The Entourage

Tuesday, 12 June 2012

Fabric Hand Bouquet Orders From Nana

Sebenarnya nak post entry bila dah siap. Tapi tak sabar nak share :DDD
Hari tu aku ada cerita Nana jatuh cinta lepas tengok fabric hand bouquet yang aku guna time bertunang hari tu. Dia mintak buatkan hand bouquet untuk dia dengan adiknya untuk majlis resepsi diorang bulan December ni. Boleh pulak date reception diorang ni sama pulak dengan date aku. Ehehe. Cayalaahh Nana! Kita geng! :P

Disebabkan oleh itu, aku terpaksa laa buat awal-awal handbouquet Cik Kak kita ni. Bukan apa, takut tak sempat, kan.. Sementara tengah free lagi ni, bule laa start sket-sket. Takut tetiba ada banyak lagi order masuk.. haa aku jugak yang pening nak juggle sorang-sorang semua benda.

Nana special request mintak aku buatkan fabric hand bouquet dia menggunakan kanzashi flower dengan five petals. Aku baru je first time buat kanzashi flowers. Alhamdulillah.. menjadi nampaknya. Aku dah buat yang ada 8 kelopak macam yang ini. Tapi dia mintak kurangkan kelopak jadik lima je sebab dia cakap macam penuh sangat. As you wish, my dear! :)

Tanjung & Kemboja :D

Ni laa beberapa bunga yang dah siap untuk Nana. Five petals dan kanzashi flower. Aku tak tau nak panggil apa five petals tu. So aku bagi je nama five petals, boleh? Hahaha.. Mak cakap rupa dia ada macam bunga Tanjung. Hmm.. betul jugak. Yang Kanzashi flower tu pulak aku dah kurangkan petal dia jadi lima sahaja instead of lapan. Cumel, kan? Ada sket macam bunga kemboja to me :p For now, aku cuma beli tiga jenis buttons je dulu. Kalau tak cukup, baru beli lagi. Tak nak membazir :)

Untuk adik dia pulak, adik dia mintak hand bouquet menggunakan poodle flower dengan ribbon. Untuk poodle flower takyah laa aku letakkan gambar lagi kat sini kan. Semua dah tengok dah hand bouquet poodle aku kan hehe. Untuk ribbon, aku dah try buat guna ribbon-ribbon yang ada kat rumah je. Dia pun dah approve. Nak tengok? :)

Ribbons & Pearls

17 comments:

  1. Ehehe.. senang je Diyana.. potong ikut nak panjang mana. Then lipat dua macam dalam gambar tu. Both hujung ribbon kena bakar sebab dia senang tercabut. Then jahit je jelujur (jahit bagi dia kedut2 kat tengah) lima2 petals tu. Done! Kat atas dia terpulang nak letak pearls or button. Hehehe.. boleh paham tak?

    ReplyDelete
  2. ala2...kiutnyer la...senng pham tu ape yg zila ajar..nk try la..tp nk letak kat ne ek..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke senang paham kan.. nak buat pun senang je rahmah. nanti try k! letak je kat mana2. tepi frame pun cumel. kat topi ke, kalau kecik sket bule buat fabric ring heee :p

      Delete
  3. hmm kalau nak buat tindan2 pun bule. kalau tindan petals akan jadi angka genap la. contoh, 3 ribbon panjang bule dapat 6 petals. macam yang kita buat ni, memang kita potong2 ribbon tu satu ribbon, satu petal. tak tindan pun :)

    ReplyDelete
  4. eh good idea laa. buat rosette! tak terpikir pulak :p

    ReplyDelete
  5. mula-mula bila saya melihat gambar, saya fikir itu adalah kulit popia yg sedang sedia utk digoreng..

    tp bila membaca entry, wow.. ia diperbuat dari kain, fabric
    itu buat saya rasa mcm kagum

    cantik..
    kalau la boleh ditunjukkan tutorial pembuatannya..
    teringin jugak nak tau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ye laa.. betul jugak.. ada sket macam kaler kulit popia kan. ekeke.. good idea ni. nanti bule beli kulit popia buat cani, pastu goreng. mesti cantik!

      saya tak buat tutorial laa awak. susah nak buat sambil amik gambar. kat rumah selalu sorang2. so tade sape nak tolong amik gambar. try google. banyak je tutorial dia orang buat. macam2 bunga pulak tu hehe. untuk kanzashi bule tengok kat sini: http://eatclimbrun.blogspot.com/2012/05/craft-kanzashi-flowers.html

      good luck! :D

      Delete
  6. cute miut yang pink tu....suka....zila mmg tangan seni...semua benda jadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekeke.. takde ler seni sangat.. bule laa awak sket2 hehehe.. awak pun bule buat ni :)

      Delete
  7. Aii dear..kreatif la u nie..

    I dah follow blog u..
    Jemput singgah blog i ye..
    http://tomeinye.blogspot.com..

    Kepada b2b yg nak order doorgift homemade chocolate jemput singgah http://mychocolatemall.blogspot.com..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dear. dah follow jugak. banyak2 tulis entry k! :D

      Delete
  8. wooo..zila..pandainya you buat..pearl2 tu you beli kat sykt reben gak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekeke.. semua orang bule buat laa hanisah. tak susah pun :p
      pearls tu i tak beli. i korek2 kat kedai jahit my mom ahaha.. dia yang beli untuk apa ntah aritu. ni dha nak abis ni, kena beli lagi laa. pearls tu u cari kat kedai jual barang jahitan babe.. banyak gila. macam2 size ada :) butang2 pun macam2 rupa ada. gerammmm je

      Delete
  9. i tgh buat rozette simple je..tengah cari buttons or something untuk tutup jahitan i yg tak kemas tuh..thanks babe..patutla tak jumpa kat tempat brg2 kahwin.cari kat kedai brg jahit rupanya..biasa kat mana nak cari kedai cam tu kat Kl ye? any suggestions?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo tuh laa.. i tak start pun lagi rozette. haih.. bila laa nak start ni. asik buat orang punya je.. babe, kedai barang kawen tak semestinya ada barang jahitan. tapi kedai barang jahitan, memang confirm ada barang kawen. ekekek.

      kalau kat kl paling banyak memang kat jalan tar laa. kat depan main road area restoran insaf tu ada satu nama bunga reben. kat situ berlambak2. kedai dia pun 2 tingkat. best sangat. kalau malas nak jalan panas2, u pegi je kat mall sebelah semua house tu. ada bunga reben jugak, cawangan lain. heaven! :p

      Delete
  10. kelakar la u zila..i mmg tak pernah masuk kedai bunga reben ni..slalu gi kdai jual brg2 kahwin kat dlm semua house tuh.memang sampai sudah tak jumpa

    ok thanks ye..lain kali i gi jalan TAR i singgah situ..

    buat org lain punya dulu.practice makes perfect.bila turn nak buat u punya semua cantik je.sebab dah pakar.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh orite no worries.. nanti cari k. mesti jumpa punya :)

      Delete

Jum cerita ceriti topik ini :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...