The Entourage

Thursday, 13 September 2012

Solemnization Update: Door Gift (Buku Doa Done!)

Yeayyy... akhirnya dah siap dah doorgift untuk nikah aku! Weeee! Aku pernah cite pasal doorgift nikah aku ni dulu. Baca kat sini dan sini. Alhamdulillah.. siap awal dari yang dijanjikan. Thanks a lot, Aini!


Masa tu Cute Creative Creation tengah buat promo untuk buku doa ni. Only RM1 each. How cheap is that! Aku memang dah lama plan nak bagi something yang boleh dibaca as doorgift nikah aku. Plan asalnya nak bagi yassin. Tapi tak berapa nak ada budget pulak.. Hehe.. So alang-alang terjumpa promo ni, terus laa grab.

Aku suka sangat kaler dia. Memang kaler yang aku mintak. Peach. Memang sesuai sangat laa bila digandingkan dengan tasbih buatan sendiri aku tu ehehe.. Alhamdulillah sangat barang-barang doorgift untuk nikah dah settled. Tinggal nak cari beg or plastik cumel je untuk pack tasbih and buku doa ni.

Rasa macam nak buat sendiri beg-beg cumel tu. Letak fabric flowers. Tapi macam tak sempat. Hmm.. ene ada cakap, tak perlu stress-stress.. aku buat banyak benda-benda DIY nih pun sebab aku suka crafts. Bukan sebab terpaksa. So buat je yang mana sempat. Yang tak sempat order/beli je. Tak perlu paksa diri. Nanti honeymoon penat, tak guna jugak kan? Tak enjoy langsung :p


Mula-mulanya quite sceptical jugak about this. Sebab too cheap to be true. Ehehe.. tapi pikir-pikir balik, try je laa.. tak try tak tau. Lagipun, aku cuma nak order 60pcs je. So, kalau rugi pun takde laa ralat sangat. Haha.. sukati je nak membazir.

Tapi Alhamdulillah.. everything turned out as planned. Aini kept her every promises. Alhamdulillah. Siapa-siapa yang teringin nak buku doa ni boleh tengok kat blog Cute Creative Creations ye. Skang ni dah semakin banyak design muka depan yang cumel-cumel tau! Geram sangat tengok. Tapi the price now is RM1.60 ye kawan-kawan ekeke..

Wednesday, 12 September 2012

Yasmin Johan Hunwick


Baru terbaca tentang arwah kat facebook pagi tadi. Dia secantik bidadari. Cantik. Cantik sangat. Tak pernah lekang dengan tudung. A very obedient daughter. Loved by teachers and friends. Malangnya dia dipanggil terlalu awal. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.


Her blog has been continued to be written by her mama and papa who missed her dearly. Read here.

Al-Fatihah.

Tuesday, 11 September 2012

Order Crystal From Awin



Blogwalking blog-blog B2B sekalian, termasuk rumah Cik Awin kita hehehe.. hari tu Awin ada beli crystal dengan aku untuk dibuat tasbih nak bagi guest masa nikah. Thank you, Awin! :D Dah siap banyak pun. Cantik pulak tu! Tak sangka colour combination hitam dengan kuning sangat lah cantik.


Hari tu time amik stok tak sempat nak snap gambar sebab lepas amik stok, terus jumpa Awin kat Subang Parade. Ni Awin dah post entry pasal tasbih kat blog dia, boleh laa curik gambar sket. Mintak halal ye, Awin :D


Sekarang ni Awin tengah menunggu stok baru untuk tasbih lagi. Sabar ye, Awin.. Sekarang ni kita busy sangat pulak. Mungkin dalam 22 September kita gi amik stok untuk Awin ok? Jangan risau! :DDD

Sape-sape yang minat nak beli crystal or pearls loose pelbagai size untuk dibuat tasbih atau accesories, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Harga terendah di pasaran ecehhh :p

Sunday, 9 September 2012

The Perfect Bow


Ada Sesiapa Yang Sama Masalah Dengan Aku Tak?

Setelah berkurun lamanya menghadapi masalah mengikat bow, sekarang baru lah boleh menarik nafas lega. Susah betul nak ikat bow bagi ekornya cantik kat bawah. Selalu kalau ikat, mesti ke laut rupa dia. Sekarang dah takde problem lagi :D Okeh, dah boleh mula ikat bow pada kad kawen aku. Weeee. Eh alamak, cite pasal kad kawen belum update. Sorry! :p



Saturday, 8 September 2012

Black Lace



Banyak pulak lebihan lace hitam yang aku patchkan kat baju Eja hari tu.. Tengah pikir apa jenis craft yang bule aku buat dengan lace hitam ni.. hmm.. Any ideas? Ke nak tepekkan je kat baju-baju aku? Ekeke..

Wedding Cake Idea




Cake pun nak letak lace sekarang. Cantik sangat lahh kek ni. Sangat to-die-for! Agak-agak kalau order kat sini berapa laa gaknya.. The design is painted on the fondant ye kawan-kawan. Sangat lahh artist orang yang melukis ni.. haish.. can't get my eyes off this piece.

Friday, 7 September 2012

Weekend Getaway Guide

Elok pulak terjumpa benda alah ni di Facebook. Siapa-siapa yang weekend couple tu boleh laa cuba guna tips ini ya. Fully utilise the time you have with your loved ones. It's not easy being in a long distance relationship. But I know we can make it work for better or for worse. Banyakkan sabar yang penting sekali :)


Dresses by Franc Sarabia

I was so mesmerized by the dresses I can't stop dreaming about them. Kenapa laa tak jumpa awal-awal dress-dress ni oiii.. dah letak deposit sewa baju baru jumpa. Kalau tak, bule buat baju baru. Huwaaaaa..! Well.. yess these pictures obviously are taken and edited with airbrush and stuff. But still, they looked amazing, aren't they?

Love The Collar So Much



This Is At The Top Of My List

Love This Collar Also


Super Sleek Oi! Cantik Sangat Nih!


B2B sekalian, sila pengsan sekarang.

Thursday, 6 September 2012

Solemnization Update: HIV Test Appointment


Phew.. finally setelah berhempas pulas untuk mencari appointment HIV test, dapat jugak aku date yang diimpikan. Lebih kurang semua klinik kesihatan area KL, Gombak, Puchong, Seri Kembangan dan kawasan-kawasan berdekatan aku call. Semuanya mempunyai cikadak-cikadak yang berlainan lagi menyusahkan. Why didn't they standardize the system for god sake? Nak kawen pun susah. Patut laa banyak anak terbuang skang ni. Okey cukup, iLa.

Punca sebenar kenapa aku susah sangat nak buat appointment was because I needed to get an appointment on only one particular date. 1st October 2012. That only one date. The one and only. No other dates. Only this date. Date lain tamo.

Sebaaaaaabbbb?

ene kan takde kat sini. He's in Singapore now having his training before proceeding to Hong Kong for his new job. So, timing kami memang laa constraint teramat. Kena cari timing betul-betul baru buleh buat appointment. Not just for HIV test je. Untuk settle benda-benda kawen lain pun kena tunggu dia confirm bila tarikh dia balik.

He'll be ending his training on the 28th September. Then before dia proceed to Hong Kong dia akan balik kejap to settle some things and to re-pack before leaving for Hong Kong for good. Time ni jugak laa aku kena buat appointment untuk settlekan mana-mana yang tak settle lagi. Rasanya pre-wedding photoshoot pun kena buat that same weekend jugak. Kesiannya ene kena bergegas sana sini setiap kali balik cuti..

Setelah call banyak klinik, dapat lah aku buat appointment kat KK Seri Kembangan on 1st October. Alhamdulillah. Tu pun kena mintak tolong Syah yang tengah cuti kawen tu pergi buatkan appointment since dia tak keja. Sorry Syah kacau hanimung ko :p Pelik betul klinik-klinik kerajaan ni takleh nak drop appointment by call. What difference does it make oi? Sama je kot. Hishhhh.

Banyak jugak details yang aku nak tulis pasal KK yang aku call untuk panduan korang nak buat HIV test. Jangan tak tau, lain KK lain cikadaknya ye. Sebab tu laa sape-sape yang dok baca-baca B2B blog, semua cerita version lain-lain. Okey, aku listkan je ye. Senang sket korang nak baca. Ni yang aku call je laa. Yang aku tak call, tak tau.. Korang kena experience sendiri :D

Klinik Desa Gombak Utara (Bt. 8) : : 03-61889704 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh aku call KK Gombak Setia. Fineee.

Klinik Kesihatan Gombak Setia : : 03-61860248 : :
Diorang dah takde buat. Mamat tu suruh aku buat kat swasta then datang endorse result tu dengan doctor diorang. Ni aku penah baca kat blog B2B hari tu.

Klinik Kesihatan AU2 : : 03-42579466 : :
Ada buat. Tapi kena tunggu sebulan baru siap. Huh?? Aku takde masa sebulan tu. Aku kena siap on the spot. Tapi aku buat je laa appointment since tempat ni je yang boleh drop appointment by call. Takpe, later bule cancel.

Klinik Kesihatan DBKL : : 03-92845166 : :
Diorang buat hari Rabu sahaja. Kenot. We need hari Isnin.

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9E : : 03-88883057 : :
Diorang takde buat. Diorang suruh call Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11. Okeyyyy.

Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 11 : : 03-88811732 : :
Diorang buat hari Jumaat saje. Kenot juga. Nak hari Isnin. Baik akak tu cakap dengan berbudi bahasa. Kurang sket stress :)

Klinik Kesihatan Setapak : : 03-41425429 : :
Sepoloh kali call pun tak berjawab sampai sudah. Give up.

Klinik Kesihatan Sentul : : 03-40427557 : :
Juga tak berjawab sampai sudah. Tido tak bangun-bangun agaknya.

Klinik Kesihatan Puchong : : 03-80611814 : :
Kena buat appointment kat klinik. Kenot by call. Ergh. Tapi dapat result on the spot. Good to know. Diorang jugak buat HIV Test tu all day. Bukan hanya half day macam kebanyakan klinik.

Klinik Kesihatan Seri Kembangan : : 03-89455929 : :
Buat appointment kat klinik jugak. Call-call tak layan. Dapat result on the spot juga. Yeay! Tenkiu Syah kerana berlari kejap ke sana tolong buatkan appointment untuk aku. Tima kaseh sangat-sangat. Okey, appointment fixed on 1st October 2012 at 2pm. Weehuuu!

Hee dah lama tak tulih entry panjang-panjang gini. Kepada yang baru nak buat appointment untuk HIV Test tu, harap-harap entry ni dapat membantu ye :D

Wednesday, 5 September 2012

Reception Update: Bunga Telur

Dah lama tak hapdet pasal kaweng-kaweng. Tade mood laaa.. mood masih mood raya. Selagi tak cukup sebulan raya, selagi tuh laa asik nak beraya. Wiken jangan cakap laa.. memang dok mengira rumah orang kawen dan open house.

Okey nak update sket pasal bunga telur. Hari tu aku ada update pasal bunga telur aku kan. Memang dah plan nak buat bunga tissue. Barang pun dah beli. This time aku pergi Jalan TAR untuk menangkap barang-barang lain pulak.

Sarung Telur RM0.90 Each

Masa ni aku pergi Jalan TAR aku cuma mintak ene dok dalam kereta je. Sebab aku dah tau nak beli apa dan di mana. So kalau nak tunggu dia masuk Jalan TAR tu, pastu nak masuk parking, pastu nak mencari parking lagi, lambat jadinya. Dia tunggu je aku kat tepi Plaza City One tu, aku bergegas laa masuk mencari barang. Cepat dan pantas.

Cumel, kan?

Cumey tak sarung telur aku? Macam dah buhsan sket dengan sarung telur emas yang biasa tu. So aku beli laa yang ni. Aku rasa macam cantik. Tapi rege ada mahai sket laa. Takpe.. ene cakap bunga telur dia nak belanje heee. Aku beli 50pcs semuanya. Sebab bunga telur aku 50pcs saje. 25pcs kiri dan 25pcs kanan. Isinya aku tak sure lagi nak letak apa. But definitely not egg. Sebab malas nak rebus. Boley? Ahaha.. 

Pre-fixed Crystals RM7.00 per pack of 10

Ni pulak kristal untuk letak kat bunga telur juga. Cantik kristal ni. Kristal ni permintaan khas dari FMIL aku. Dia cakap bunga tissue gitu-gitu aje nampak simple sangat. Tak nampak gah. Kena tambah kristal sket, katanya. Whatever makes you happy aunty :D Yang ni aku beli 10 pack bersamaan dengan RM70. Patut laa bunga telur yang dah siap kat luar tu mahal-mahal regenya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...