The Entourage

Saturday 9 August 2014

Singapore Chili Crab By Mama


Rinduuuuu chili crab mamaaaaaa!


Dulu mama selalu sangat masak. Masa zaman kami kecik-kecik. Masa zaman aku belum masuk MMU. Masa zaman abang belum duduk sendiri. Masa zaman masing-masing belum kawen.

Sebab dulu semua berkumpul satu rumah. Mama cakap, nak masak ni kena tunggu time ramai-ramai ada kat rumah. Baru syiok makan sama-sama. Kalau setakat 2-3 orang je, mama cakap tak berbaloi masak. Nanti kalau ada yang tak merasa, mesti kecik hati. Sebab.. Chili crab mama paling sedap atas muka bumi ni.

Hari tu, kebetulan abang pergi Bagan Lalang, dapat ketam murah. Dia pun nak datang rumah, so dia beli lebih. Apa lagi, terus mama masak Chili Crab. Oh myy.. Mengimbau kenangan lama betul. Makan ramai-ramai. Riuh rendah. Meriahhhh!

Tiba-tiba rindu zaman dulu-dulu. Zaman takyah pikir soal hidup. Zaman takyah cari duit sendiri. Zaman bilik aku penuh dengan buku-buku cerita Kelab Buku Kenari. Ehehehe.. Rasa nak nangis.

4 comments:

  1. Chilli crab itu sgt menggoda sungguh....

    ReplyDelete
  2. Ianya menjadi memori ... memori yang indah untuk kita imbaukan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. takkan dapat dah zaman tu lagi.. yang ada hanya gambar2 dan memori :)

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...