The Entourage

Monday 3 March 2014

Umbrella Stroller Dah Jumpa!

Hari tu aku ada cite pasal nak cari umbrella stroller yang lightweight untuk travel kan. Setelah berhari-hari membrowse and berpusing-pusing kat kedai baby, akhirnya jumpa jugak yang berkenan di hati. Aku tak sangka sudahnya jumpa kat Jusco Equine ni je haa. Pergi macam-macam tempat punya laa jauh. Rupa-rupanya depan mata je. Hehe..


Aku beli Sweet Cherry. Dapat jugak yang beratnya hanya 5kg! Dan percaya tak kalau aku cakap, harganya cuma rm159! Murah gila wehhhh! Tak sangka aku Sweet Cherry murah gila. Terkejut aku tengok cuma seratus lebih. Siap tanya adik promoter tu betul ke harga ni.. Ke salah letak harga. Haha.

Semua features yang aku memang dah set dalam kepala semua ada. Aku nak yang bule recline. Kalau tak fully, at least bule laa recline sket sebab dak gedik baru 5 bulan. Dia bukan bule duduk lama-lama. Lagipun, time dia nak tido cane pulak. Kesian pulak dia kena tido duduk. Stroller ni bukan hanya bule recline sket, tapi fully reclined! Best gila.

Pastu aku cari yang lightweight. As for now yang paling ringan aku jumpa adalah Maclaren. Only 4kg je travel stroller dia. Tapi harganya pulak tak ringan sangat. Rm499. Aku tak plan nak spend that much untuk travel stroller. Pakai pun sparingly je. Aku rasa macam bazir. Second ringan adalah Jeep. Tu aku sangat suka. Only 5kg. Unfortunately, cannot recline. So potong di situ.

Alhamdulillah dah dapat stroller. Pheww.. Lega di situ. When it comes to baby stuff, memang tak pernah nak habis kan. Mesti adaaaa je yang tak cukup. Haih laa anak..

17 comments:

  1. jusco selalu wt promotion sweet cery

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuh laa banyak betul tengok hari tu.. semua brand sweet cherry je

      Delete
  2. yeayyyy!!!..finally!!!...dh jmp jugak..betul la babe..ade je bende nak beli kan..every morning anto qisya kat umah my mom, ade je bende baru..my mom tergelak..brg2 pelik2 je katenye setiap ari..;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah kaaan.. nasib anak pertama memang gini. anak kedua ketiga dapat bekas2 je laa gamaknya ekekek

      Delete
  3. betul tu.. sweet cherry masa expo kt kklc sabtu aritu pn lagi murah.. paling murah rm120! tapi harga masa expo je la.. sweet cherry siri SCR pun xdelah mahal.. RM300 pun dah ada.. anis pun grab satu.. hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa dia anisss.. dah beli baru kita pegi baby fair. tengok kat sana omgggg banyak gilaaaa! murah2 dan ringan2 belaka! huwaa

      Delete
  4. sc memang murah ke stroller???usha stroller semua 3rat ke atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm ada jugak awak sc yang seratus lebih. banyak jugak kita tgk aritu. selamat hunting ye :)

      Delete
  5. Assalamualaikum. murah gila dapat price tu. adehhhh sheila taktahu nak beli stroller apa. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheilaa.. heheh memang murah. nanti sheila pegi baby outlet kat sunway. lagi banyak yg murah2. hehe

      Delete
  6. wah okayla tu kan..seratus lebih je..kite tgh mencari carseat tapi tak pergi survey lagi harga dan sebagainya.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sharz pegi kat baby outlet tu. banyak gilaaaa

      Delete
  7. sis punya pun sweet cherry!
    dah selamat turunkan kat adik plak hehehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhehehe tahan ye sweet cherry ni? saya baru baru sebulan.. hopefully bule laa turunkan kat adik2 dia gak ekekek

      Delete
  8. Sis,tumpang tye,stroller ni scr model ape?
    Tgk kat website xde pon..huhu
    Sy nk g indon jumaat ni,hope sudi jwb..
    bkenan sgt tgk stroller ni,murah plak tu..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi firdaus.. hmm yang ni bukan range scr.. ni range sweet cheery yg biasa je. tak sure pulak model apa.. tapi try tengok kat mana2 jusco. confirm ada. dia ada kaler merah and biru. hehee selamat mencari :)

      Delete
  9. Zila, elok lagi tak stroller ni?Kalau tahan, nak beli satu..Tapi dalam website macam xde..

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...