Dah dekat nak raya ni takde mood langsung nak cerita pasal kawen.
Jum cerita pasal berbuka dulu sebelum masuk bab raya. Ada beberapa hari lagi nak kena puasa. Jangan buat-buat tak ingat. Heee.
Kejadian ni berlaku pada minggu kedua puasa lagi sebenarnya. Cuma tak sempat nak hapdet. Banyak benor benda yang nak di hapdet.
Takde apa-apa kejadian yang berlaku pun. Cuma kejadian makan sampai kenyang di Shangri-La, Putrajaya ekekeke.
 |
Eja, Wawa & Lina |
Kitorang tersampai awal pulak. Malas nak dok kat opis dah, so gerak laa awal sket. Rupanya awal banyak. Jum ler gambar-gambar dulu.
 |
Eja, Yours Truly & Lina |
Sebenarnya kejadian berbuka puasa kat hotel ni memang ditunggu-tunggu
setiap tahun. Memang confirm laa at least 4 invitation setiap bulan
ramadhan. Bukan sebab makan sedap je. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai sambil mengarut-ngarut di meja makan. Lupa terus kelaparan yang tengah melanda.
 |
Pinjam spec Hello Kitty Eja sat |
Salah satu pose mengarut.
 |
Jum Polis Entry (police-and-thief sebenarnya ye adik-adik) |
Tiba-tiba masing-masing terpakai kasu yang sama tone pulak ekeke. Ni tak masuk crony-crony lain yang tak sampai lagi.
 |
Reserved! |
Empat meja sahaja disponsor untuk tahun ini :)
 |
Malay Cuisine |
Malay cuisine banyak juga. Tapi aku tak amik sangat pun. Hanya amik kambing :p
Tempoyak dengan pucuk ubi. Sodap tau.
 |
Make Your Own Salad |
 |
Salad Lagi |
 |
Seafood On The Rock |
Yang ni juga aku amik banyak tak hengat. Dimandikan dengan tartar sauce dan thousand island. Esok gi check cholesterol confirm di tahap teratas.
 |
Kerabu-Kerabi |
 |
Pecal |
Aku nak amik pecal ni. Sangat-sangat teringin. Aku kan hantu pecal. Masa sampai-sampai tu berkobar-kobar nak amik. Tapi bila nak makan macam-macam dah tak larat. Padahal stall ni belakang aku je. Haish.
 |
Otak-Otak |
Yang ni aku amik. Tapi tak banyak. Sempat laa makan 3 keping. Nothing to shout about.
 |
Petite Pudding & Rice Cake |
Here comes my favourite part. Dessert line!
 |
Chocolate Mousse Cake |
 |
Petite Coconut Pie |
 |
Strawberry Cocktail! |
 |
Nyonya Kuehs |
Aku tak sentuh pun kuih nyonya nih. Rasa mesti sama je kot?
 |
Fruits |
 |
Entertainment Of The Day |
 |
AirAsia Colleague |
First time aku terima invitation bercampur sekali dengna budak-budak AirAsia. Selalunya kami-kami di AirAsia X saje. Tapi best jugak. Dapat laa jumpa orang baru.
 |
The Pinky Girls! |
Suka kan korang kalau dapat makan? Opkos ler suka. Aku pun suka ekekeke.
 |
Me & Ajis Yang Kuat Makan |
Ye.. ni muka kenyang aku yang dah tak larat nak senyum. Kambing sungguh senyuman kamu.
 |
The Petites |
Last dish aku untuk hari tu. Sebenarnya banyak lagi stall-stall kat luar yang tak sempat nak disnap. Stall kambing golek especially. Dah penat ke hulu ke hilir dengan camera. Semata-mata untuk blogger-blogger tersayang tau. ekekek. Okay ni je. Sumpah kenyang. Alhamdulillah. Terima Kasih Zodiac kerana membelanja.