The Entourage

Sunday 7 September 2014

My Two Heroes

Nak share dengan korang gambar yang aku rasa macam sedih sket. Seperti yang korang tau, kami anak beranak memang ber-facetime setiap malam. Borak-borak, meng-hapdet cerita seharian masing-masing, Eddie main dengan dak gedik and macam-macam laa lagi family bonding activity.

Tapi ada-ada masa kadang-kadang time aku call tu, Eddie tak balik rumah lagi. Or dia ada meet-up dengan orang kat luar. Or dia dalam toilet mandi. So takde orang jawab.

Dak gedik since dah everyday kitorang facetime, dia dah tau dah. Kalau dengar je bunyi ringing tone facetime, it's time to see abah. Tapi kadang-kadang kalau abahnya tak jawab fon, mukanya sangat laa sedih. Aku yang tengok pun rasa tak sampai hati :(

Gambar first ni aku snap masa mula-mula facetime berdering. Dia tengah busy main sebenarnya. Cepat-cepat dia berpaling bila dengar ringing tone.


Bila dah dengar ringing tone, cepat-cepat dia merangkak laju je mengadap ipad sambil tersengih-sengih menunggu muka abahnya muncul. Tinggal semua toysnya kat tepi katil.


Ni selepas beberapa minit facetime berdering tapi tak berjawab. Sedihhhh aku tengok muka dia sangat mengharap abahnya muncul huwaaaa.. 


Dak gedik dah kenal orang-orang keliling dia sekarang. Dia sangat manja dengan orang-orang keliling dia. Tapi dengan abahnya cuma dua minggu sekali je dapat bermanja. I feel it's not fair for him. He should get the most attention from both his parents. Especially at his age now. I don't think this is good for him growing up far from his abah.

Maybe we need to re-think our plan. I love my job. Very much. It has always been my dream job to work in an aviation industry. But I can't be selfish. It's my kid we're talking about. About him growing up healthy. About his well-being. About what is good for him.

All the stories about MH incidents make us think. Deeply and thoroughly. Life is really short. We fly in and out so frequently. Family should always be together. We never know when will one of us will be taken away. After all we're all milik Allah.

Sorry tercakap omputih pulak. This is too overwhelming for me as a mother looking at that frustrated face of my own son.

p/s: Sampai sekarang dok ternampak-nampak muka Abderrahman yang clueless yang tatau langsung dia dah kehilangan ayahnya. Buat selama-lamanya. :(

6 comments:

  1. yelah zila.. sedey sayu tgk muka dea.. semoga awak menjadi anak yg soleh buat mommy & daddy ya syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.. mummynya tengok lagi laa tak sampai hati.. amin aminnn.. tq rad :)

      Delete
  2. Sedih bila mention pasal Abderrahman. Huhu.. Moga dapat membuat keputusan yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. sedih sgt bila teringat abderrahman :( insya allah.. tq fiz

      Delete
  3. Ala...geramnyer dak gedik tu makin ensem lah pulak..hehehe..azwa nk berkenalan...hehhe...cian die tunggu lama2 ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe hensem tapi rambut jarang ekekeke.. azwa nak ke?

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...