The Entourage

Tuesday, 18 February 2014

Vietnam



Belum lagi cerita pasal family trip kami ke tempat sejuk itu. Tiba-tiba aku dah terjebak dengan trip lain pulak bulan depan haha.

Bulan depan aku akan ke Vietnam. Dengan family abang aku. Dengan mak aku sekali. Hehe.. saje je nak bawak dia berjalan. Asik kitorang je yang berjalan.. dia pun mesti teringin jugak kan. Ayah aku tak ikut sebab dia dah pernah sampai. Lagipun, dia kata dia tade interest dia kat Vietnam. Balik-balik kain. Dia kata kalau nak gi Europe, jangan lupa bawak dia. Amboi. Demand. Hahah. So, bawak mak aku je laa.

And yang paling aku rasa tak best.. Eddie tak dapat nak ikut. Huwaa.. Dia jauh. Macam penat pulak kalau dia nak balik KL lepas tu amik pulak flight gi Vietnam. Lepas tu time nak balik, balik pulak ke KL, then shoot Hong Kong. Penat satu hal. Cuti pun problem jugak. Since kami memang banyak plan tahun ni, memang kena bercatu laa cuti kan. Memang tak boleh laa nak pergi semua trip. Haihh.. berjalan tanpa suami tercinta nampaknya kali ni.

Banyak jugak tempat yang aku rasa nak pergi kat Vietnam tu. Tapi most probably yang jauh-jauh terpaksa laa aku lupakan. Pergi pun empat hari je. Dengan nak bawak baby lagi. Tak larat rasanya aku nak pergi tour yang jauh-jauh. Nampak gaya memang kena stay kat town shopping-shoppnig je laa. Ehh? Hahahah.

Korang pernah gi Vietnam? Apa yang best bule dibeli bawak balik dari sana eh?

10 comments:

  1. Tak pernah gi vietnam. Tapi member selalu gi. Borong kain kat sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa kita pun tak pernah jugak.. tak sabar nak gi nak tgk sendiri tempat orang memborong kain tu ehee

      Delete
  2. teringin jugak nak pergi.kena kumpul duit banyak2 dulu.baru best nk shopping.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan.. sebab ni kan memang tempat bershopping.. memang kena kumpul duit ni.. ada lagi 2 minggu. sempat keeeeeeeeee uwaa

      Delete
  3. Kirimm kain cotton cun2 kat sana.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bule bule shizan! nak berapa meter n kaler apa? hehehe

      Delete
    2. Betullllll hehehe.. awak nak kaler apa? berapa meter?

      Delete
  4. sana mmg heaven shopping, murah katanya
    tapi sis lom pernah sampai
    dengar2 cite, baca2 blog aje
    hakikatnya mak mertua sis dah berkali2 ke sana
    dpt la beberapa pasang baju dari dia hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh laa saya pun baru nak gi ni.. hehe.. orang lain dah berkali2 dah

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...