The Entourage

Tuesday 9 June 2015

White Water Rafting, Gopeng

Ni cite last month sebenarnya. Lamanya aku tak buat outdoor activity. Sangat rindu nak main air, nak masuk hutan, nak comot-comot. Haihh.. the good old days..


Kitorang buat white water rafting ni kat Gopeng, Perak. Syiok betul. Sejuk betul air sungai tu. Semua sekali empat raft turun. Tak sangka sporting jugak budak-budak opis aku ni hehe..


Gambar kat atas ni gambar selepas rafting sebenarnya. Kan masing-masing muka penat dan bengkak tu hehe.. Masa ni tengah sibuk makan kambing bbq and ayam madu bbq. Pheww best gila lepas main air makan pulak tepi sungai. Syiokkk.


Ni pulak masa tengah briefing. Lama jugak briefing dia. Dia ajar macam mana cara nak handle raft bila dalam current nanti. Quite simple je sebenarnya. Tapi cara dia explain tu macam kitorang ni kena maneuvre kapal laut je hahaha. Yer laa.. Safety kan. Penting. Kena laa kasik kitorang takut sket. Kalau tak semua ingat main-main je lagi bahaya.


Masa ni getting ready nak masuk air. Excited gila masa ni. Aku tak copy lagi gambar dari gopro masa kami dalam air. Banyak jugak shot-shot menarik. Tapi untuk entry ni aku share gambar-gambar yang mana dah ada dalam fon je dulu ye.


Hehe ni pulak gambar last ramai-ramai sebelum bersurai. Happy sangat main rafting ni. Buat aku rindu sangat zaman-zaman dulu. Kalau zaman study dulu, memang every week ada je menda nak buat. Climbing laa.. Running laa.. Hiking laa.. Trekking laa.. Clubbing laa.. Ehh hahahaha. 

1 comment:

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...