The Entourage

Sunday, 10 June 2012

Rental Items: Mini Pelamin & Hantaran

Lupa nak hapdet pasal first customer aku.

Aku baru je dapat first order untuk pelamin dan hantaran! Alhamdulillah.. ada juga yang sudi amik pelamin dengan aku. Hehe.. dan tak sangka pulak secepat ini dapat order. Alhamdulillah.. mak cakap, ni namanya rezeki orang nak kawen. Ehehe..

First customer aku adalah Nina. Nina ni duduk kat Seri Kembangan jugak. Dia request aku buatkan mini pelamin dengan hantaran 5 dulang untuk hari nikah dia.

Date nikah dia adalah pada 30hb. Jun ni. So, aku pun pergi laa ke Jalan TAR untuk beli barang-barang keperluan pelamin dan hantaran dia.

Dulang Hantaran Untuk Disewa: RM9 Each

Since aku dah ada bakul hantaran, aku cuma perlu cari dulang pahar je untuk Cik Nina kita ni.. Time aku bertunang dulu, dulang pahar aku pinjam kat Effa je. Tapi bila dah start amik order dari orang ni, kena laa beli sendiri kan. So cari punya cari, terjumpa laa aku dengan dulang besi ni. Terus aku jatuh cinta! Rupa dia lain dari dulang pahar but it serves as dulang pahar. Terus aku tak jadi beli dulang pahar. Aku beli yang ni terus. Cantik, kan? Nampak lain laa sket dari dulang pahar style yang biasa tu. Ada modern look sket di situ :p

Siapa-siapa yang berkenan nak sewa, harga adalah RM6 sahaja per piece. Murah, kan? Ehehe. For now dalam tangan ada 11 unit (memang aku borong habis-habis 11 unit kat kedai tu. Sorry aunty, aunty kena order stock lagi ekekeke).

Dulang ni boleh digunakan dengan bakul hantaran (RM6 each) diletakkan kat atas dia or boleh jugak guna dulang tu je. Terus gubah bunga kat atas dia. Cantik tau! English garden gitu! Kalau ada yang berminat meh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com :)

Alas Hantaran Organza Untuk Disewa: RM5 Each

Fresh from the oven! Baru je beli kain organza dengan gold trimmings untuk dibuat alas dulang hantaran. Customer pertama yang akan pakai adalah Nina ku cayang! Hehehe.. lepas tu, alas organza ni akan disewakan kepada siapa-siapa yang berminat. For now cuma ada cream. kalau ada request untuk kaler lain, boleh email kat sini ye: gina1983@yahoo.com. Insya Allah saya akan merealisasikan impian anda. Chewaaah :p

Sarun Cushion Untuk Deko Pelamin

Nina request sarung cushion untuk deko pelamin tu ditukar kaler biru, hijau dan putih. Your wish is my command, my queen! Ekeke. So aku beli laa tiga kaler tu. Cushion tu so for aku ada 6 unit. Nina nak pakai semua enam-enam katanya. Boleh saje! :)

Siapa-siapa yang berminat untuk sewa cushion tu, boleh tengok kat sini ye. Size cushion tu adalah 16x16. Sewa sebiji cushion adalah RM5. Warna untuk sarung cushion boleh request and aku akan bagi sekali bila nak amik cushion-cushion tu. Boleh email kat sini untuk request warna: gina1983@yahoo.com.

Sarung Cushion Duduk

Cushion duduk ni pun aku sewakan jugak. Handmade tau ni. Hehehe.. hasil kerja tangan ibu tersayang. Gambar kat atas tu Nina request untuk tukar sarung yang ada design sket, tapi tetap nak nampak putih. So aku beli kain kat atas tu. Texture dia agak timbul. All-white.

Untuk cushion ni aku sewakan RM30. Tengok rupa dia kat sini. Seperti biasa, sarung boleh request untuk tukar kaler ye. Meh email kat sini: gina1983@yahoo.com.

Alhamdulillah, barang-barang untuk hari pernikahan Nina dah settle. Lepas ni boleh terus buat kerja. Tenkiu Nina kerana memberi kepercayaan. Semoga Allah melancarkan pekerjaanku. Amin.. :)

4 comments:

  1. wah...nanti blh buka butik pulak...tak sabar nak tgk hasilnya...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekekeke.. Aminnnnn.. Tak tau laa cane bule terjebak dengan bisness pelamin ni ehehe.. Nanti tolong promote-promote kat kawan2 ye cik pinky ekekeke :p

      Delete
  2. wahh cantik dulang hantaran akak..kat mana akak beli?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Barang-barang ni semua beli kat Jalan TAR :)

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...