The Entourage

Saturday, 2 June 2012

Activity Hari Sabtu

Lepas selesai membuat dan memenuhkan perut aku dengan pavlova, aku pun bersiap-siap ler untuk berjogging dengan ene. Sebenarnya alasan je tuh nak jumpa ene. Sebenarnya memang nak detink ahaha.. saje tukar angin pergi jog pulak. Dah buhsan asik pergi mall je.

So, dalam kul 5pm aku sampai area Sri Gombak. Rupanya ene keluar meneman Abe cuci kereta. Nasib tak jauh. Kat Esso depan tuh je. Singgah laa daku kejap kat Esso tu melepak with the boys sambil cuci kereta. 

Seronok jugak lepak petang tu. Memang banyak benda pun aku nak tanya Abe. Almaklumlah Abe ni kan kerja dengan Kak Zai. So, selaku orang yang baru nak start business wedding planner, aku pun menuntut laa ilmu. Banyak gak Abe terangkan kat aku. Banyak jugak laa benda yang aku absorb. Tak senang nak jadik senang kan.. yang penting kena committed.

Kitorang start jogging around 6pm kat Taman Tasik Titiwangsa. Haish.. lamanya aku tak jog. Lama sangat ni dah tinggal. Tak sanggup aku nak menzalimi diri sendiri. Lalu hanya satu round sahaja aku lari. Takut sakit badan (sebenarnya malas). Boleh pulak masa tu terjumpa Dev dengan Balqis. Pasangan baru bercinta gitu. Bahan-bahan diorang sket, sudahnya kitorang yang kena bahan balik. 'Pasangan baru bertunang.' :|

Selesai jog, aku tumpang mandi kat rumah ene. Sampai depan rumah ene, ternampak laa kejadian ini ekekeke.. Falsya tukar sport-rim kaler kuning woooo.. Babe, u patut tukar engine sekali tau. Baru vrommm vroommmm hahahaha :p

Lepas settle mandi dan bersiap, berangkat lah kami ke rumah Fika and Hijjaz kat Puchong. Plan awal mula-mulanya nak buat bbq. Sekali tak jadi sebab too ad-hoc sangat, lalu mak dia goreng bihun dan ayam goreng saje. Sedap wooo.. sampai tak cukup. Nasib baik bilas dengan Oreo Cheese cake. Marbeles.

Ramai jugak laa malam tu. Lebih kurang semua kawna-kawan ene ada. Berborak tak ingat dunia. Dari cite bola, sampai laa ke cite kahwin, sampai laa ke cite pelamin. Heheh.. Thanks Din kerana memberi aku jalan bisnes. :D

Lepak punya lepak, sampai pukul 6am baru kitorang gerak balik. Lepas baca pasal kes minah yang nearly kena raped kat Curve tu, aku tak berani sangat nak drive sorang-sorang dah. Walaupun hari dah nak ternag. ene balik dengan Abe and Ahaw. Takkan aku nak hantar balik pulak kan, rumah aku dah dekat dah tuh. Tapi sebelum balik, ene hantar aku sampai simpang nak masuk Seri Kembangan. Terharu aku. Tunang aku yang tak bape nak romantik tuh risau aku balik sorang sampai sanggup hantar aku dulu sebelum dia gerak balik (berbaloi rupanya forward cerita-cerita ngeri gitu kat dia).

Sampai rumah around 6.45am. Aku terus masuk tidur. Tapi tak lama pun. Aku sempat tidur 3 jam je sebab hati sangat excited nak buat pavlova kali kedua ahahha..

2 comments:

  1. sport rim mahal tuh babe..i dh boring dh la color kuning..nnt nak spray color pink plak..my GOD..hahahaha..

    btw, ur pavlova sgt sedap okayh..nnt i nak try wat tp i nak letak feveret i..strawberry n blueberry manyak2 smp cerrie berrie..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahahah eh pink pun cantik taw.. make sure its hot pink! pastu tukar sekali steering kaler pink phewwwww! hahahaah

      huhu tu first time buat tu. mcm tak cukup crust dia. patut kena buat dua adunan, baru tebal sket. ni terlebih cream. kena makan time sejuk baru tak rasa muak sangat.. sorry tau i bagi sket je.

      ha u try laa buat. sebenarnya the best memang fresh fruits pun. lagi sedap tau. letak yang masam2 mcm strawberries, kiwis dgn berries. bila kena dgn crust n cream dia yang manis tuh.. walaweiiii.. explode di dalam mulut hahaha.

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...