The Entourage

Friday, 25 April 2014

Older.. Definitely Wiser :)


Alhamdulillah aku sampai jugak ke umur sekarang. Lama jugak dah aku hidup kat dunia ni. Macam-macam dah aku lalui. Macam-macam orang jugak yang aku dah jumpa. Banyak benda yang aku dah belajar.

Aku tak nak mintak apa-apa pun untuk birthday aku. As is now, aku bersyukur dengan kehidupan aku skang. Aku ada husband yang selalu ada bila aku perlukan dia. Walaupun kami jauh, dia always gives his best bila aku perlukan apa-apa. Support dia tak pernah putus. Dia tau aku besarkan dak gedik sorang-sorang without dia kat sini. Dia tak dapat nak tolong physically macam abah-abah lain. Dia sentiasa tanya kalau ada apa-apa yang tak cukup. Alhamdulillah aku ditemukan dengan orang yang sangat bertanggungjawab. Thank you hubby. :)

Aku ada family yang sangat setia menolong aku kat sini. Menjaga dak gedik yang tengah membesar is very challenging. Family aku tak pernah jemu membantu aku mana yang boleh. So that aku tak rasa beban jauh dari suami. Thank you family. :)

Aku ada kawan-kawan yang rajin melayan aku. Yang rajin fetch aku kat rumah semata-mata untuk gi minum sebab diorang tau aku tak berani drive dengan dak gedik. Yang rajin layan aku nak gossip-gossip kat whatsapp sementara nak tunggu mata ngantuk. Yang rajin bagitau sale-sale kat mana-mana. Yang rajin racun aku untuk shopping online. Yang rajin baca blog aku yang merepek meraban. Thank you, friends. :)

Dah.. tu je yang aku nak cakap. Aku sangat bersyukur walaupun umur aku semakin hari semakin banyak. Tak kisah pun dah tua, sebab tu lumrah hidup.. 

Kan? :)

10 comments:

  1. Happy born day my dear virtual friend. Yang ke berapa ni...hehehe...Smoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ke banyakkkk dah kak ekekeke.. segan nak cakap hakhak

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. birthday ek? selamat ulangtahun kelahiran. semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sukses dalam hidup dan berbahagia bersama keluarga tercinta ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sheila... alhamdulillah. Hehe tq2 :)

      Delete
  3. happy bday gojes!
    tak pe zila, smalam akak pun ada kawan whatsapp "u lonely women"
    sebab hubby pun memanjang tak de
    tapi akak kata:
    "i tak sempat nak lonely, i hv 3 kids with me, friends around me"
    just enjoy the moment, kita akan appreciate apa yang kita ada walaupun sikit
    enjoy ur bday, have a good one with budak gedik dan hubby yang jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh kaaaan. hubby akak kat mana?

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...