The Entourage

Wednesday, 21 November 2012

Of Pelamin & Sushi

Last weekend settle satu lagi hal. Pelamin dah bayar second deposit. So now tinggal nak tunggu hari pasang and then bayar final payment. Weee! Alhamdulillah. Hari Ahad tu aku pergi rumah FMIL sebab nak hantar barang-barang hantaran aku. Yuppp.. barang-barang hantaran aku suma aku simpan dulu kat umah aku everytime lepas beli sebab aku jenis yang selalu suka bukak dan tengok. Dah tak dapat nak pakai, tengok pun jadi ler.

So, alang-alang dah hantar tu aku ajak laa sekali FMIL aku pergi jumpa orang pelamin tu. Memang saje je aku set appointment dengan Kak Syam hari yang sama. Senang sekali harung. Aku bukannya ada time sangat nak keluar-keluar banyak kali.

Kak Syam sangatlah best orangnya. Hari tu time first time bincang, pelamin aku simple je. Tapi bila bincang lagi sekali ni, macam-macam pulak aku mintak. Pelamin aku takde laa mahal mana. Murah-murah je. Tu yang aku rasa baik lebihkan je accesories kat pelamin. Kalau kena tambah pun, takde laa aku ralat sangat.  Kan. Bila tanya balik, alih-alih Kak Syam kata dia tak charge extra apa-apa lagi. Woweee.. tengkiu Kak Syam! Semoga berseri ler aku kat atas pelamin tuh nanti ahaks. Tak snap pulak time perbincangan hari tu. Camera pink ketinggalan :|

Butik Pengantin RS ni kat Ampang je. Nak pergi sana pun memang kena lalu Ampang Point. Alang-alang dah lalu tu, aku ajak ler FMIL singgah. Aku nak makan. Lapo. Lagipun kesian FMIL aku kebosanan di rumah. Dia baru je pencen so macam takde apa nak buat sangat kat rumah.

Dah pusing-pusing tu, macam takde apa sangat yang best nak di makan kat dalam tu. Nampak Octopus Sushi. Tengok sushi-sushi yang menari-nari kat atas belt tu macam menggamit-gamit pulak. Terus rasa nak makan sushi. Tapi aku tak suka sangat Octopus Sushi. Sebab.. sebab.. ehem.. ehemm.. mahal. Dengan menu dia, lagi berbaloi aku pergi Sushi King. Lebih kurang je pung.

Lalu teringat pulak kat luar ada Sushi King. So off we went! :D




Seronok juga sekali sekala melepak dengan FMIL. Bonding session ler katakan. Sekali sekala di hujung minggu.. apa salahnya kan. Dia pun takde apa nak buat kat rumah. Sian dia boring hehe.

20 comments:

  1. Wahhh... Syioknye Zila dengan bakal mak mertua dah macam geng. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekeke.. sebelum kawen, better laa kenal2 dulu kan. lagipun tunang takde kat sini. kesian dia takde sape bawak jalan2 :P

      Delete
  2. memang bonding abes LA kamu Zila!! hahaa.Sya ckp dLm phone ngn FMIL pon tersipu2.huhu

    Tunang Sya org Ampang. Br semalam booked dewan JPS. Sya xfamiliar sgt butik2 area sne. nnti pape boLeh refer kt bLog Zila je kan. Heeeee..best2!! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ekeke.. lama2 biasa laa tu orked. saya dah kenal FMIL dah dekat 4 tahun dah. dah takde nak sipu2 dah pung :p

      oh congrats dah jumpa dewan. Weeee! nak kaddddd!

      Delete
    2. Sya kawen next year..Lame sesangat Lagik. dekat2 ngn date Sya confirm pos 1 kad utk Zila =)

      Delete
    3. oh ekekeke takpe. preparation tu biar awal. ok, nanti jgn lupa send tau! :D

      Delete
  3. hehehe..perasaan keluar dgn FMIL? kalau sy, uhh..misti serba kekok..hik3,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe emma, kita dah kenal FMIL ni dah lama. dah dekat 4 tahun pun. selalu je kami jumpa. so tak rasa kekok pun. rasa macam kuar detink dgn mak sendiri je :P

      Delete
  4. Bagusnya dah bawa FMIL jalan jalan. Mestilah jadi menantu kesayangan ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe selalu je jumpa sebelum ni. selalu kaur sekali dgn tunang. ni tunang dah takde, berjalan berdua laa kami :P

      Delete
  5. Replies
    1. cool ke? ekekek.. saje2 bawak mak mertua berjalan :P

      Delete
  6. Replies
    1. yeke fara? ekeke.. malu aiiih :P

      Delete
  7. Replies
    1. eh eh yeke? ke flash tuh? ekekeke

      Delete
  8. bestnye da setel dah ye hal pelamin..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah! Alhamdulillahhh.. lagi 36 hari je lagi nak kawen ni. Sangat seronok bila satu2 hal dah settle :)

      Delete
  9. saila pun suka sushi..yummy :))

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...