The Entourage

Monday, 25 May 2015

Transport Dak Gedik

Dak gedik ni kan. Memang tau. Nak kata mak bapaknya kaya, tak pun. Nak kata dak gedik dah keja, ada duit sendiri, lagi laa tak.

Tapi.

Kecik-kecik lagi transport dah ada dua!

Cuba korang tengok tuh!

Over betul!



Dah ada motor Scrambler. Kereta SUV pun ada jugak. Melampau betul. Padahal dok keluar masuk dari grill depan rumah sampai ke gate je pun. Mak bapaknya pun takde sampai dua gitu.


HAhaahhaahahaha.. aku tengah mood nak mengarut. Dak gedik memang suka layan main rides gini. Tu yang aku beli dua sekali tu haa. Satu main kat dalam rumah. Satu untuk main kat luar. Alaa.. bukan mahal pun. Dua-dua bijik ni beli kat Giant je. Tak sampai rm100 pun sebijik.

Yang kereta tu buat main kat dalam, yang scrambler tu main kat luar. Tu syarat yang aku letak masa mula-mula beli laa. Tapi being dak gedik, sukati dia je kalau dia nak dua-dua kenderaan dia tu dok dalam rumah. Memang alamat aku kena pulak mencuci tayar scrambler dia tu untuk dibawak masuk main kat dalam. Selagi tak, selagi tuh laa dia hentak-hentak kaki mengamuk. Titik kaki tu tau laa.

2 comments:

  1. Darwisy pun dah ada dua jugak.... dua2 buh luar...

    ReplyDelete
  2. Assalam zila,
    he3
    kalo my boboboy dok ada dekat 5bijik transport
    kaya kan bebudaks sekarang he3

    ReplyDelete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...