The Entourage

Wednesday 22 January 2014

Flight Radar 24

 

Untuk orang yang suka travel, untuk orang yang suka stalk laki sendiri, untuk orang yang suka tengok kapal terbang. Meh aku nak share satu app yang sangat best ni.


 Please see it to believe it. App ni pada aku sangat best. Since Eddie memang frequent traveler. Dan aku laa yang tukang menghantar dan mengambik kat airport. Aku selalu guna app ni untuk check whereabout dia. Sebab kadang-kadang, walaupun tau STA flight tu, tak semesti ETA dia sama. Kadang-kadang delay sampai sejam. Berjanggut aku nak menunggu kat airport.

So, dengan adanya app ni, boleh laa aku stalk laki aku sendiri walaupun di atas awan hahaha. Lagi setengah jam dia nak sampai, baru aku keluar rumah. Save time di situ. Almaklumlah, bila dah ada baby ni, rasa runsing je bila kena tinggalkan Si Gedik tu kat rumah. Kalau dah reti bahasa memang aku bawak sekali.

App ni best sebab memang info yang diorang bagi memang complete dan tepat. Siap gambar kapal terbang dia pun kapal yang sama. Not just satu gambar untuk suma. Nope. Siap ada plate no. skali.

Korang sila cuba ok!

2 comments:

  1. hehehe...stalk jgn tak stalk...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekeke.. mestii... tapi ada sekali tu tiba2 kapal dia hilang bila lalu atas laut. seriauuu terus hahaha

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...