlm beg kita jugak.. b'tambah2 brg... 1 beg yg besar amat diperlukan.. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh laa.. masa awal2 dulu renyah sangat rasa.. tu yang fork out jugak duit sket bli beg yang elok sket. takyah laa bawak banyak2 beg dah hehe.. kalau awak nak bgtau tau, kita bule mintak murah sket hehe

      Delete
    2. noted.. inshaaAllah akan dipikir2kan... hehe
      Thanks~~

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, gila lawanya.. adehhh. tergamam tengok harga. patutlah suami akak cakap pakai untuk 5 anak baru pulang modal. hiewhiew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tuh laa.. pricey sket.. tapi puas hati sgt sheila.. segala benda bule masuk dlm tu hehe

      Delete
  3. Samalah kita. Beli HB beso yg boleh disumbat suma brg termasuk barang hubby. Haishhhh...cantik lah bag tu. Terberkenan plak ☺☺

    p/s: yg kalerful kat macaroni smalam tu adalah food pick lambang bendera ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke kaan kdg2 hubby pun nak tumpang beg. kalau terkerkenan bagitau ye. kita bule mintak murah kat dia hehe

      Delete
  4. heheheeh aku jatuh cinta dgn poppy tapi x beli2 lagik.. sbb cam ko ckp la.. dia rupa diapers bag. huhuhuhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh aku juga! Lawa gila kot poppy dark blue! tapi time tu tam masuk mesia lagi. kena tunggu lama. so aku tak sabar, terus sambar caroline hahaha

      Delete
  5. pergh pergh..stress tgok..nak jugak!haha..lawa sangat..mmg kena pakai utk 5 org anak ni..satu team bola pon xpe!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kaaaan baru laa berbaloiii

      Delete
  6. I have one storksak jugak..tapi tak berape suka nak pakai except kalau travel jauh sikit..I still prefer my longchamp...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yeke fiqah.. fiaqah punya storksak apa? haa nak tengok longchamp tu plisss.. share laaa

      Delete
  7. sis sedey sangat
    masa zaman sis tak tau benda2 gini
    skang rasa bestnyaaaaaaaaaaaaaaa ada baby
    sebab byk betul benda2 yang baby friendly
    dari baju pregnant yang comel
    sampai la brg2 baby dan breastfeeding mom yang comel dan cute
    ohhh how i wish all that
    zaman sis ada, tapi limited choice and fashion
    hari tu member bersalin, 13 years kawin baru dpt anak tau
    memula nak beli beg ni gak utk dia
    end up sis beli lain hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe yeke kak.. tape.. kalau tak bawak diaper bag pun, jadikan ini henbeg pun ok apa.. versatile hehe

      Delete
  8. wahh..beg baru...love that feeling when we get new things. mesti teruja sangat2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaann.. sangat teruja.. sentiasa kasi alasan nak kuar sbb nak try beg baru haha

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...