The Entourage

Tuesday 25 March 2014

Vietnam: LCCT

Maaf banyak-banyak.. gambar tak banyak yang ada kat aku. Ni semua dari iphone. Gambar cantik-cantik suma dalam camera gedabak abang aku. Later aku upload k. For now, enjoy laa gambar-gambar yang tak bape nak cantik ni. Muah!
 
Flight kami tenghari.. so kami gerak dari rumah dalam pukul 11am gitu. Patutnya bule datang lambat lagi. But since aku tak beli tiket lagi, terpaksa laa gerak awal sket. Tiket aku kena beli dua jam sebelum.


Tengah beratur menunggu tiket ni. Seronot hang naa duduk dalam stroller sambil hisap jari dan dihembus angin sepoi-sepoi bahasa. Mummy nak dok sebelah bule? Penat ler beratur queue.


Tengok tangan demok dia tuh. Amboih-amboih.. nak cekak pinggang ke? Dalam aku beratur ni, sempat pulak aku purchase flight gi Tokyo through fon bule tak haha. Sebab untuk flightAirAsia X, aku bule purchace sebulan sebelum. So hari yang aku gi Vietnam ni, adalah ngam sebulan ke date aku gi Tokyo. So, nak rebut hot seat yang ada bassinet punya pasal, time ni jugak aku purchase and pick seat. Ekeke.. Pak pandir sungguh.

Yer laa.. ko bayangkan ler flight 7-8 jam kena dukung baby sepanjang-panjang tu. Kematu montot weh. So memang kena ada bassinet. Luckily hot seat yang ada bassinet still kosong flight pergi dan balik. Alhamdulillah.. macam kilat aku sambar. Eddie ada cakap, if aku nak amik flatbed pun bule je. Dia kesian kat aku takut tak selesa dalam flight.

Hmm.. aku rasa macam bazir pulak.. kalau hotseat untuk dua orang return baru rm440 je kena tambah. Kalau flatbed kena tambah rm2k on top of the current fare. Mahal kot. Baik duit tu buat benda lain. Expenses kat sana lagi. Tak sampai hati aku nak biar dia bayar banyak-banyak camtu. Takpe, dok hot seat pun sampai je kan. Dah ada bassinet tu ok laa.. tak laa penat sangat mendukung dak gedik. 

Thank you hubby.. saya tau awak nak saya travel selesa dengan dak gedik but I don't need to travel with luxuries. Asalkan dapat travel tengok tempat orang dengan awak and dak gedik, saya dah cukup bahagia dah. Mana-mana area yang kita bule cut cost, kita cut and save for the next trip kan. Sape setuju? :D


Sambil menunggu flight, kitorang singgah makan kat Noodles. Dulu time opis kat LCCT, memang ni ler tempat kitorang lunch. Skang ni opis dah jauh sket dari LCCT, tak dapat dah makan sini. Sedap tau noodles kat sini. Porridge dia pun sedap jugak. Walaupun porridge, tapi sangat berasa. Yang kat atas tu Hong Kong Beef Noodles. Yang kat bawah tu Chicken Wantan Noodles with Fried Dumpling. Sangat marvelous di makan bersama cili potong!


Okeyy tu je gambar yang ada. Tu jer? YErrr.. tu jer. Yang lain semua kat camera abang aku. Ekeke..

10 comments:

  1. Budak gedik sangat comel okeh...

    ReplyDelete
  2. Sedap plak tgk Hong Kong Beef Noodles tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe memang sedap. kalau datang lcct, sila try!

      Delete
  3. Assalamualaikum zila zainal, wahh best gila. Dah ke Vietnam. nanti sambung ke Tokyo. ole-ole jangan lupa ye. hehee. biar murah, asal selamat sampai kan. hiewhiew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheila.. ekeke.. nanti cite cite habis suma k

      Delete
  4. ala...mna lagi gambar..nak..nak...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekek tunggu eh.. kita upload sket2 ekeke

      Delete
  5. gambar makanannnnn...sodapnyoooo..hehe...sedap jugak tgok ketul2 tgn si gedik...semangat!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahah tu yg paling sedap. tiap2 hati rasa nak geget!

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...