The Entourage

Thursday, 17 July 2014

Zalora: Lagi & Lagi

Hari tu ada dapat lagi 20% off voucher dari Zalora. Memang selalu je Zalora bagi sebenarnya. Kalau korang subscribe kat email. Tiba-tiba ada je dia hantar. Selalu aku memang tak pandang sangat ler setakat 20% tu. Banyak mana je dia potong. Still mahal. Biasanya aku akan membeli-belah kalau voucher yang dia bagi tu 25% and above. Baru laa berbaloi kan. Sebab apa-apa pun aku memang kena spend rm75 and above untuk waive postage fee. Bukan apa, rasa membazir pulak nak bayar postage tu. Baik start kereta pergi mall. Kan?

This time aku dapat 20% off voucher je. Saje je laa browse-browse apa yang menarik. Tiba-tiba ternampak kat website dia tulis if check out using mastercard dapat 10% off lagi. Hanya setiap hari Khamis. Wow.. itu sudah 30% off dah tu. Macam best je. Terus aku sambar mana yang patut.





Baju putih tu macam inner. Aku nak pakai dengan kaftan raya ni. Yang lain tu flats untuk pakai gi keja. Since kami dah ada untuk planning tahun depan, aku refrain diri aku untuk beli stilettos dah. Sebab aku tau hanya tahun ni je aku bule pakai. Tahun depan takleh dah. Apa planningnya? Bukannnn.. bukan nak preggy lagi haha. Nanti laa aku cite bila dah betul-betul confirm k. :)


Cuba tengok berapa banyak discount yang dia bagi. Aku rasa berbaloi sangat. RM45 off tau. Lepas ni memang aku akan tunggu hari Khamis je untuk shopping. Hehehe. I love Zalora!

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak, wahh bestnya dapat banyak less, kira jimat banyakkk ni.. sheila pun tengah tunggu suami buat pilihan kat zalora. dapat voucher hiewhiew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheila.. yup yup jimat sangat hehehe. tiap kali voucher rasa tatau nak pilih mana :p

      Delete
  2. waa, jimat tu..sy biasa shopping kat zalora setahun sekali aje, itu pon sebab order handbag utk mak mertua dekat kg..birthday gift la kononnya, hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke.. zalora murah emma.. selalu bagi voucher pulak tu

      Delete
  3. flat tu boleh thn.. tkut x sedp kaki je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm dah pakai. tak sakit! yeay!

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...