The Entourage

Thursday, 8 May 2014

Baby Monitor

Dak gedik merangkak sangat laju dah sekarang. Memang takleh langsung tinggalkan atas katil. Risau sangat-sangat. Biasanya kalau dia tidur tu, memang aku akan ligatlah buat apa patut. Tapi skang ni, bila dia tidur tu, aku lebih suka baring kat sebelah dia main game. Sebab risau sangat-sangat nak tinggalkan dia atas katil. Dia ni jenis, bila celik mata dari tidur je terus meniarap merayap cari apa entah. Laju betul. Mentang-mentang dah kuat, eksyen betul nak bergerak gi seluruh pelosok tempat.

Aku dok terpikir nak beli baby monitor. Semua benda rasa nak beli bila dah ada anak kan. Rasa semua benda penting. Tapi sebenarnya kita kena pikir benda tu penting ke tidak. Pakai lama ke tidak. Kalau tak kang, beli, pakai sekejap, pastu simpan. Tapi still, lepas pikir banyak-banyak aku rasa benda tu memang penting. Kalau tak, aku takleh nak buat kerja time dia tidur. Buat kerja sambil berpeluh-peluh sebab dok pikir dia dah bangun ke belum.

Satu lagi rumah aku ni ramai orang. Biasanya kalau dia tidur, aku memang akan bukak pintu bilik luas-luas sambil aku buat kerja kat bawah. So bila dia nangis, aku bule dengar. Tapi masalahnya, rumah aku ni riuh nya laahaaai. Kejap je dia bangun dah. Gerrram je kadang. Sabar je laa. Kalau tutup pintu, lagi bahaya, takut tak dengar langsung.

Sekali, ada satu hari ni aku terdapat idea.


Facetime! Hahaha! Kenapa laa aku tak terpikir dari dulu. Padahal, tiap-tiap malam Facetime dengan Eddie. Time aku terpikir tu aku rasa macam hilang segala kebimbangan. Fuhhh!

So, skang ni setiap kali dia tidur, aku akan on iPad kat hujung kepala dia and pasang Facetime. Senang hati aku. Lalu aku bule ligat buat kerja di bawah sambil monitor dia kat fon. Skang ni dia tau dah aku selalu on Facetime. Bila dia bangun je, dia terus roll over and ngadap iPad with a smile. Hehehe. Luruh terus hati aku tengok dia senyum camtu. Terus aku naik. :)

10 comments:

  1. wah, untunglah dapat monitor dari jauh macam tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekek.. risau ni tuhan je yang tau bila biar dia sorang2 kat atas.

      Delete
  2. Lol dh jdi mak ni mmg lagu ni kan? Pjg akal! Ade je akal difkirkan. Huhu. Sma la dgn. Kat rmh mak aku ni ramai. Bapak plk skt. Blk sbelah je plak. Kang bpak bsing2 sarah tdo. Aku kt dpur. Tbgun2 dia. Kne gal beli bb monitor. Klu ko nk beli kat seller dr uk with 3x instalment kasi le tau. Aku ulo fb dia nnti. Aku fkir pon bb monitor ni penting. Bsr sket nnti nak letak dia blk lain (cita2!) nak kne monitor gak. Atopon next bb musti kne pkai gak lah. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kaaan. tiba2 ada je yang tak terpikir. aah kan yer jugak. aku baru terpikir yg dah besar sket nak letak bilik lain. mmg kena guna gak baby monitor. duitttttt hahahaha

      Delete
  3. ha..good idea..takyah beli cctv bagai kan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kaaan. mahal kot baby monitor tuh!

      Delete
  4. klu tidur atas katil mmg risau ya amat..
    sy ni tidur tilam kat bawah je pun.. dia dh roll sana roll sini.. smpi ke depan pintu dia roll...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaann.. bila roll tu lahaiiii laju bebenooo

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...