The Entourage

Wednesday, 14 November 2012

Wedding Update: 45 Days To Go!

Hello dear bloggers!


Lama benor tak hapdet nih. Been sooo damn busy lately. With Azila's wedding celebration. With my own preparation. Huwarghhh another 45 days to go oiiii. Debaran dah mula terasa sekarang ni. Terasa menggelepar setiap kali pikir masa itu semakin dekat.

Just to let you guys know. I won't be updating my blog that frequent from now on yaa. So sorry if ada yang menunggu entry baru. Sangat busy skang ni. Mana-mana ex-B2B yang dah lepas majlisnya pasti tau apa perasaan aku skang ni. Bercampur aduk. Kacau bila. Huru hara. Ribut taufan. Kemarau. Ahahaha.

Banyak wedding update yang aku nak post kat sini. Malangnya aku memang tak sempat nak dok lama-lama depan pc. So pasni, aku akan try update jugak laa blog ni, just not as frequent yaa. Mungkin aku akan penuhkan dengan gambar-gambar je dulu. Later baru review k. Kesian pulak blog ni bersawang nanti kan.


Saturday, 3 November 2012

Wedding Update: Samporna Sari Beauty & Spa

Murah, Kan? Nasib Sempat Beli

Going on a spa retreat this weekend! Weee! First time beli kat Milkadeal. Tambah lagi acc discounted coupon. Sigh. This is not my final spa visit beforemy wedding. Confirm ler akan ada lagi lepas ni. Because it's still two months away kan. Too early ler kalau nak gi lulur skang ni.

This is supposed to be a girl's day out for me and Azila before her wedding. Just the two of us. It's her last weekend being single. (Awwwww~) Lepas ni dah ada husband dah. Dah takleh naughty-naughty tau? Be a good wife okay. I'm gonna miss you :'(

Jangan nak ngada sangat la. Sebenarnya dia still dok Seri Kembangan lagi lepas kawen and we're both gonna be estranged wives to our husbands ;p Sebab her hubby pun kerja jauh. Offshore nun di Labuan. Yup, long distance marriage just like me. So, lebih kurang takde beza pun kalau kitorang kawen pun. We're still gonna be seeing each other as often as now and maybe more. She's still gonna come sleepover at my place, I'm still gonna go to her place gossip-gossip. Nothing changes. Sian kami bini-bini yang jauh ni. Kena laa accompany each other kan bila husband-husband takde ekekeke..

Apa-apa pun, I can't wait to see you on your wedding day. Sangat tak sabar. The date is 10.11.12. Pretty isn't it? :D Cuti pun sudah approved (Yeay!) The trip is gonna be next week and let me give a clue for where are we heading.. JPO! :p

Friday, 2 November 2012

AirAsia X 5th Anniversary!

Just got back in the office from the celebration. AirAsia X turns 5 today! Happy Birthday to us! :D


AirAsia X Annual Partayy 2012




OMG.. what should I wear?? Can someone please help meeeee? Been thinking to find a nice gold long dress to match with my gold stilettos. Kalau lambat lagi nak kawen, bule kaler rambut jadi blonde ehe. Too bad my wedding is only two months down the road. Be a good girl, iLa.

What do Bond Girls look like anyway? I'm never a fan of James Bond ler. Tak pernah ikut pun. Ideas, pleaseee... :-S

Painting LCCT Red Today For The Cake Cutting Ceremony :D

Thursday, 1 November 2012

Solemnization Update: Veil Nikah

Teaser! :p

Patch lace on Demonte Fabric

Finally! Siap jugak veil nikah aku. Alhamdulillahh.. Dah habis jahit suma dah. Tapi yang dalam gambar ni bukan yang dah siap tau. Veil yang sebenarnya siap ada manik-manik silver dan pearls in between flowers. Pearls semestinya laa kena ada kan. Yang ni just aku baru potong and tampal batu permata on each patch lace. Jahit pun tak lagi tu. Baru pin-pin je atas kain Demonte tu. Kata pun teaser. :p

Aku paling suka tang batu permata tu. Kaler dia macam putih, tapi bila letak kat atas kain, it captures the colour of the fabric. Jadik berkilau-kilau dia. Aku tengok batu tu pun banyak lagi stok kat kedai, aku belasah je letak banyak-banyak. Mama pun diam je. Okay laa tu. Ahahahaha.

Nanti lepas kawen laa aku upload review pasal veil aku bule? Eekeke..

So, kalau ada sape-sape nak buat patch lace for baju or veil or any other thing, do contact me ya. But just to infrom, order sampai December dah tutup. Dah tak cukup tangan nak buat order orang. Sorry sangat kepada yang sms/email. January nanti aku bukak semula okay :D Just place your order at gina1983@yahoo.com or sms/call at 0129198861. See ya!

Wednesday, 31 October 2012

Order From Awin: Crystals For Tasbih Delivered!

Baru je hantar kristal kat Awin. Sekali lagi terlupa sangat nak snap gambar kristal Awin tu. Haish. 

Sebenarnya plannya mau berjumpa pada tarikh 10.11.12 nanti. Tapi almaklum laa.. date tu cantik beno. Banyak wedding masa date tu. So aku takut tak sempat je. And the most important event that day is my best friend's wedidng. Azila is finally getting married! Ohh I'm just so excited for you, girl! Tak sabar nak tengok ko menikah weh. Kebetulan Azila dengan aku ni boleh pulak kawen tahun yang sama. Dah laa tunang dekat-dekat, kawen pun nak dekat-dekat jugak ahaha. Selang sebulan je. Seronok sangat cite-cite kawen tiap-tiap malam dengan dia, kuar cari barang-barang hantaran dengan dia, hantar-hantar kad dengan dia. Kadang-kadang stress/pressure dengan vendor pun dengna dia gak ekeke. Miss surely miss this moment bebeh..

So since aku takde that date, Awin pun datang laa opis aku hari ni nak amik kristal dia. Banyak jugak dia order dengan aku this time. Nak tambah untuk nikah katanya. Alang-alang dia cuti, on the way nak ke Nilai bershopping tu dia singgah ler opis aku di celah-celah ladang kelapa sawit ni. Dia datang opkos ler dengan tunangnya. 

Sambil-sambil tu, dia pass aku gift bag warna pink. Berat. Apa laa agaknya. Sekali bukak-bukak, rupanya mini cupcakes! Ohsocumil! Not to forget, sodaap!!!

TQ Awin! :DDD

Ni gambar selepas ribut taufan di meja aku. Ni je yang tinggal. Tak sempat nak tangkap gambar sebelum. Sebenarnya penuh tupperware tu Awin bagi. Tapi letak je atas meja aku, selesai semuanya. Semua cakap sedap, Awin. Tengkiu sangat-sangat tau :D Awin ni asal jumpa je mesti ada je benda dia nak bagi tawww :p

Monday, 29 October 2012

Reception Update: Door gift (Minijar!)

Dah lama dah sebenarnya dapat benda ni. Tapi sangatlah tiada masa untuk menghapdet. Berkejar suma benda skang ni. Look at my wedding ticker. Only two months left to our wedding! Scary marryyyyyy :-SSS

Finally, bekas untuk doorgift aku dah siap. Weee! Phewww.. akhirnya siap jugak. Aku order minijar aku ni kat Kak Mai from Lurvering. Masa ni tengah promosi minijar RM1. Harga termasuk minijar, sticker dan ribbon. Siap dah suma. Tinggal nak masukkan isi je. Murah, kan?

Blue & Yellow: Save The Date! :D

Ni laa ghopernyer minijar aku. Pada aku, dah cukup cantik dah. Aku memang sangat-sangat teringin nak bagi minijar (regardless what the content is) as doorgift masa wedding aku. Tengkiu bf kerana melayan karenah saya. Lebiu to bits :D

The Sticker

Senang deal dengan Kak Mai ni. Sepatutnya jumpa kat Masjid Serdang. Tapi aku tak sure jalan. So dia tukar jumpa kat Giant Kinrara. Alhamdulillah. Senang sangat urusan. Dia siap bagi aku extra sticker lagi. So kepada sape-sape yang tengah takde idea nak bagi apa untuk wedding korang, please consider this. Recommended ni. Murah tau. And right now, promosi RM1 tu ada balik untuk wedding 2013. Bagus betul Kak Mai nih. Cepat grab while stocks last!

Tengkiu Kak Mai :)

Saat ini rumah aku memang macam tongkang pecah. Penuh kotak-kotak bagai. Doorgiftnya lain. Barang-barang jahitannya lain. Bunga telurnya lain. Haihh.. tak sabar nak tunggu December. Kasi settle suma!

Rumah Dah Macam Gudang

Oh by the way, nanti aku reveal apa aku nak letak dalam minijar tu kat next entry yer! :D

Thursday, 25 October 2012

Wedding Invites!

Something really funny happened yesterday.

I put on my wedding invitation on YM status. Just like the one up there. Ohh by the way kawan-kawan, alang-alang dah bercerita ni, nak gebang laa sket. Jangan lupa key in your address ye if you require a wedding card. Insya Allah, aku akan poskan :)

Okay sambung. So I put on my our wedding invites on YM status. Then ene saw it and clicked it. Then he asked me.

"What's up with the chinese word?"
Aku macam, "Huh?"
Then he was like, "Ada tulih cino kat wedding invites kita. Apa maknanya tu?"
Lagi laa aku blur. Then aku bukak laa docs tu. All seemed fine to me. "Mana?"
"Tuu haaa yang bawah sekali. Wait, I send a screenshot to you."
Sekali tengok punya tengok.. memang ada! What theee...


Terus aku panik.. Alaa asal jadik gitu.. cane nak tukar ni!

Then suddenly ene said, "Oh no worries.. this invites is generated from google docs, kan? It changes the language automatically sebab I logged in from a computer in Hong Kong. IP address dia detect from Hong Kong, tu yang kuar bahasa cina."
"Ohh.. okayy. Pheww.." Dalam pada tu aku terpikir, dia ni guna Google bahaca cina ke? Baru dok sebulan dah pandai cakap cina? Biar betul. Tapi aku diam je.

At the same time aku mintak Azila bukak that particular page pun, she said nothing is wrong. So betul laa kot. Phew. Yang penting orang Malaysia bukak, semuanya okay. Aku bukan nak hantar invites kat orang Hong Kong pun :p

After like a month of being far from each other, he is finally coming home for raya! Weeee! Excited sangat nak pergi fetch him today. Rasa tak sabar nak tunggu malam. Masa, cepatlah berlalu!

He'll be arriving from Hong Kong at around 1.00am tonight. Considered dah Friday laa kan. I'll be picking him up from LCCT since rumah pun memang dah dekat dengan LCCT. Boleh je dia amik bas from LCCT straight to KL. Tapi mesti laa dia nak jumpa aku dulu ye dak? :p

So.. this Friday, Saturday and Sunday semuanya barang-barang DIY kawen akan disimpan rapi sebab aku cuti. Cuti buat DIY thingies sebab nak gi detink! Yeayy~ :DDD

Tuesday, 23 October 2012

Wedding Update: Groupon Lagi

Ada sape-sape tak dapat voucher RM10 kat Groupon hari tu?

Surprisingly, aku dapat sampai dua kali. Apa kes? Hari tu dah dapat sekali dah, terus aku beli slimming package. Ni tiba-tiba check email dapat lagi! Saje je nih. Huh. 

Ingatkan nak pass je. Tapi bila tengok-tengok deals yang kesekian kalinya dihantar untuk memenuhkan inbox aku nih, ada pulak yang rasa berkenan dihati.


Untuk yang ni aku tak kira membazir pun sebab lollipop ni aku beli untuk doorgift budak-budak time reception aku nanti. :p Kalau dikira-kira jadik bape je sebatang tu. Murah laa kalau nak dicompare dengan harga Chupa Chup. Harga Chupa Chup. Aku beli 2 tub. So altogether ada 112 batang.

Tak sure lagi aku nak bagi lollipop ni time nikah or reception. Still tengah pikir-pikir lagi.. Hmm..

Sunday, 21 October 2012

Makan-Makan Weekend

Last weekend memang barai diet aku. Jumaat lepak-lepak kat Murni Bukit Jalil dengan cik kak-cik kak. Yer.. di Bukit Jalil dah ada Murni. Weeehu. Opkos ler makan kan. Gi Murni tak makan, sangat tak best. Aku order nasi goreng buttermilk fish. Sedap oi. Manis-manis sket. Sabtu pulak lepas dah penat-penat berjalan-jalan ke sana ke mari, kami pergi makan-makan dengan FMIL and FBIL kat William Danau Kota. Makan meatball carbonara pulak. Haiyaaaa.. hari ni tak nak makan apa-apa. Oats teman paling setia.

Sabtu memang hari yang panjang untuk aku. Sangat penat. Nanti aku update ye. Nak cite pasal makanan dulu ekeke.

Bee

Ni laa FBIL aku. Mudo laie nih.. Setadi lagi. Kat MMU juga. Tapi MMU Melaka. Hidup MMU :p FBIL aku dia order Anti-Pesto Daging. Basically all meat-based stuff served with mashed potato.

Nampak Tak Portion Meatball Carbonara Aku Tuh? Pengsan Nak Habiskan

Memang confirm laa aku tak habiskan carbonara aku tu. Bukan sebab mengada tengah diet. Sebab memang tak larat nak habiskan. Asal makan kat William/Murni memang selalunya orang lain ler tukang habiskan makanan aku. Kekah ramai-ramai sebab portion dia bapak besar. Aku yang kuat makan ni pun tak leh nak abis.
FMIL

Ini laa FMIL aku. Rasanya tak penah aku letak gambar dia lagi kat sini kot. That's because skang-skang ni aku dah lama tak bawak camera ke mana-mana. Hahaha.. skang ni busy sangat, nak amik gambar time makan-makan pun takde mood. Sebab tau memang takde time nak upload. Ni pun amik kat facebook FMIL je. Hikhik.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...